utk melihat hal ini, kena lihat drpd beberapa sdut berbeza;
1. dari sudut bahasa, betulkah bahasa malaysia akan tergugat dgn pelaksanaa maths & science dlm english? Saya fikir tidak, sampai bila2 martabat bahasa malaysia tdk akan tergugat sbg bahasa kebangsaan & juga pengantara. Tau kenapa? sebab penggunaan english hanya pd bidang2 tertentu shj & bukannya diwajibkan pd semua bidang spt pertuturan sehari2. Jadi, selagi bangsa melayu menjadi bangsa majoriti sini malaysia, selagi itulah bahasa melayu tdk akan berkubur. Septutnya tdk perlu risau dari segi bahasa ini kerana bahasa melayu masih meluas
digunakan dlm sistem persekolahan spt pd subjek2 lain. Kerisauan dr segi ini pd saya hanya berpunca drpd sikap 'pejuang2' bahasa, memanglah, sdh title pejuang, maka sdh tentu apa sj yg tdk menyebelahi perjuangan mereka, sdh tentu akan ditentang habis2an walaupun sebenarnya perubahan tersebut boleh membawa kebaikan kpd negara.
2. dari sudut murid2... drpd kajian, dan saya percaya apa yg boleh dilihat oleh guru2 terutamanya di sekolah2 luar bandar, pencapaian murid agak kurang merosot dlm sains & maths disebabkan pelaksanaan english ini. Mungkin di kawasan bandar tiada masalah, tp tdk dinafikan di luar bandar, murid2 begitu menghadapi maslaah & mendpt kesan drpd pelaksanaan ini. Saya seorang guru dan saya nampak keadaan ini. Keadaan murid yg saya nampak sdh tentu bukannya satu penipuan. Sdh tentu ada murid luar bandar yg tiada masalh dlm pelaksanaan ini, tp lebih banyak yg bermasalah. Pd pendpt saya, pelaksanaan ini sebenarnya telah mewujudkan jurang yg begitu besar antara murid luar bandar dgn di bandar. Dan bila kita menyebut ttg jurang, jurang ini sebenarnya amat berkaitan dgn masa depan mereka. Jadi bgmana, adakah kita ingin & sanggup melihat masa depan yg tdk pasti pd murid2 luar bandar? PPSMI telah berlangsung kira2 6 tahun. Ada orang yg mengatakan bhw kita belum boleh mengatakan bhw sistem ini telah gagal kerana pelaksanaannya hanya baru 6 tahun... jadi berapa tahun yg diperlukan sehingga kita percaya ttg kesannya? Tahun ini sj sejumlah 518,616 murid tahun 6 yg terlibat dgn sistem ini, tahun 2007 berapa? 2006? 2005? 2004? 2003? Secara kasar katalah jumlah murid selama 6 tahun itu ialah 2.5 juta orang... dan katalah 5% drpdnya telah mendpt kesan yg teruk akibat drpd pelaksanaan ini iaitu kira2 125,000 orang. Bayangkan apa akan jd pd mereka? Masa depan mereka? Atau adakah kerana jumlah ini kecil, maka bolehlah
diabaikan? Perlu kita ingat bhw mereka merupakan sebhg drpd masyarakat... yg hidup sama2 kita... yg akan mempunyai keluarga... yg akan mempunyai anak2... dan anak2 ini mungkin mempunyai hidup yg mungkin sukar akibat drpd ibubapa mereka yg telah 'kandas' & telah tdk berjaya menghadapi 'sistem' pelajaran di zaman persekolahan mereka yg melaksanakan PPSMI...
3. adakah sains & maths tdk dpt dipelajari dgn baik sebelum pelaksanaan ppsmi? saya tdk nampak apa masalahnya seblum ini. Setiap tahun ramai murid cemerlang akademik dihasilkan walaupun tanpa ppsmi. Dan negara kita semakin berkembang maju juga. Mengapa tdk 'perkasa'kan pengajaran bahasa inggeris utk memahirkan pelajar dlm bahasa inggeris? Ada yg mengatakan bhw pelaksanaan ppsmi ini sebenarnya telah membantu 'menghidupkan' semula pengajaran bahasa inggeris di sekolah yg kelihatan spt 'gagal' dlm pengajaran mereka, pendek kata kegagalan mereka menarik minat pelajar utk mempelajari bahasa inggeris. Ini dpt dilihat dgn keadaan & peranan guru2 bahasa inggeris seblum ini spt 'mati' dan kerana ppsmi ini, mereka 'dihidupkan' semula. Mungkin guru2
bahasa inggeris tdk senang mendengar kenyataan begini tp inilah yg dibual2kan di kalangan guru2. Betul atau tdk betul, semua pihak sdh tentu ada ulasan.
*ini baru 3 isu yg saya sentuh, terdpt banyak lg isu yg boleh disentuh bg memberikan kita gambaran lebih luas mengenai pelaksanaan ppsmi ini. Jadi, utk menilai ppsmi, kita boleh menilai dr segi murid2 atau bahasa itu sendiri. Apa yg saya ulas ini adalah setakat ulasan, tdk semestinya betul. Jika ada yg tersinggung, minta maaf sjlah.