| Who is Online ? | In total there are 4 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot romeoMost users ever online was 15 on Sun Nov 01, 2009 10:41 am |
| Latest topics | » serita kanangan bakas gf/bf kamu by romeo Today at 10:53 am
» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest? by Yorut_orut Today at 9:40 am
» Cinta Wang! ikhlas kah atau?.... by romeo Today at 9:32 am
» Tembirang yg tidak menyakitkan hati by Yorut_orut Today at 9:27 am
» Pilihan raya kecil lagi? by Yorut_orut Today at 9:24 am
» chatterz chatterz chatterz..the crazie monkey is here... by pukutarap Yesterday at 6:38 pm
» apa yg sadang kamu dangar sikarang? by pukutarap Yesterday at 6:32 pm
» Polis bantuan kena tukar Uniform.. by romeo Yesterday at 11:57 am
» Deja Vu & Psikik by romeo Yesterday at 11:49 am
» Najib Org Bugis? by romeo Yesterday at 11:33 am
» MOOK & ALLY JOE WEDDING INVITATION by pukutarap Mon Nov 23, 2009 11:44 pm
» Bah, kanou mimboros do boros tokou... by pukutarap Mon Nov 23, 2009 11:42 pm
» apa tujuan utama dlm hidup kamu? by pukutarap Mon Nov 23, 2009 11:34 pm
» sampah diikat di belakang kereta by pukutarap Mon Nov 23, 2009 11:23 pm
» Soal-jawab bahasa kadazandusun by pukutarap Mon Nov 23, 2009 11:22 pm
» Tips kasi pindik mesyuarat... by Yorut_orut Fri Nov 20, 2009 11:57 am
» Asal Dari Marudu by paraivagas Fri Nov 20, 2009 11:29 am
» luyar buruk.. by simbabalad Thu Nov 19, 2009 11:06 pm
» hello... hello... karasumbang adakah? by simbabalad Thu Nov 19, 2009 11:02 pm
» tisu jamban di kadai makan by pukutarap Thu Nov 19, 2009 7:12 pm
|
| Top posters | | pukutarap (4038) | | | Rungkud (2055) | | | alphawaves (1575) | | | Yorut_orut (1348) | | | bushido (920) | | | meck_talika (899) | | | SiokSondri (880) | | | orud (718) | | | monkey (524) | | | laa (524) | |
|
| November 2009 | | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
|---|
| | | | | | | 1 | | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | | 30 | | | | | | | Calendar |
|
| | | math & science in english | |
| |
| Author | Message |
|---|
niche Special Rank

Number of posts: 459 Registration date: 2008-09-06
 | Subject: Re: math & science in english Tue Sep 30, 2008 11:29 pm | |
| wah, ulasan panjang lebar yg bernas... |
|  | | Yorut_orut Brigedier Jeneral

Number of posts: 1348 Age: 64 Location: Sandakan Humor: Bha begitu labaitu... Registration date: 2008-09-16
 | Subject: Re: math & science in english Fri Oct 03, 2008 11:11 am | |
| Tujuan Tun Dr. M dulu untuk mengajar Math & Sains dlm BI adalah baik. Namun setelah dilaksanakan, didapati kaedah itu kurang sesuai. Sekarang ini masa untuk pembetulan. Saya ada 4 cadangan: 1. Balik macam dulu2. 2. Guna English sepenuhnya dalam semua subjek. Dengan syarat mesti lulus subjek BM, jika ingin sijil diiktiraf. Dengan itu semua murid akan berusaha menguasai BM. 3. Balik macam dulu2 kecuali semua istilah dalam sains dan math dikekalka dalam BI. Jangan melayukan ejaan asal seperti Science jadi sains, Mathematic jadi matematik hypothesis jadi hipotesis. 4. Teruskan kaedah Tun Dr. M tapi guru2 Math & Sains mesti tulin mengajar dalam bahasa English. Jangan seperti sekarang ini, itu guru BI pun cakap begini, "Orut.. apa laba-laba dalam bahasa ingeris?" Keh..keh..keh.. Bagus lagi si orut jadi sigu BI! Nanti si orut cakap begini, "sigu, what is korut in English?" hihihi....  |
|  | | pukutarap FIELD MARSHAL


Number of posts: 4038 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: math & science in english Fri Oct 03, 2008 12:28 pm | |
| hihihihihi..... masam ok juga sakapan kao sigu yorut..... inda sak lagi...... |
|  | | alphawaves Moderator

Number of posts: 1575 Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: math & science in english Fri Jun 19, 2009 9:27 pm | |
| Terbaru ialah wajib lulus bahasa english dalam peperiksaan sijil spm. Kalau tidak lulus endada sijil spm. any comments? |
|  | | ranau_86 Prebet


Number of posts: 61 Age: 23 Location: saaaanaaa ranau..^_^ Humor: "mengkritik tidak bererti menentang, setuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik" "tegur biarlah jujur, ajar biarlah sabar,Didik janganlah diherdik" Registration date: 2009-06-17
 | Subject: Re: math & science in english Fri Jun 19, 2009 11:49 pm | |
|
mari kita tengok pandangan org paling berpengaruh di malaysia..ex PM kita..Tun Mahathir(my idol) ni antara rintihan beliau..
1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.
2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.
3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.
4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?
5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.
6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.
7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.
8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.
9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.
10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.
11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.
12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.
13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.
14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.
15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.
16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.
17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.
18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.
19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.
20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.
21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.
22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.
nnti sa smbg g..heheh... |
|  | | Yorut_orut Brigedier Jeneral

Number of posts: 1348 Age: 64 Location: Sandakan Humor: Bha begitu labaitu... Registration date: 2008-09-16
 | Subject: Re: math & science in english Sat Jun 20, 2009 1:09 pm | |
| bagi saya la... saya lebih suka kalau sekolah swasta dibenarkan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar, siapa yang suka anak2 mereka pandai/fasih BI, hantar anak pigi sekolah sana. Pun begitu goverment masih boleh menegaskan bahawa sijil org malaysia hanya diiktiraf jika mereka fasih berbahasa melayu/malaysia. Kalau ada pilihan begini alangkah baiknya......  |
|  | | alphawaves Moderator

Number of posts: 1575 Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: math & science in english Sun Jun 21, 2009 12:07 pm | |
| iya bah senang cerita buat dua aliran, satu menggunakan bahasa english dan satu lagi bhs malaysia, apa yg mo di bising2 sangat pasal hal ini. kalau dalam silibus spm ada pula alirang sastera dan sains kenapa tidak boleh juga ada aliran english dan melayu? siapa yg suka english pigi sekolah english dan begitu juga sekiranya suka bhs melayu pigi sikulah melayu. dalam bising2 pasal aliran mana yg sesuai..sedikit sebanyak telah mengalih perhatian org ramai kepada kegagalan kerajaan khususnya hal2 pti..tanah2 org kampung di rampas.. |
|  | | pukutarap FIELD MARSHAL


Number of posts: 4038 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: math & science in english Sun Jun 21, 2009 12:57 pm | |
| tune sakapan seurang guru... kesian urang2 kampung yg sana jauh2, kalou gagal english, hangkanglah spm..... tambah ketinggalanlah org2 kg..... nasi baik sia inda buli ambil spm lagi..... dan kalou kana bagi paluang pun kompom gagal juga......  |
|  | | alphawaves Moderator

Number of posts: 1575 Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: math & science in english Sun Jun 21, 2009 1:10 pm | |
| Minta maaf tuang gaman..english itu salah satu sabjek dalam spm seperti mana juga sabjek2 lain. dalam beberapa kes, ada juga anak2 org kampung ini yg lebih sampin dari anak2 urg bandar dalam mata pelajaran seperti matematik, sejarah dan lain2. Bermakna secara tersirat disini anak2 org kampung ini juga berpotensi utk mendapat keputusan lebih baik dari anak2 org bandar dalam mata pelajaran english. Lulus saja bah gaman bukan mo kredit pun. dalam sijil spm perkataan lulus itu sangat mudah bah berbanding mendapat kredit. lagipun dalam spm ini adalah satu titik mula utk mengahdapi pembelajaran lebih sukar, bayangkan sekirany english pun masih enda lulus, apa lgi kredit. sudah tentu hal ini sendiri akan menyusahkan murid itu juga nanti. Cuma apa yg saya harapkan ialah ada pula inisiatif dari guru2, kementerian pendidikan dan ngo2 utk memastikan bagaimana english ini bukan lagi salah satu sabjek yg menggerunkan tapi menjadi satu sabjek yg sangat2 disukai ramai kerana dia lemak manis berkrim  , ertinya ada satu pendekatan secara ekstrim dan intensive supaya pelajaran ini senang di fahami dan ada pula kaunseling2 bergerak berupa motivasi kepada mana2 sekolah luar bandar atau dalam bandar utk mengikis perasaan malu2 murid2 bertutur dalam bahasa english. Bukan apa bah, saya tinguk macam ketara butul perbezaan antara dua org murid yg satunya pandai berbahasa english sementara yg satunya lagi masih tidak pandai2. |
|  | | Rungkud FIELD MARSHAL


Number of posts: 2055 Location: LDU-KUDAT Humor: Senang runding punya... Registration date: 2008-11-29
 | Subject: Re: math & science in english Sun Jun 21, 2009 10:25 pm | |
| | Yorut_orut wrote: | bagi saya la... saya lebih suka kalau sekolah swasta dibenarkan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar, siapa yang suka anak2 mereka pandai/fasih BI, hantar anak pigi sekolah sana. Pun begitu goverment masih boleh menegaskan bahawa sijil org malaysia hanya diiktiraf jika mereka fasih berbahasa melayu/malaysia. Kalau ada pilihan begini alangkah baiknya......  |
Sakapan tuan orut ni yg sia stuju butul..bagus kalu ada pilihan sikulah..inglis sama mlayu..tp kedua2nya masih mmntgkan BM/BI. |
|  | | gontulak Sarjan


Number of posts: 385 Registration date: 2009-02-07
 | Subject: Re: math & science in english Sun Jun 21, 2009 10:45 pm | |
| saya pun setuju jika diberi pilihan ikut suka... |
|  | | Rungkud FIELD MARSHAL


Number of posts: 2055 Location: LDU-KUDAT Humor: Senang runding punya... Registration date: 2008-11-29
 | Subject: Re: math & science in english Sun Jun 21, 2009 11:15 pm | |
| Prkara mcm ini yg patut diberi prhatian oleh krajaan, bkn memaksa rakyat menerima apa yg ditolak oleh rakyat. Kalu hnya sglintr yg tdk stuju, mgkn itu buli dianggap suara minoriti, tp ini sampai bekas pngarah pndidikan dn sasterwan negarapun tdk stuju dgn program tu. |
|  | | Yorut_orut Brigedier Jeneral

Number of posts: 1348 Age: 64 Location: Sandakan Humor: Bha begitu labaitu... Registration date: 2008-09-16
 | |  | | monkey Pegawai Waran II


Number of posts: 524 Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: math & science in english Mon Jun 22, 2009 1:50 pm | |
| janggal rasa bila sebuah negara yang bahasa kebangsaan nya Bahasa Melayu tapi mementingkan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan mewajibkan murid2 dan pelajar2 untuk lulus dalam BI. Kalau dlam UPSR bahasa inggeris ni wajib lulus sekurang2nya C sebagai syarat wajib utk lulus ( kalau gagal BI, gagal la keputusan keseluruhan biarpun BM, M3, Sains ko dapat A ) kenapa pula di peringkat sekolah menengah tidak pula? tidak tau la kalau sistem peperiksaan sekolah menengah sekrang. suka2 hati saja gubal sistem yg ada..yg jadi mangsa ...guru2 dan pelajar2..jadi tikus putih. _________________ Be Wut U WaNNa Be....BrEak Da RuLeS And mAkE yOuR DaY
|
|  | | pukutarap FIELD MARSHAL


Number of posts: 4038 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: math & science in english Mon Jun 22, 2009 5:37 pm | |
| sakapan seurang sigu yg berjiwa masarakat......  inda sak lagi..... |
|  | | | | math & science in english | |
|
| Page 3 of 6 | Goto page : 1, 2, 3, 4, 5, 6  |
| | Permissions of this forum: | You can reply to topics in this forum
| |
| |
| |