To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 17 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 17 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 35 on Tue May 15, 2012 4:10 pm
Latest topics
» Antara STAR dan PKR sabah..
by pukutarap. Yesterday at 2:40 pm

» Selamat Hari Kaamatan & Gawai!!!
by pukutarap. Yesterday at 2:36 pm

» Akjan sultan sulu?
by pukutarap. Yesterday at 2:36 pm

» Kes Penyerahan Labuan
by pukutarap. Thu May 17, 2012 7:17 pm

» Kos / Sara Hidup di Sabah lebih murah dari Malaya?
by pukutarap. Tue May 15, 2012 10:24 pm

» Agent and Reseller Clixster(new telco) Wanted (LIMITED)
by clixster1218 Sat May 12, 2012 12:28 pm

» RM 100 / RM 500.00 / SBPA
by Garadu Sun Apr 22, 2012 4:25 pm

» Jangan bunuh diri
by Garadu Sun Apr 22, 2012 4:16 pm

» ciri-ciri porompuan idaman anda(khas untuk lalaki bujang)
by pukutarap. Fri Apr 13, 2012 12:30 am

» Kanapa kasi biar sj pti?
by pukutarap. Fri Apr 13, 2012 12:24 am

» Comment on Iphone 4S
by mikkesho Sun Apr 08, 2012 4:06 pm

» few reasons why women rejecting hot guys
by minzi Mon Apr 02, 2012 5:13 pm

» Woman = Problems
by minzi Mon Apr 02, 2012 5:10 pm

» Kalau Pilak ngurat sama ko?
by minzi Mon Apr 02, 2012 5:09 pm

» Wang Lee Hom is indeed a Music Man !
by ronlim Fri Mar 30, 2012 1:04 am

» HELLO!
by pukutarap. Tue Mar 27, 2012 3:13 pm

» salam perkenalan
by barley Tue Mar 27, 2012 11:41 am

» baby paling basar
by barley Tue Mar 27, 2012 11:39 am

» Hi, kiyoke di sini..
by kiyoke Tue Mar 27, 2012 9:55 am

» Hasilkan Pendapatan Forex Yang Lumayan Pada Hari Pertama Lagi Dengan Pakej WellFX Forex System 2012
by wellter Thu Mar 22, 2012 4:18 pm

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   
CalendarCalendar

Share | 
 

 Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 4359
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2009-08-29

PostSubject: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Tue Jan 11, 2011 8:21 pm

PETALING JAYA: Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak yang memperolehi keuntungan berganda di atas
kenaikan harga petroleum sekali gus membolehkan subsidi harga petrol di pasaran tempatan ditingkatkan.

Sudahlah harga minyak sentiasa mahal, kerajaan juga didapati tidak menurunkan harga petroleum di saat harga global bahan bakar mentah itu berada di paras terendah.Demikian menurut Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop dan Pensyarah Ekonomi, Profesor Dr Amir Hussin Baharudin ketika bercakap mengenai impak kenaikkan minyak terhadap ekonomi negara dan rakyat negara ini.

"Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat untung berganda," kata Prof Hamid kepada akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya lagi, ketika ini kerajaan negara ini tidak konsisten dengan pendirian menetapkan harga pasaran mengikut harga pasaran antarabangsa apabila menjual mahal ketika harga petroleum naik, tetapi tidak ikut turun apabila harga petroleum di pasaran antarabangsa telah menurun.

Jelasnya, kebanyakan negara pengeluar petroleum lain menetapkan harga pasaran dalam negara mereka jauh lebih rendah berbanding harga pasaran antarabangsa berbanding Malaysia.

"Siapa pun faham ini membuktikan harga bahan berasaskan petroleum di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika harga petrol kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya RM0.16 sahaja seliter!

"Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu. Harga pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan liat untuk turun tetapi cepat naik bila harga pasaran antarabangsa naik," ujarnya.

Beliau juga memberitahu, menurut kajian formula tersebut, harga petrol dalam pasaran tempatan boleh diturunkan sehingga RM0.30 jka formula tersebut diaplikasikan.


"Malah (harga petrol tempatan) boleh diturunkan kepada 30 sen seliter jika menggunakan formula menurunkan harga petrol dan barang-barang yang sekali gus menghapuskan kemiskinan," katanya lagi.

Beliau turut berkata formula tersebut menjelaskan faktor Malaysia sebagai negara pengeluar petroleum yang menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah memperoleh keuntungan berganda setiap kali berlaku kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa.

"Untuk memudahkan orang awam faham, kita ambil contoh minyak kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu haga sawit mentah RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000, kita untung atau rugi? Sudah tentu untung tiga kali ganda.

"Begitu juga petroleum mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar petroleum dan menganggotai OPEC jika menjual kira-kira 700,000 tong sehari pada kadar AS$130 setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80-US$1 satu ketika dahulu).

"Ini bermakna perolehan setahun adalah AS$33 bilion iaitu melebihi RM126 bilion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trilion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkan Malaysia menurunkan harga bahan apinya?," ujar beliau lagi. Tindakan kerajaan tidak selari slogan Rakyat Didahulukan

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan menurunkan harga petrol kepada rakyatnya sekali gus membelakangkan slogan kerajaan, 'Rakyat didahulukan' yang digembar-gemburkan.

"Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah di dalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutunya dinikmati rakyat," katanya lagi.

Menurut Prof Hamid Yeop walaupun formula ini tidak diterima oleh kerajaan sekarang, beliau mempelawa mana-mana pihak termasuk parti politik untuk berkongsi formula ini demi kesejahteraan rakyat terbanyak negara ini.

"Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamnya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini," menurutnya.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharudin turut melahirkan pandangan yang sama.

“Kalau bahan petroleum naik, sepatutnya menguntungkan Petronas kerana kita negara pengeluar yang menjual minyak mentah ke pasaran dunia.

“Lagipun jika harga pasaraneum naik, permintaan tidak akan turun. Harga dalam Malaysia sepatutnya ditetapkan berdasarkan kos Petronas. Perubahan harga minyak di luar bukan semata-mata alasan untuk menaikkan harga,” katanya semalam.
Back to top Go down
View user profile http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
paragasu
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral


Male Number of posts: 1457
Location: Dimana?
Registration date: 2010-05-09

PostSubject: Re: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Tue Jan 11, 2011 8:56 pm

Slogan mengarut baitu....
Back to top Go down
View user profile
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 4359
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2009-08-29

PostSubject: Re: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Tue Jan 11, 2011 9:10 pm

hihihihiii..... slugan yg mamakan diri sendiri..... Very Happy sansara yb2 mo ikut.....
Back to top Go down
View user profile http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
*SuRuN*
Koperal
Koperal


Number of posts: 269
Location: hehe...sini guas gata
Humor: bulih bah klu kauuuu....
Registration date: 2010-12-30

PostSubject: Re: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Wed Jan 12, 2011 8:49 am

untuk mau kasi sinang2 hati rakyat, maka dilancarkan lah itu purugrim "1 AZAM" kunun2 mau basmi kemiskinan...mau kasi tingu yg diurang ini kasi kerual belanja mau bantu rakyat....cehhh!!!!!
Back to top Go down
View user profile
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts: 4826
Location: Sandakan
Humor: begitu laitu...
Registration date: 2008-09-16

PostSubject: Re: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Wed Jan 12, 2011 8:54 am

alasan kenapa karajaan inda jual murah petrol utk rakyat sendiri ialah kerana mau menghidupkan peniaga minyak asing spt SHELL. Mana yg lebih utama, SHELL atau rakyat?
Back to top Go down
View user profile
*SuRuN*
Koperal
Koperal


Number of posts: 269
Location: hehe...sini guas gata
Humor: bulih bah klu kauuuu....
Registration date: 2010-12-30

PostSubject: Re: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Wed Jan 12, 2011 9:03 am

mangkali itu yb2 kena bayar royalti minyak bah itu kan tapi diurang diam2 sajaa....sih!!!
Back to top Go down
View user profile
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 4359
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2009-08-29

PostSubject: Re: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Wed Jan 12, 2011 7:23 pm

pitrunas untuk bilion2 ringgit..... tp keuntungan ilang begitu sj, pigi mana indada yg tau..... bilang utk pambangunan nagara, tp indada statistik yg jalas agihan duit..... urang bilang banyak butul yg ilang begitu sj..... pigi mana? tiuri sia..... tiuri sj tau..... sajak 57 taun lalu, sajak malaya merdika drpd british, sajak ini pitrunas buat bisnes minyak, siapa samua urang2 yg telibat? misti ada urang2 basar yg masuk saham, mmg bukan guna nama diuranglah tp guna nama karabat2...... jd kira pitrunas ni masam kerualga punya bah suma indatau samua siapa nama2 telibat.... sabap tu waloupun untung bilion2, ilang begitu sj.....
Back to top Go down
View user profile http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts: 4826
Location: Sandakan
Humor: begitu laitu...
Registration date: 2008-09-16

PostSubject: Re: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Wed Jan 12, 2011 8:08 pm

patut ini minyak milik bersama inda kira pm ka, agung ka, atau rakyat biasa sbb ini hasil bumi nagara kita.. bukan hasil kepintaran pardana mentiri bikin duit mcm bill gates. maka sepatutnya hasil jualan minyak didedahkan kepada rakyat yg sama-sama berhak ke atas minyak tersebut, nyatakan juga kemana duit berbiliun itu dibelanjakan...

kamurang buli bayangkankah kalau malasia indada petrolium, sawit, dan gata seperti singapura?
Back to top Go down
View user profile
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 4359
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2009-08-29

PostSubject: Re: Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun   Wed Jan 12, 2011 9:56 pm

itulah sia bilang, kanapa untung minyak biliun2 tp duit antah ka mana..... mmg kana sunglap lah..... diurang yg ejes, diurang yg memerinta, diurang yg urus, kuasa diurang pigang, mmg diurang tau butul mo buat masamana......
Back to top Go down
View user profile http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
 

Hanya ikut naik tp tdk ikut turun bila harga pasaran minyak turun

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Lagu Melayu (mp3) -muat turun
» Muat Turun Format Minit Mesyuarat Terkini bagi mematuhi PKPA 2/1991
» keta persona naik bkt lembab
» Pekeliling naik gred diketepikan
» Harga Emas Mencecah paras tertinggi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Local Issues-