To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Need a help!
by limau123 Wed May 31, 2017 2:19 pm

» Gempak! Jutawan App Guna ROBOT Jana Income Bertubi-Tubi
by xbest Thu May 11, 2017 9:56 am

» Father’s Day ahead
by ahkeok Sun May 07, 2017 10:49 am

» Mother's day is just around the corner. What to buy???
by ahkeok Tue May 02, 2017 7:44 am

» Wabak Software Hantu Semakin Mengganas
by xbest Tue Apr 25, 2017 3:47 am

» Produk Resell Rights 2017 yg TerLajak LARIS!!
by xbest Sun Apr 23, 2017 7:24 am

» Contoh Soalan Exam Online Pegawai Penerangan S41
by xbest Thu Apr 13, 2017 8:15 am

» Seminar Tajwid Luarbiasa Edisi Ramadhan 2017
by xbest Sat Apr 08, 2017 6:13 pm

» Panduan Google Adsense Pertama Malaysia 2017
by xbest Mon Mar 27, 2017 9:06 pm

» Tyre chitchat
by tungkelly Mon Mar 20, 2017 1:11 am

» Tips Dan Panduan Cari Kerja Kosong Di Singapura Yang Lengkap
by SchulzCube Sun Mar 19, 2017 7:41 am

» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Sun Mar 19, 2017 7:39 am

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Wed Mar 01, 2017 12:50 pm

» Cara Menjimatkan Membeli Dari Kedai Perabot Murah China
by SchulzCube Sat Feb 11, 2017 10:40 am

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sat Jan 14, 2017 4:42 pm

» Hard to reach out the text
by nurulazzin Fri Dec 30, 2016 4:43 pm

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
June 2017
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
CalendarCalendar

Share | 
 

 SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ubf
Prebet
Prebet


Number of posts : 34
Registration date : 2012-01-20

PostSubject: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Sat Jan 21, 2012 12:45 am



Oleh : ALAN TING

PELANCARAN parti STAR Sabah pada Jumaat ini mungkin tidak disedari banyak pihak jika tidak kerana kenyataan yang dikeluarkan sekretariatnya pada petang Selasa.

Bagaimanapun, perkara yang paling menarik perhatian ramai ialah apabila kenyataan itu menyebut bahawa majlis pelancaran itu akan turut dihadiri Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang diketahui ramai sedang giat berusaha untuk membentuk barisan pembangkang yang dianggotai parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Selain kumpulan pendesak yang beliau ketuai, dikenali UBF, setakat ini, Jeffrey telah berjaya menarik Parti Maju Sabah (SAPP) dan sebuah lagi parti yang belum didaftarkan iaitu Usno Baru, untuk menyertai gabungan itu yang dinamakan Perikatan Borneo.

Terkini, gabungan itu dikatakan akan mendapat anggota baru, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang ditubuhkan di Sarawak.

Penganalisis politik dan orang dalam parti itu berkata Jeffrey, yang juga bekas naib presiden PKR, cuba mendaftarkan UBF sebagai parti politik tahun lepas tetapi tidak berhasil.

Mungkin itulah sebabnya STAR bersetuju melebarkan sayapnya ke Sabah walaupun parti itu tidak aktif sejak sekian lama.

Ada pihak berkata parti itu bersetuju menjadikan Jeffrey sebagai pemimpin utamanya di Sabah, dan selepas itu menarik parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk pakatan dikenali sebagai ‘Perikatan Borneo Bersatu (UBA)’.

Pengulas politik percaya Jeffrey menjadikan UBF sebagai alat untuk membolehkannya diterima oleh STAR dan seterusnya menjadi pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, penganalaisis politik berkata pembentukan sebuah lagi parti gabungan pelbagai etnik di Sabah, khususnya dalam kalangan parti pembangkang, akan hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu berikutan kecenderungan penggerak utama masing-masing untuk mengubah sokongan atau menubuhkan parti baru setiap kali menjelang pilihan raya.

Mereka akan bercakaran sesama sendiri, kata Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Mereka tak akan ada peluang untuk menang. Ini samalah dengan perpecahan yang berlaku dalam gabungan parti pembangkang sebelum ini. Pembangkang akan mengalami masalah besar apabila mereka berpecah," katanya.

Beliau berkata malah, banyak pihak percaya pembentukan pakatan pembangkang Borneo itu lebih merupakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan STAR-UBF memberi tumpuan untuk menarik undi masyarakat pribumi Sabah (Kadazan, Dusun dan Murut), manakala SAPP (Cina) dan Usno pula, melalui kerjasama mereka dengan SPF, berharap akan dapat meraih undi Bumiputera Islam.

Bagaimanapun, harapan itu sebenarnya tidak mudah dicapai seperti yang mereka impikan.

"Halangan terbesar ialah perbezaan yang wujud antara penduduk Sabah dan Sarawak. Daripada segi budaya, mereka mungkin ada persamaan, tapi dalam kehidupan sosial, mereka berbeza. Keadaan politik juga amat berbeza antara kedua-dua negeri itu serta rakyatnya," kata beliau.

Sebelum ini, banyak pihak membuat spekulasi bahawa Jeffrey akan mengumumkan secara rasmi rancangan politiknya pada pertengahan bulan lepas iaitu semasa berlangsungnya perhimpunan sempena ulang tahun pertama penubuhan UBF di Kota Kinabalu. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku.

Beberapa pengulas politik berkata kehadiran Presiden STAR Dr Dripin Sakoi, Timbalan Presiden SAPP Amde Sidek dan ketua sebuah kumpulan yang cuba menghidupkan kembali Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Datu Badaruddin Tun Mustapha pada perhimpunan itu, membayangkan bahawa Jeffrey sudah hampir mencapai hasratnya untuk menubuhkan UBA.

Amde dilaporkan berkata mereka belum membuat keputusan tentang siapa yang akan menerajui pakatan itu walaupun mengakui isu itu adalah antara perkara yang perlu diselesaikan.

Setakat ini, jawatan yang akan disandang Jeffrey dalam UBA sekiranya penubuhannya menjadi kenyataan masih menjadi teka-teki memandangkan beliau bukan presiden mana-mana parti politik, manakala UBF pimpinannya pula hanya merupakan sebuah badan bukan kerajaan.

Dr Bilcher Bala berpendapat penubuhan sebuah barisan pembangkang yang dianggotai parti berasal dari Sarawak dan Sabah sukar berfungsi dengn baik kerana pandangan dan objektif masing-masing memang berbeza.

"Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kewujudan tiga dunia yang tidak pernah serupa; Semenanjung, Sabah dan Sarawak," kata beliau. (BERNAMA)
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL
avatar

Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Sun Jan 29, 2012 3:44 pm

secara peribadi , saya sudah serik dengan Dr Jefry ni , tdk percaya sdh ...

biar dia buat parti nama apa sekalipun , biarlah , terlalu panjang sejarah si jefry ni , lumpat sana ..terbang sini , lumpat lagi dan lagi , last2 buat parti sendiri , pasal apa ? sebab dia boleh jadi Presiden , selama ini dia jadi Timbalan saja , kalau tidak jadi ketua pasti dia lari , masuk parti lain , kalau tidak jadi ketua jugak lompat lagi ,

si Jefry ni target mesti jadi ketua ja , kalau tidak dijadikan ketua ..dia akan lari ,

sekarang dia bawa para simpati UBF masuk STAR , ada alasan utk jadi presiden sbb orang dia ramai , kalau STAR tidak lantik jeffry sebagai ketua , tunggu ja ..mesti dia akan lari jugak ,

itulah cakap , susah mo percaya si jeffry ni ......
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal
avatar

Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Sun Jan 29, 2012 9:27 pm

sdh jd katua, mangkali inda sdh dia lari, hihihiihii..... Very Happy
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal
avatar

Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Tue Feb 07, 2012 10:06 pm

Lari juga dia tu kalau prinsipnya dicabar oleh suara ramai bawahan dia..kecuali kalau dia amalkan kepimpinan kuku besi..
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal
avatar

Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Wed Feb 08, 2012 8:55 pm

kalou dia lari lg kali ini, indataulah apa mau sakap sdh..... Rolling Eyes
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
rumandawinunukragang
Prebet
Prebet
avatar

Female Number of posts : 13
Location : nunuk ragang
Humor : andu baa
Registration date : 2012-02-09

PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Thu Feb 09, 2012 5:03 pm

sa setuju sama romeo..begitu juga dia nant tuu..sebab dia tau ba yang urang kita sanang butul mo kena bawa-bawa sana sini lepas tu dia kasih tinggal..pada mula kita mimang la suka yang ketua tu kita punya bangsa tapi dia juga yang kasih pusing-pusing kita..baru pandai dia guna tu isu-isu yang bikin panas..tapi kalau sa nda juga melawan sama tu datu bung muktar saaana Kinabatangan..kita sudah dalam zaman moden ba..kita bulih pikir sendiri ba tu kenapa dia slalu lumpat2..butul juga tu c romeo sebab dia mo jadi ketua..kasihan sa tinguk yang fanatik sama ni jefry oo..bagus lagi sa minum yoyo sana center point..nda lama dia pakai nama parti MOON lagi...hihihi,jangan kamurang marah sa aa..pendapat pribadi saja ba ni..
Back to top Go down
Garadu
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II
avatar

Number of posts : 593
Registration date : 2009-04-05

PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Thu Feb 09, 2012 9:25 pm

ahhahaa.. ini kalilah.. Laughing
Back to top Go down
Catun
Sarjan
Sarjan
avatar

Male Number of posts : 358
Location : Kota Kinabalu
Registration date : 2010-04-02

PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Sun Feb 19, 2012 7:58 pm

uuuhuuuuuu..sia ndak suka macam nie.. Shocked haha
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal
avatar

Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    Mon Feb 20, 2012 12:43 am

last2 panuh ni sabah parti pambangkang..... nt eleksen, saturang 1 undi sj babagi-bagi.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Sponsored content




PostSubject: Re: SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?    

Back to top Go down
 
SATU LAGI PEMBANGKANG MUNCUL DI SABAH?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Politics-
Jump to: