| Hai... |
*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...I Love Sabah Forum |
| Who is online? | In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests :: 2 Bots None Most users ever online was 35 on Tue May 15, 2012 4:10 pm |
| Latest topics | » Antara STAR dan PKR sabah.. by pukutarap. Yesterday at 2:40 pm
» Selamat Hari Kaamatan & Gawai!!! by pukutarap. Yesterday at 2:36 pm
» Akjan sultan sulu? by pukutarap. Yesterday at 2:36 pm
» Kes Penyerahan Labuan by pukutarap. Thu May 17, 2012 7:17 pm
» Kos / Sara Hidup di Sabah lebih murah dari Malaya? by pukutarap. Tue May 15, 2012 10:24 pm
» Agent and Reseller Clixster(new telco) Wanted (LIMITED) by clixster1218 Sat May 12, 2012 12:28 pm
» RM 100 / RM 500.00 / SBPA by Garadu Sun Apr 22, 2012 4:25 pm
» Jangan bunuh diri by Garadu Sun Apr 22, 2012 4:16 pm
» ciri-ciri porompuan idaman anda(khas untuk lalaki bujang) by pukutarap. Fri Apr 13, 2012 12:30 am
» Kanapa kasi biar sj pti? by pukutarap. Fri Apr 13, 2012 12:24 am
» Comment on Iphone 4S by mikkesho Sun Apr 08, 2012 4:06 pm
» few reasons why women rejecting hot guys by minzi Mon Apr 02, 2012 5:13 pm
» Woman = Problems by minzi Mon Apr 02, 2012 5:10 pm
» Kalau Pilak ngurat sama ko? by minzi Mon Apr 02, 2012 5:09 pm
» Wang Lee Hom is indeed a Music Man ! by ronlim Fri Mar 30, 2012 1:04 am
» HELLO! by pukutarap. Tue Mar 27, 2012 3:13 pm
» salam perkenalan by barley Tue Mar 27, 2012 11:41 am
» baby paling basar by barley Tue Mar 27, 2012 11:39 am
» Hi, kiyoke di sini.. by kiyoke Tue Mar 27, 2012 9:55 am
» Hasilkan Pendapatan Forex Yang Lumayan Pada Hari Pertama Lagi Dengan Pakej WellFX Forex System 2012 by wellter Thu Mar 22, 2012 4:18 pm
|
| ILSF Shoutbox | |
I Love Sabah Forum |
| May 2012 | | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
|---|
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | | 28 | 29 | 30 | 31 | | | | Calendar |
|
| | | Author | Message |
|---|
Yorut_orut Lord Marshal


Number of posts: 4826 Location: Sandakan Humor: begitu laitu... Registration date: 2008-09-16
 | Subject: Kesaksian Mon Sep 29, 2008 10:36 am | |
| Mengapa Ibu Saya Memeluk Kristian
Ibubapa saya adalah dari keluarga pagan. Mereka tinggal di sebuah perkampungan yang terpencil di perbukitan, jauh dari pekan. Mereka mengamalkan kepercayan animism. Sebagai lelaki, bapa saya lebih kerap membuat perjalan keluar dari hutan dan berhubungan dengan orang ramai. Oleh itu bapa saya telah lebih dahulu memeluk agama kristian. Ibu menentang keras keputusan bapa memeluk kristian tetapi tidak boleh buat apa-apa. Selama dua tahun lebih mereka tinggal bersama dalam kepercayaan yang berbeza. Bapa berhenti merokok, minum minuman keras, makan daging babi, dan menyucikan sabat (dia diperkenalkan dengan agama SDA). Penentangan ibu sangat menebal sehingga dia kerapkali memperli bapa dan membantah semua keputusan yang bapa buat bila perkara itu ada kaitan dengan kepercayaan kristiannya. Kata ibu, dalam keluarga kami, bapa mengamalkan agama kristiannya bersendirian. Dia berdoa bersendirian, makan bersendirian (jika ibu hidangkan makanan haram). Ada kalanya ibu mengejek bapa ketika bapa memejam mata bila berdoa dengan berkata kepada teman2nya, “cuba kamu lihat, dia mau mati sudah”. Sindiran dan tomahan berlanjutan sehinggalah ibu sendiri memeluk kristian. Apa yang meyakinkan ibu bahawa kristian itu benar? Menurut ibu, dia menjadi yakin kristian itu benar setelah mengumpulkan semua mimpi-mimpinya yang ganjil.
Mimpi pertama
Pada suatu tahun, mereka menanam padi bukit di tiga tempat yang berjauhan. Salah satu tempat ialah di tebing sungai. Padi di tebing sungai itu dilanda banjir. Hasilnya sangat sedikit. Maka bapa kata, biarlah padi yang sedikit ini kita berikan kepada Tuhan sebagai persepuluhan (amalan SDA yang memberi sepersepuluh dari hasil pendapatan) sebab ia hanya sedikit dan berhampiran dengan gereja. Manakala hasil padi yang dua tempat lagi tidak perlu lagi kita beri persepuluhan. Ibu marah sekali dengan cadangan bapa lalu mengatakan, “Adakah kamu lihat Tuhan kamu datang untuk menerima persepuluhan kamu? Apa yang saya tahu ialah pastor kamu yang makan padi itu”. Bapa menjawab, “ya, itu betul tapi pastor kan menyebar injil dan dia bergantung kepada persepuluhan untuk menanggung keluarga”. Menurut ibu, hampir setiap kali dia memarahi bapa kerana soal agama, dia (ibu) akan merasa mengantuk dan terlelap sekejap. Pada ketika itulah dia akan bermimpi sesuatu yang ganjil. Inilah juga yang terjadi ketika ibu mempersoalkan bapa tentang Tuhan dan persepuluhan. Dia bermimpi ada seseorang yang sudah tua, berpakaian putih dan janggutnya panjang berdiri di muka pintu. Ibu bertanya kepada orang itu, “ke mana kamu hendak pergi? Orang itu menjawab, “tidak kemana-mana, sini saja”. Ibu tanya lagi, “untuk apa kamu datang?”. Orang itu menjawab, “kamu masih ingat apa yang kamu cakapkan sebentar tadi?” Kemudian ibu terbangun serta-merta. Ibu terpinga-pinga…apa yang saya cakap sebentar tadi?? Dia menyoal hatinya..Maka ibu teringat tentang ejekannya kepada bapa, “Adakah kamu lihat Tuhan kamu datang untuk menerima persepuluhan kamu?”. Menurut ibu, dia tidak menceritakan mimpinya itu kepada bapa pada hari yang sama kerana dia merasa malu. Tapi dia tidak lagi melarang bapa memberikan semua hasil padi itu sebagai persepuluhan.
Mimpi kedua akan menyusul… |
|  | | pukutarap Lord Marshal


Number of posts: 5044 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: Kesaksian Mon Sep 29, 2008 11:23 am | |
| perkongsian yg manarik...... kasi turus lg yorut......
*komen: mama kao dulu susa butul mo masuk kristian pasal bukan sanang bah gia mo tukar pendirian, apa lg kalou pasal kaparsayaan..... sabap tu hal2 kaparsayaan ni misti mo paham butul2 baru sanang hati mo masuk.... |
|  | | Yorut_orut Lord Marshal


Number of posts: 4826 Location: Sandakan Humor: begitu laitu... Registration date: 2008-09-16
 | Subject: Re: Kesaksian Mon Sep 29, 2008 1:56 pm | |
| Mimpi kedua
Satu ketika (malam hari jumaat) ibu sedang meraut rotan. Bapa tegur, "dah lah tu sekarang dah masuk Sabat". Ibu jawab, "Bisuk bah tu ari anam!" Tiba-tiba ibu rasa mengantuk lalu dia tidur di celah-celah rotan yang dia sedang raut. Dalam tidurnya dia bermimpi seseorang mengajaknya pergi mandi di sungai Tuaran. Ibu tanya orang itu, "Bikin apa mau mandi di sungai" Orang itu kata, "Kalau kau mandi di sungai Tuaran kamu tidak akan rasa lapar lagi. Lihat suamimu, dia tidak akan rasa lapar lagi". Ibu bertanya lagi, "Bagaimana dengan anak saya?" (anak ibu yang pertama, abang kami) Orang itu menjawab, "Anakmu belum pasti kedudukannya kerana dia sentiasa berjalan kesana, kemari" Ibu terjaga. Dia tertanya-tanya apa erti mimpi itu. Apa kaitan dengan sungai Tuaran? Sedangkan rumah mereka dekat dengan sungai Pinahaun! Pikir punya pikir... dia buat kesimpulan ... jangan2 itu ertinya baptisan...sebab lakinya (bapa kami) dibaptis di sungai Tuaran kerana di situlah gereja yang terhampir.
Namun begitu ibu masih tidak yakin dengan agama kristian, dan terus-terus juga membantah dan berdegil. Cerita ibu ini sudah diceritakannya bertahun-tahun yang lalu. Tapi pagi tadi (29 sept 20008)saya minta dia ceritakan lagi supaya lebih "fresh".
Mimpi ke-3 menyusul.......... |
|  | | pukutarap Lord Marshal


Number of posts: 5044 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: Kesaksian Mon Sep 29, 2008 9:15 pm | |
| |
|  | | wewin Lans Koperal


Number of posts: 151 Location: Tuaran Humor: Life is a journey. Registration date: 2008-09-11
 | Subject: Re: Kesaksian Tue Sep 30, 2008 8:07 am | |
| Bagus kesaksian si orut ni. Teruskan kepada mimpi2 yg lain orut... |
|  | | Yorut_orut Lord Marshal


Number of posts: 4826 Location: Sandakan Humor: begitu laitu... Registration date: 2008-09-16
 | Subject: Re: Kesaksian Tue Sep 30, 2008 8:49 am | |
| | pukutarap wrote: | | mana sdh kao yorut? |
Yorut masih di "web"nya bah tapi diam2 saja heehee....
Mimpi ibu ke-3
Satu hari abang saya (anak ke-4 ketika itu umurnya kira2 5-7 tahun), dia tidak dapat berak. Dia menangis setiap kali rasa mau berak tapi tiada berak keluar. Dah tiga hari abang tidak dapat berak. Perutnya semakin besar sebab masih kuat makan! Mau hantar ke rumah sakit tapi kena jalan 1 hari pigi KK (jalan kaki dalam hutan). Ibu mulai menyalahkan bapa sebab fikirnya penyakit anak ini adalah gara-gara bapa memeluk agama Kristian. Bapa sendiri dah buntu. Lalu bapapun cakap sama ibu, "baiklah, bisuk kau pigi bawa anak ini jumpa si Siandoi". (Siandoi ialah seorang bobolian di kampung kami dulu2). Tapi malam itu ibu bermimpi, ada seseorang kasi tahu dia begini, "Amu ie tagal om ngoyon pokilambayai ilo tanak, bila anak itu mau berak lagi, kau periksa "busul" dia, kau kurik2 sikit". Ibu tak jadi antar abang ke rumah bobolian. Dia tunggu abang mau berak lagi. Tiba masa abang mau birak, ibu ikut nasihat orang dalam mimpinya. Dia kurik2 busul abang...hihihiii masam lusu bah.. sedikit2 gumpalan taie karas terkeluar. Tidak lama kemudian terpancutlah taie dengan kuat sehingga dada ibupun "nosompiran" hihi... lusu juga saya dingar ibu sorita. Bila ibu cek2 tu birak, hampir semua "tolidus"! Ibu tanya abang dan kakak, "apa kamu makan"? Abang dan kakak baru kasi tau bahawa beberapa hari yang lalu diurang makan tolidus + biabas + ubi rambat dimakan mentah2. Rupa2nya abang tidak sakit tapi "sibobolon" disebabkan tolidus, bibas (jambu batu), dan ubi rambat (ubi manis).
Namun begitu, ibu belum mau mererima kristian sebagai agama yang benar.
Ada sorita menyusul lagi tapi bukan mimpi....... |
|  | | wewin Lans Koperal


Number of posts: 151 Location: Tuaran Humor: Life is a journey. Registration date: 2008-09-11
 | Subject: Re: Kesaksian Tue Sep 30, 2008 10:00 am | |
| Bagus kau buat cerpen kesaksian kau ni orut. Kasi muat sana Sabah Times/Daily Express/Borneo Mail time Krismas nanti. Hehe... |
|  | | pukutarap Lord Marshal


Number of posts: 5044 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: Kesaksian Tue Sep 30, 2008 12:13 pm | |
| ya, bagus kasaksian si yorut ni..... |
|  | | Yorut_orut Lord Marshal


Number of posts: 4826 Location: Sandakan Humor: begitu laitu... Registration date: 2008-09-16
 | Subject: Re: Kesaksian Wed Oct 01, 2008 11:29 am | |
| | wewin wrote: | | Bagus kau buat cerpen kesaksian kau ni orut. Kasi muat sana Sabah Times/Daily Express/Borneo Mail time Krismas nanti. Hehe... |
Kalau buat cerpen terpaksa kena tambah2 untuk kasi tamnbah sedap tu sorita. Inda bulihlah kalau begitu, nanti tu sorita inda uriginol suda.
Sorita seterusnya...
Seorang anggota gereja perempuan bagi ibu sepasang pakaian. Pakaian pada masa itu (1950s) sangat bernilai bagi orang yang tinggal di perbukitan. Ibu sangat berterima kasih kepada si pemberi. Maka suatu masa ibu ikut bapa pigi gereja untuk mengunjungi si pemberi pakaian tersebut. Oleh kerana si pemberi pakaian itupun menghadiri kebaktian di gereja juga maka ibu terpaksa juga masuk gereja. Ketika mereka pulang dari gereja, ibu dan bapa diajak oleh sepupu bapa untuk singgah di rumah mereka. Kira2 jam 3:30 mereka pamit untuk pulang. Sepupu bapa beri satu bungkusan kepada ibu. Bungkusan itu sebenarnya pinongian daging bakas.Btw, bapa sudah tidak makan bakas tapi ibu dan anak2 (termsauk sayalah kut..saya masih kecik waktu tu, tak ingat apa2) masih makan daging bakas. Sambung sorita... Ibu dan bapa meneruskan perjalan untuk pulang. Mereka meredah hutan. Bapa jalan di hadapan. Apabila sampai di sebuah "Pampang" (batu besar seakan tembok), tiba2 kaki ibu menjadi sangat berat, tak boleh diangkat langsung! ...Next page |
|  | | pukutarap Lord Marshal


Number of posts: 5044 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: Kesaksian Wed Oct 01, 2008 11:40 am | |
| siuk serita kaoni yorut..... inda sabar pula sia mo tau apa serita satarusnya.... |
|  | | Yorut_orut Lord Marshal


Number of posts: 4826 Location: Sandakan Humor: begitu laitu... Registration date: 2008-09-16
 | Subject: Re: Kesaksian Wed Oct 01, 2008 11:59 am | |
| Ibu pangil bapa tapi bapa seakan kena sumbat telinga, dia tidak dengar panggilan ibu. Bapa sudah melepasi bukit kecil dan ibu tidak dapat melihat dia lagi. Ibu semakin takut, suasanapun mulai gelap, tambah2 lagi trek mereka adalah hutan tebal. Kaki ibu tetap tidak boleh diangkat. Dalam keadaan yang gementar, ibu teringat kotbah pagi tadi yang mengatakan bahawa Tuhan sedia menjawab doa. Berdoa? Ibu langsung tidak tahu bagaimana berdoa. S atu patah perkataanpun dia tak tahu. Apa yang dia nampak ialah bapa dan orang2 di gereja pagi tadi menutup mata bila berdoa. Itu lah yang ibu buat! Tutup mata tanpa satu patah perkataan pun keluar dari mulut. Maksud dia tutup mata ialah untuk meminta Tuhan kristian untuk melepaskan dia dari halangan setan. Ibu tutup mata dalam beberapa saat saja. Bila ibu buka mata dan cuba melangkah....jeng...jeng...jeng... boleh langkah atau tidak? Tidak! oh..no..  tapi kaki ibu ada ringan sikit dan boleh di heret (macam ada gam). Ibu teruskan perjalanan dengan mengheret kakinya. Setelah melepasi bukit kecil, ibu sudah boleh berjalan seperti biasa. Di situ bapa sedang menunggu sambil mingotok tu guas kayu. Dia tanya ibu, "Apa kau buat lambat sangat?" Ibu jawab, "Kau tidak dengarkah saya teriak2 panggil kau tadi". Bapa bilang, "Saya tidak dengar apa-apa". Adakah ibu percaya kepada agama kristian selepas itu? Tidak! Oleh kerana bapa masuk kristian denominasi SDA, ibu berat hati untuk meninggalkan semua makanan yang sedap-sedap. Dia akan tersisih dari rakan sekampung pada setiap kali ada keramaian kerana pastor bilang tidak bulih minum tapai lagi. Namun, oleh kerana bapa tidak lagi pigi memburu bakas, tangkap pungkit, tikus, tulanut, primat dan lain2 maka secara automatik ibu juga tidak dapat makan daging yang sadap2 itu. Apa yang bapa buat dan tidak buat, ibu secara tidak langsung terbabit juga. So...setelah mengambil kira mimpi2 dan pengalaman dia, ibu akhirnya berpikr, tiada sebab mengapa dia tidak memeluk kristian kerana dia terbabit dengan cara hidup kristian secara tak langsung. ...THE END... |
|  | | pukutarap Lord Marshal


Number of posts: 5044 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: Kesaksian Wed Oct 01, 2008 1:04 pm | |
| satu kasaksian yg bagus..... itula tu, kadang2 kita masuk kristian dgn hal2 yg inda di duga2..... |
|  | | alphawaves Moderator


Number of posts: 1793 Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: Kesaksian Wed Oct 01, 2008 4:38 pm | |
| Bagus serita si yorut ini. semoga kita semua boleh mengambil iktibar. thanks yorut kerana sanggup bersusah payah menaip story ini. |
|  | | bushido Kapten


Number of posts: 920 Location: Sama Macam Dulu Humor: Lord Marshal Post: 3000 Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: Kesaksian Wed Oct 01, 2008 8:26 pm | |
| avasi iti tuturan nu iti tompinai Orut. It kavanusan do Kinoringan kumavid soumul-umul.. |
|  | | pukutarap Lord Marshal


Number of posts: 5044 Location: sini sabah Humor: ambikmu.....! Registration date: 2008-09-07
 | Subject: Re: Kesaksian Wed Oct 01, 2008 11:10 pm | |
| | bushido wrote: | | avasi iti tuturan nu iti tompinai Orut. It kavanusan do Kinoringan kumavid soumul-umul.. |
satuju sama kao tuan..... |
|  | | |
Similar topics |  |
|
| | Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |