To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Thu Dec 01, 2016 6:45 am

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sun Nov 06, 2016 2:15 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest?
by SchulzCube Wed Oct 19, 2016 7:16 am

» Lihat Bukti RM1200 Masuk Akaun CIMB
by xbest Wed Oct 12, 2016 8:42 am

» Rahsia Jana RM30,000 hanya dengan WeChat
by xbest Wed Oct 05, 2016 4:38 pm

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Mon Aug 15, 2016 10:41 am

» Teknik & Panduan Lulus Exam MUET
by xbest Thu Aug 04, 2016 4:50 pm

» Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER
by xbest Fri Jul 15, 2016 7:11 pm

» Bha mana jak tuh mauk line yang okay di Sabah ni?
by hahalove Thu Jun 30, 2016 12:16 pm

» Tips Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang
by SchulzCube Sat Jun 25, 2016 10:46 am

» Seminar Google Adwords GStep UP 2016
by xbest Sat Jun 25, 2016 6:48 am

» Shopping at Courts Mammoth?
by nurulazzin Thu Jun 23, 2016 12:10 pm

» First Gold upgrade
by carriefire Fri Jun 10, 2016 2:47 pm

» Tanda Tanda Demam Denggi Dan Ubat Demam Denggi Yang Berkesan
by SchulzCube Sat Jun 04, 2016 6:39 pm

» Jadi Jutawan Dgn Forex Sebenar
by xbest Fri Jun 03, 2016 3:45 pm

» Ubat Sakit Gout-Kencing Manis Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
by SchulzCube Fri Jun 03, 2016 1:40 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

Share | 
 

 Membantu petani di Malaysia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
malaysia_57
Prebet
Prebet


Number of posts : 9
Registration date : 2013-12-03

PostSubject: Membantu petani di Malaysia   Mon Dec 16, 2013 11:11 am

“Clearfield® On Wheels” membantu petani di Malaysia mengawal padi angin, tingkatkan hasil tanaman



n Unit bergerak Sistem Pengeluaran Clearfield® BASF kini berkhidmat untuk petani
n Timbalan Pengarah MARDI, Dr. Azizan Ab. Rashid, wakil daripada BASF dan Kilang Beras Seri Merbok bersama-sama merasmikan unit bergerak “Clearfield® On Wheels”
n FELCRA berjaya mencapai purata hasil tertinggi bersejarah, sebanyak 7 tan per hektar, pada tahun ini


Seberang Jaya, Pulau Pinang, Malaysia – Disember 11, 2013 – BASF, syarikat kimia yang terkemuka di dunia dan Kilang Beras Seri Merbok Sdn Bhd (KBSM) hari ini melancarkan unit bergerak “Clearfield® On Wheels”. Dengan “Clearfield® On Wheels”, inovasi Sistem Pengeluaran Clearfield® dapat disampaikan kepada petani-petani disamping mempamerkan contoh beras Clearfield® yang diiktiraf dan racun tanaman On-Duty BASF. Unit bergerak ini juga dilengkapi dengan alat audio visual dan panduan penggunaan produk Sistem Pengeluaran Clearfield® dan pakar Clearfield® yang bersedia mengendalikan sessi klinik secara langsung dalam membantu petani padi memahami penuh langkah-langkah terbaik mengawal masalah padi angin dan meningkatkan hasil tanaman.

Berkat kerjasama dengan KBSM, salah satu daripada pengeluar beras yang terbesar di Malaysia, dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, BASF dapat melancarkan unit bergerak “Clearfield® On Wheels” yang mampu membawa pengetahuan penting mengenai Sistem Pengeluaran Clearfield® terus kepada petani-petani khususnya kawasan jelapang padi di pedalaman Malaysia.

Acara pelancaran telah disempurnakan oleh Dr. Azizan Ab Rashid, Timbalan Pengarah, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) bersama-sama Daniel Loh, Pengarah Urusan, BASF Malaysia Sdn Bhd dan Abu Samah Hashim, Ketua Pegawai Operasi, KBSM.

Di dalam ucapan pembukaannya, Daniel Loh berkata, “ Usahasama dengan KBSM ini amat saya hargai kerana unit bergerak ‘Clearfield® on Wheels’ ini amat penting dalam membantu petani-petani mendapat maklumat dan panduan mengenai Sistem Pengeluaran Clearfield® supaya system ini dapat digunakan dengan betul dan seterusnya meningkatkan lagi hasil tuaian mereka."

Daniel Loh juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (FELCRA) kerana telah berjaya mencapai purata hasil tertinggi didalam sejarah sejak bermulanya estet padi di FELCRA Seberang Perak. Sebanyak 7 tan per hektar telah berjaya dituai pada tahun ini sejak penggunaan Sistem Pengeluaran Clearfield® pada musim kedua tahun 2011. Hasil padinya telah berganda daripada 3.5 tan per hektar pada tahun 1980 kepada 7 tan per hektar pada tahun 2013. “Kami berasa amat gembira di atas pencapaian cemerlang rakan niaga kami dan berbesar hati dengan penerimaan positif daripada para pengguna Sistem Pengeluaran Clearfield.®’, tambah Daniel.

Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Sharif Haron di dalam kenyataanya menekankan bahawa MARDI akan meneruskan peranannya meningkatkan, membangunkan kajian inovatif dan menyediakan penyelesaian pragmatic kepada para petani untuk membantu mereka menghadapi sebarang kekangan di dalam pengeluaran pertanian.



Sistem Pengeluaran Clearfield® ini adalah hasil daripada kajian intensif dan teliti, penyelidikan dan pembangunan lebih 8 tahun dengan kerjasama antara BASF dan MARDI. Diperkenalkan kepada petani di Malaysia pada tahun 2010, system pengeluaran padi yang innovatif ini telah memberikan penyelesaian yang efektif untuk membasmi padi angin dan meningkatkan hasil secara teknikal yang mudah untuk dilaksanakan, berdaya maju dari segi ekonomi dan diterima oleh segenap budaya pertanian.

Diiktiraf secara meluas sebagai sistem pengawal padi angin yang terbaik pada masa ini, Sistem Pengeluaran Clearfield® mampu mengawal padi angin dan rumpai yang lain di sawah padi dengan berkesan. Sistem ini adalah gabungan pengunaan biji benih rintang konvensional (conventionally-bred herbicide tolerant) dengan “racun rumpai bertujuan khas” menjadikannya pilihan yang lebih baik dan penyelesaian optimal untuk mengawal rumpai. Sejak ia dikomersialkan pada tahun 2010, petani di Malaysia dapat membeli Sistem Pengeluaran Clearfield® (benih dan racun rumpai) dari koperasi dan peruncit yang terlantik untuk mencapai peningkatan yang ketara dalam pengeluaran padi dengan mengawal padi angin.

Mengenai BASF di Malaysia
BASF telah beroperasi di Malaysia selama lebih dari 20 tahun dengan jumlah pekerja seramai 1,490 orang. BASF (Malaysia) Sdn Bhd telah diperbadankan pada 1989 sebagai sebuah anak syarikat milik penuh BASF SE, Jerman. Kini, ia beroperasi sebagai kilang pengeluaran di Bukit Jelutong (Shah Alam), Bukit Raja (Klang) di Selangor dan Pasir Gudang di Johor dan sebuah Gudang berlesen awam di Kulim, Kedah. Di antara produk-produk yang dihasilkan adalah polyurethanes, polistiren, superplasticizer, plastik kejuruteraan dan bahan-bahan kimia pembinaan. Lain-lain syarikat milik penuh ialah BASF Asia-Pacific Service Centre Sdn Bhd yang menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan kepada kilang kimia bersepadu BASF di Gebeng, Pahang. Syarikat perkongsian di Malaysia termasuklah BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd yang mengendalikan mesin Verbund yang canggih di kilang pengeluaran di Gebeng, Pahang dan Toray BASF PBT Resin Sdn Bhd. Jumlah Jualan BASF kepada pelanggan di Malaysia pada tahun 2012 dianggarkan sebanyak Euro 395.6 juta.

BASF mengekalkan kehadiran di seluruh rantau ASEAN dengan tujuh anak syarikat milik penuh dan enam usaha sama di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. BASF merekodkan anggaran jualan kepada pelanggan di ASEAN kira-kira Euro 2.8 bilion pada tahun 2012 dengan jumlah pekerja sebanyak 3,888 orang pada akhir tahun 2012.

Maklumat lanjut mengenai BASF di Malaysia dan ASEAN boleh didapati di www.asiapacific.basf.com



Mengenai BASF
BASF adalah syarikat kimia yang terkemuka di dunia: The Chemical Company. Portfolio syarikat ini merangkumi bahan kimia, plastik khas, produk prestasi dan produk pertanian dan juga minyak dan gas. BASF mengabungkan kejayaan ekonomi bersama tanggungjawab sosial dan perlindungan alam sekitar. Melalui sains dan inovasi, BASF menggerakkan pelanggannya dalam semua industri untuk keperluan masa kini dan akan datang. Produk dan sistem penyelesaian BASF memainkan peranan dalam memelihara sumber, memastikan makanan yang sihat dan berkhasiat dalam meningkatkan kualiti hidup. Secara keseluruhannya, sumbangan BASF ini disemadikan dalam tujuan korporatnya, iaitu “We create chemistry for a sustainable future.” BASF mencatatkan anggaran jualan sebanyak Euro 72.1 billion pada 2012 dan mempunyai lebih daripada 111,000 pekerja pada akhir tahun 2012. Saham BASF dipasarkan di bursa saham di Frankfurt (BAS), London (BFA) dan Zurich (AN). Untuk maklumat lanjut mengenai BASF, sila layari laman webnya di www.basf.com atau di Balai Berita Sosial di newsroom.basf.com.
Back to top Go down
Dennelton Mandiau
Prebet
Prebet


Male Number of posts : 3
Age : 24
Location : Sabah
Registration date : 2014-01-04

PostSubject: Re: Membantu petani di Malaysia   Sat Jan 04, 2014 8:21 pm

Macam mana mw bantu petani klu harga pertanian pun turun...
Back to top Go down
http://tvokm.blogspot.com
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: Membantu petani di Malaysia   Mon Jan 06, 2014 12:14 am

itulah tu, haraga sawit sikarang pun aduinaaaa..... haraga gata pun bikin maradang......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Sponsored content




PostSubject: Re: Membantu petani di Malaysia   Today at 5:48 pm

Back to top Go down
 
Membantu petani di Malaysia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Local Issues-
Jump to: