To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Jualan HOT Produk Resell Rights Kombo 2017
by xbest Sat Nov 25, 2017 3:09 pm

» Tips Dan Teknik Pemasaran Tanpa Kos Yang Berkesan
by SchulzCube Thu Nov 16, 2017 6:07 pm

» Gempak! Jutawan App Guna ROBOT Jana Income Bertubi-Tubi
by xbest Sun Oct 29, 2017 12:57 am

» Produk Resell Rights 2017 yg TerLajak LARIS!!
by xbest Thu Sep 07, 2017 8:07 am

» Wabak Software Hantu Semakin Mengganas
by xbest Sun Jul 23, 2017 4:56 am

» Formula Tarik Rezeki 2015
by xbest Wed Jul 12, 2017 6:36 am

» Need a help!
by limau123 Wed May 31, 2017 2:19 pm

» Father’s Day ahead
by ahkeok Sun May 07, 2017 10:49 am

» Mother's day is just around the corner. What to buy???
by ahkeok Tue May 02, 2017 7:44 am

» Contoh Soalan Exam Online Pegawai Penerangan S41
by xbest Thu Apr 13, 2017 8:15 am

» Seminar Tajwid Luarbiasa Edisi Ramadhan 2017
by xbest Sat Apr 08, 2017 6:13 pm

» Panduan Google Adsense Pertama Malaysia 2017
by xbest Mon Mar 27, 2017 9:06 pm

» Tyre chitchat
by tungkelly Mon Mar 20, 2017 1:11 am

» Tips Dan Panduan Cari Kerja Kosong Di Singapura Yang Lengkap
by SchulzCube Sun Mar 19, 2017 7:41 am

» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Sun Mar 19, 2017 7:39 am

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Wed Mar 01, 2017 12:50 pm

» Cara Menjimatkan Membeli Dari Kedai Perabot Murah China
by SchulzCube Sat Feb 11, 2017 10:40 am

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sat Jan 14, 2017 4:42 pm

» Hard to reach out the text
by nurulazzin Fri Dec 30, 2016 4:43 pm

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2017
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 Penyakit Barah Kanser

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kursus-latihan
Prebet
Prebet


Number of posts : 2
Registration date : 2012-08-17

PostSubject: Penyakit Barah Kanser   Fri Sep 19, 2014 9:42 am

Penyakit Barah Kanser


Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:

Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.

'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.

Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.


Pencegahan dan Pengesanan Awal Barah

Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.

Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).

Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:

Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
Pap smear
Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahun
Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat ( prostate specific antigen ).
Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)

Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya.

Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.


Terdapat banyak bentuk barah dan ia dikelompok menurut samaada mengikut sel barah atau lokasi barah.

Sel termasuk:

adenoma
karsinoma ( carcinoma ) dari sel epitelium ( epithelial cell )
sel karsinoma skuama ( squamous cell carcinoma )
Penyakit Leukemia
Limfoma
Melanoma
Sarcoma dari tisu penyambung ( connective tissue ), tulang atau otot
Teratoma

Barah utama, menurut lokasi di tubuh:

Bladder carcinoma
Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
Penyakit Leukemia
Penyakit Limfoma
Penyakit Hodgkin
Limfoma bukan Hodgkin
Pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
Penyakit tumor otak
Penyakit barah payu dara
Barah pangkal rahim ( Cervical cancer )
Barah Kolorectal ( Colorectal cancer ) (termasuk kolon, rektum, dubur, dan appendix)
Penyakit barah esophageal
Penyakit barah endometrial (uterus)
Hepatocellular carcinoma (hati)
Tumur gastrointestinal stromal (GIST)
Penyakit barah laryngeal
Penyakit barah paru-paru
Mesothelioma
Penyakit barah mulut
Osteosarkoma (tulang)
Penyakit barah ovari
Penyakit barah pancreatik
Penyakit barah prostat
Renal cell carcinoma (buah pinggang - ginjal)
Rhabdomyosarcoma (otot)
Penyakit barah kulit, termasuk benign Tahi lalat dan dysplastic nevi
Penyakit barah perut
Penyakit barah testikular
Penyakit barah thyroid

Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.

Pembedahan
Chemotherapy
Terapi radiasi
Immunoterapi
Terapi cytoluminescent (CLT)
Rawatan ujian barah


Klik Sini Untuk Vitamin Suplemen Harian Anda
Back to top Go down
 
Penyakit Barah Kanser
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Advertisements / Iklan-
Jump to: