To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Thu Dec 01, 2016 6:45 am

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sun Nov 06, 2016 2:15 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest?
by SchulzCube Wed Oct 19, 2016 7:16 am

» Lihat Bukti RM1200 Masuk Akaun CIMB
by xbest Wed Oct 12, 2016 8:42 am

» Rahsia Jana RM30,000 hanya dengan WeChat
by xbest Wed Oct 05, 2016 4:38 pm

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Mon Aug 15, 2016 10:41 am

» Teknik & Panduan Lulus Exam MUET
by xbest Thu Aug 04, 2016 4:50 pm

» Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER
by xbest Fri Jul 15, 2016 7:11 pm

» Bha mana jak tuh mauk line yang okay di Sabah ni?
by hahalove Thu Jun 30, 2016 12:16 pm

» Tips Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang
by SchulzCube Sat Jun 25, 2016 10:46 am

» Seminar Google Adwords GStep UP 2016
by xbest Sat Jun 25, 2016 6:48 am

» Shopping at Courts Mammoth?
by nurulazzin Thu Jun 23, 2016 12:10 pm

» First Gold upgrade
by carriefire Fri Jun 10, 2016 2:47 pm

» Tanda Tanda Demam Denggi Dan Ubat Demam Denggi Yang Berkesan
by SchulzCube Sat Jun 04, 2016 6:39 pm

» Jadi Jutawan Dgn Forex Sebenar
by xbest Fri Jun 03, 2016 3:45 pm

» Ubat Sakit Gout-Kencing Manis Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
by SchulzCube Fri Jun 03, 2016 1:40 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

Share | 
 

 buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Thu Nov 20, 2008 7:04 pm

Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran...... Abah, bagi balik tangan Ita......... Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong dan menangis kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya kedua-dua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan selepas diberi penerangan terperinci tentang keadaan sebenar anaknya. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Fri Nov 21, 2008 9:00 pm

bagus ini serita...... kalou butullah, kesian itu budak......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
wewin
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 151
Location : Tuaran
Humor : Life is a journey.
Registration date : 2008-09-11

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Fri Nov 21, 2008 10:21 pm

*Kepada sesiapa yang berkenaan Wink

Mari kita perhatikan ayat2 berikut;

Amsal 23:13 Jangan menolak didikan dari anakmu ia tidak akan mati kalau engkau memukulnya dengan rotan.

Amsal 23:14 Engkau memukulnya dengan rotan, tetapi engkau menyelamatkan nyawanya dari dunia orang mati.

Pengajaran:
Ada orang yang tidak mahu rotan anak2 kerana kononnya 'terlalu sayang'. Ada juga yang merotan anak sampai luka parah dan bahkan ada yang sampai mati kerana 'terlalu marah' dengan mereka. Kedua2 ekstrim ini amat silap dan tidak melakukan ajaran Tuhan.

Efesus 6:4 Saudara-saudara yang menjadi ayah! Janganlah memperlakukan anak-anakmu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, besarkanlah mereka dengan tata tertib dan pengajaran Tuhan.

Pengajaran:
Pada pendapat anda apakah yang dimaksudkan oleh firman Tuhan ini 'memperlakukan anak-anakmu sedemikian rupa'. Bagi saya jawapannya ada pada ayat berikutnya, iaitu 'tidak membesarkan mereka dengan tata tertib dan pengajaran Tuhan'.

Nota: Oleh itu, para ibubapa, janganlah abaikan didikan terhadap anak2. Sebaliknya didiklah mereka sesuai dengan perintah Tuhan.

*Saya petik dari komen saya sendiri dalam forum PCS ( http://www.gpcs.com.my/forum/index.php/topic,199.0.html ) ( Wink
Back to top Go down
http://gerejamaya.blogspot.com
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Fri Nov 21, 2008 10:47 pm

wewin wrote:
Pengajaran:
Ada orang yang tidak mahu rotan anak2 kerana kononnya 'terlalu sayang'. Ada juga yang merotan anak sampai luka parah dan bahkan ada yang sampai mati kerana 'terlalu marah' dengan mereka. Kedua2 ekstrim ini amat silap dan tidak melakukan ajaran Tuhan.
sia satuju butul dgn sakapan di atas..... ada urang lansung inda mo rotan anak pasal sayang kunun, di kapala dia kalou rutan anak inda sayang kunun..... akibatnya tabiat anak aduinaaa..... bikin sakit jantung..... buli pingsan kita tingu...... darah yg nurmal pun mandadak naik..... ada pula yg kajam masam mau makan anak, akibatnya anak takut inda tantu pasal, maka indalah buli mambasar dgn baik.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Sat Nov 22, 2008 9:04 pm

butul itu pukutarap....inilah bah masalah ibubapa kalau tarlabih sayang pada anak ini,ada pula yang tarkurang sayang sampai mandera anak.
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Sat Nov 22, 2008 10:16 pm

ibubapa begini patut karajaan kasi kursus keibubapaan, wajip ikut..... antah2 diurang inda taupun mungkin apa paranan ibubapa, di kapala diurang mungkin tepikir pasal 'begusti' sj......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
wewin
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 151
Location : Tuaran
Humor : Life is a journey.
Registration date : 2008-09-11

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Sun Nov 23, 2008 8:33 am

hee... itu pun smpai ada yg melarat begusti pi tampat lain dan ada yg labi turuk lagi 'menggusti' anak sendiri. ish ish..
Back to top Go down
http://gerejamaya.blogspot.com
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Sun Nov 23, 2008 1:20 pm

itulah bah itu,ntah apa diurang mau ingat sampai tidak kanal siapa diurang mau bergusti.
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Sun Nov 23, 2008 11:55 pm

sambarang sj gusti sana sini..... gusti diurang balik baru padan muka...... malang butul anak2 yg ada ibubapa masam diurang ni.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Mon Nov 24, 2008 9:13 pm

sarita mengenai karita baru digarit-garit..calar2 itu mimanglah sesuatu yang mendatangkan kemarahan ibubapa, tapi sepatutnya sebagai ibubapa harus faham sifat kanak2 3 tahun. marah, geram memang tidak boleh tahan suda kalau kereta baru dicalar begitu, tapi bandingkanlah calar kerita yang tidak rasa apa2 dengn calar badan anak yang kesakitan.
Teringat pula saya satu ketika anak2 saya masih kecil2. saya ada menganyam ayunan dari tali rapia. saya gantung dibawah kolong sulap di kabun. satu hari saya dapati ayunan itu sudah ditetak-tetak. saya tanya semua anak2, semua tidak mengaku. last2 saya dapat trick. Saya panggil anak yang saya syaki..saya bilang, cantiknya kau putung tu ayunan..kau putung pakai apa begitu cantik?? dia bilang, gagamas...hihihii...kadapatan. Tapi saya tidak pukul dia sebab saya kasian juga anak yang berumur kira2 3 thn yg tidak tau apa-apa tu. saya marah sama dia saja....
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Tue Nov 25, 2008 2:21 am

masam ngam juga itu sigu yorut...... tp itu dulu, anak2 sanang kana tirik, sikarang mungkin kita pula yg diurang tirik, hihihiiiiii...... tp butul tu, kalou marahpun jgn malampau, manada urang yg indada salah..... kana2 lg anak sendiri, masi kisil lg tu...... apa yg kita expect drpd budak2 yg masi kisil..... takan kita expect dia buli bepikir masam kita yg sdh diwasa......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Tue Nov 25, 2008 6:45 pm

butul itu,kita tidak buli menghukum budak kisil dengan hukuman yang memang tidak setimpal.mungkin kita garatak mau rutan bulihlah..atau mungkin kita rutan juga tapi janganlah dengan sepenuh rasa marah.mesti ada rasa sayang juga.
Back to top Go down
niche
Special Rank


Number of posts : 599
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Tue Nov 25, 2008 6:53 pm

tp percayakah kamu yg kisah spt ini sebenarnya banyak wujud dlm masyarakat kita... cuma kita tdk tahu sj..
Back to top Go down
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Tue Nov 25, 2008 6:56 pm

eh,suda lama ko tidak munsul niche,mana ko pergi salama ini?saya suda jadi sarjan sudah sakarang..balik kapada sarita di atas,memang,ini banyak barlaku.ada yang saparuh sayang,ada pula yang tidak sayang langsung sampai dicucuh badan budak kisil dengan puntung rokok...kejam.
Back to top Go down
mataduitan
Prebet
Prebet


Number of posts : 45
Registration date : 2008-11-25

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Tue Nov 25, 2008 7:45 pm

kesian pula saya bca cerita di atas. Kerajaan patut menyediakan hukuman yg lebih 'keras' kpd ibubapa yg begini.
Back to top Go down
niche
Special Rank


Number of posts : 599
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Tue Nov 25, 2008 7:47 pm

meck_talika wrote:
eh,suda lama ko tidak munsul niche,mana ko pergi salama ini?saya suda jadi sarjan sudah sakarang..balik kapada sarita di atas,memang,ini banyak barlaku.ada yang saparuh sayang,ada pula yang tidak sayang langsung sampai dicucuh badan budak kisil dengan puntung rokok...kejam.
hehe... kadang2 sibuk bah, tiada peluang masuk sini forum. Tdk tau apa jenis ibubapa yg sanggup menyakitkan anak2 mereka yg masih kecil, yg masih belum pandai melawan, yg menerima sj apa yg diperlakukan ke atas mereka.
Back to top Go down
niche
Special Rank


Number of posts : 599
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Tue Nov 25, 2008 7:48 pm

mataduitan wrote:
kesian pula saya bca cerita di atas. Kerajaan patut menyediakan hukuman yg lebih 'keras' kpd ibubapa yg begini.
memang keras sdh, tp mungkin perlu yg lebih lg keras. Yg sedihnya, ada yg sampai membawa kpd kematian anak tersebut.
Back to top Go down
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Tue Nov 25, 2008 7:48 pm

biasanya,kes bogini bukan ibubapa yang sabanar.diurang suma bartanggungjawap untuk mambawa budak baru ke dunia ini tanpa parkahwinan yang sah.morika barpandapat,budak itu harus memikul dosa-dosa mereka...
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Sun Nov 30, 2008 1:16 am

ibubapa yg begini palui bah..... nasip baik buli telipon pulis kalou kita nampak kis dera..... yg kesian ialah kis2 dera yg inda urang lain nampak, anak sansara begitu sj, las2 mati.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Sun Nov 30, 2008 6:09 pm

tapi taulah,ibubapa bogini kalau soal barlakun daripada mengelak dituduh mandera anak,kalah bah angelina jolie sama brad pitt..ehh,sorry niche.saya suma admire sama diurang,sanggup ambil anak angkat,lapas tu dapat anak kambar lagi...urang kita,sanggup balasah anak sondiri,kunun budak itulah yang basalah sabab diurang tidak mau anak,suma siukkkk saja.
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Sun Nov 30, 2008 7:09 pm

patut kalou satakat mau siuk2 sj, pakailah bah apa2 bikin cover, helmet ka..... ini indada kunturul, kasi sambur sj..... lapas tu mo kasi dara pula anak.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Mon Dec 01, 2008 11:53 am

pakai helmet mungkin diurang rasa tidak siuk bah....kapala kana hantuk pun tidak rasa.
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Wed Dec 03, 2008 10:47 pm

indapalah, yg penting salamat..... lgpun buli kasi antuk2 salalu jugabah..... tp paling ngam kawinlah supaya sagalanya 'salamat'.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Thu Dec 04, 2008 11:26 am

salamat juga mau kawin tapi diurang ada kobimbangan pasal diut balanja.last-last tidak takawin,yang rugi itu porompuan...
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Thu Dec 04, 2008 6:02 pm

itulah, kesian juga, sdhlah kana antukan salalu, inda jd lg kawin, aduinaaaa...... idup sikarang butul2 parlu duit.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Sponsored content




PostSubject: Re: buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.   Today at 12:30 pm

Back to top Go down
 
buat apa yang patut,jangan melampau dari sepatutnya.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Inspiration & Motivation-
Jump to: