To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Thu Dec 01, 2016 6:45 am

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sun Nov 06, 2016 2:15 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest?
by SchulzCube Wed Oct 19, 2016 7:16 am

» Lihat Bukti RM1200 Masuk Akaun CIMB
by xbest Wed Oct 12, 2016 8:42 am

» Rahsia Jana RM30,000 hanya dengan WeChat
by xbest Wed Oct 05, 2016 4:38 pm

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Mon Aug 15, 2016 10:41 am

» Teknik & Panduan Lulus Exam MUET
by xbest Thu Aug 04, 2016 4:50 pm

» Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER
by xbest Fri Jul 15, 2016 7:11 pm

» Bha mana jak tuh mauk line yang okay di Sabah ni?
by hahalove Thu Jun 30, 2016 12:16 pm

» Tips Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang
by SchulzCube Sat Jun 25, 2016 10:46 am

» Seminar Google Adwords GStep UP 2016
by xbest Sat Jun 25, 2016 6:48 am

» Shopping at Courts Mammoth?
by nurulazzin Thu Jun 23, 2016 12:10 pm

» First Gold upgrade
by carriefire Fri Jun 10, 2016 2:47 pm

» Tanda Tanda Demam Denggi Dan Ubat Demam Denggi Yang Berkesan
by SchulzCube Sat Jun 04, 2016 6:39 pm

» Jadi Jutawan Dgn Forex Sebenar
by xbest Fri Jun 03, 2016 3:45 pm

» Ubat Sakit Gout-Kencing Manis Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
by SchulzCube Fri Jun 03, 2016 1:40 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

Share | 
 

 Sabah vs Malaysia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wewin
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 151
Location : Tuaran
Humor : Life is a journey.
Registration date : 2008-09-11

PostSubject: Sabah vs Malaysia   Fri Sep 12, 2008 12:42 am

Tanggal 16 September adalah hari pembentukan persekutuan Malaysia secara rasminya, di mana Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura (Kemudiannya keluar dari Malaysia) telah membentuk Negara Malaysia.

Penting untuk ditekankan di sini bahawa Sabah dan Sarawak bukan menyertai Malaysia. Sabah dan Sarawak juga bukan mendapat kemerdekaan kerana menyertai Malaysia. Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaannya sendiri dan pada masa yang sama bersama-sama dengan Malaya (Semenanjung Tanah Melayu) dan Singapura membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Walau bagaimana pun orang selalu keliru beranggapan bahawa Sabah dan Sarawak telah mendapat 'kemerdekaan' dengan 'menyertai' Malaysia. Selama setengah abad Sabah dan Sarawak telah dianggap sedemikian, dan sebab itulah seakan ada 'double standard' (seolah2 penduduk Sabah dan Sarawak merupakan 'secondary Malaysian').

In fact, Sabah secara khususnya sepatutnya mempunyai kerajaan sendiri yang berbeza daripada Semenanjung Malaysia (termaktub dalam perjanjian 20 perkara Sabah). Pada awal pembentukan Malaysia, Sabah misalnya memiliki Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan sendiri yang lain daripada persekutuan, tetapi sekarang hal itu tidak lagi demikian. Bahkan semakin lama semakin banyak hak2 Sabah yang diketepikan. Dulu itulah perjuangan asal parti2 politik tempatan Sabah sebenarnya, tetapi kini mereka semakin hilang sengat dan menjadi pecahan yang semakin kecil dan kian dipandang sepi oleh kerajaan persekutuan. Kerajaan Sabah yang ada sekarang pun hanya seperti kerbau yang kena pasang 'bunsaring' (bahasa dusun tandek), hanya mengikut arahan Kerajaan Pusat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (apa sahaja kontrovesi yang melanda beliau) telah mewar2kan bahawa pada hari Malaysia tahun ini, beliau akan membentuk kerajaan baru dengan menawarkan sekurang2 30 ahli parlimen dari kerajaan BN untuk menyertainya dalam Pakatan Rakyat (pembangkang). Berjayakah beliau dengan rancangannya? Saya sendiri pun tidak tahu. Apa yang saya doa dan harapkan secara peribadi, siapa saja yang membentuk kerajaan pada 16 September ini, saya hanya berdoa agar orang2 percaya di negara ini mendapat pembelaan yang sewajarnya, amalan beragama yang lebih terbuka, perpaduan yang lebih ikhlas dari semua suku kaum, keadaan politik dan sosioekonomi yang lebih stabil, dan secara khusus hak2 Sabah dikembalikan dan terus dipelihara.

Semoga kehendak Tuhan yang terjadi. Amin

Nota: Kita sepatutnya merayakan hari kemerdekaan Malaysia pada 16 September, dan bukan pada 31 Ogos (kerana pada 31 Ogos, baru Malaya yang merdeka dan bukan Malaysia secara amnya).
Back to top Go down
http://gerejamaya.blogspot.com
paraivagas
Koperal
Koperal


Male Number of posts : 265
Age : 36
Location : Sabah
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Fri Sep 12, 2008 12:51 am

wewin...aku suka baca post kau ini.

aku jg harap politik 16 sept ni jadi ok. sbb byk hal yg aku mo buat.
Back to top Go down
http://www.sabahforex.com
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Fri Sep 12, 2008 12:56 am

SENARAI 20 PERKARA SABAH
http://momogunology.blogspot.com/2008/09/20-points-safeguards-for-sabah.html

The 20 points safeguards for Sabah



DI BENTANGKAN DALAM BENTUK MEMORANDUM DAN DITANDATANGNI OLEH PEMIMPIN SABAH SEBAGAI PERJANJIAN DALAM PROJEK PENUBUHAN MALAYSIA - KONGSI KUASA KETUANAN TANAH MELAYU, SINGAPURA, SARAWAK DAN SABAH.

1. AGAMA
2. BAHASA
3. PERLEMBAGAAN
4. KETUA PERSEKUTUAN
5. NAMA PERSEKUTUAN
6. IMMIGRESEN
7. HAK UNTUK BERPISAH - tidak berhak keluar persekutuan
8. BORNEONISASI
9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH
10. KEWARGNEGARAAN/KERAKYATAN
11. TARIF, CUKAI DAN KEWANGAN
12. KEDUDUKAN ISTEMEWA ANAK NEGERI / ORANG ASLI
13. KERAJAAN NEGERI
14. TEMPOH PERALIHAN
15. PELAJARAN
16. JAMINAN PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN
17. PERWAKILAN DALAM PERSEKUTUAN
18. NAMA KETUA NEGERI
19. NAMA NEGERI – SABAH
20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN SEBAGAINYA

The 20 points safeguards for Sabah

1.Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo

2.Language
a. Malay should be the national language of the Federation
b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.

3. Constitution
Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

4. Head of Federation
The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation

5. Name of Federation
“Malaysia” but not “Melayu Raya”

6. Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

7. Right of Secession
There should be no right to secede from the Federation

8. Borneanisation Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.

9. British Officers
Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo

10. Citizenship
The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:
a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.

11. Tariffs and Finance
North Borneo should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.

12. Special position of indigenous races
In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo

13. State Government
a) the Prime Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council
b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo

14. Transitional period
This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government

15. Education
The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control

16. Constitutional Safeguards
No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo

The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state. (Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient)

17. Representation in Federal Parliament
This should take account not only of the population of North Borneo but also of its seize and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore

18. Name of Head of State
Yang di-Pertua Negara

19. Name of State
Sabah

20. Land, Forests, Local Government, etc.
The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.


Last edited by bushido on Thu Oct 02, 2008 8:22 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Fri Sep 12, 2008 1:01 am

Saya berhubung dengan kawan2 saya dari Pahang, kelantan, Sarawak dan Selangor [kawan-kawan saya orang melayu] pada kelmarin dan saya mengongsikan seperti yang tertulis oleh Wewin diatas.

Mereka juga sudah mulai tau ttg perkara ini berikutan baru-baru ini keluar juga di media massa. Saya juga mengemailkan senarai 20 perkara pada kawan2 saya di semenanjung dan mereka berkata "alangkah bagusnya kalau kami di tanah melayu pun dapat merayakan Malaysia Day"

saya harapkan agar hak-hak kita sebagai Momogun di negeri ini di jelaskan dan bukan di tindih-tindih dan akhirnya tenggelam dalam kesesakan oleh rakusnya kuasa dari seberang utk mengikis hak wajar kita nikmati.
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Fri Sep 12, 2008 7:26 pm

yg sia heran, kanapa diurang si najip butul2 inda mo 16 sept dirayakan? herankan..... kanapa ya? padahal 16sept lah malasia terbentuk..... heran & ajaip.... masam ada hidden something sj.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Fri Sep 12, 2008 7:27 pm

sia pun mo ini 16sept tarjadi, sia mo tingu masamana diurang BN punya tabiat lapas tu.... masi tambirang kah.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bighorn
Prebet
Prebet


Number of posts : 76
Registration date : 2008-09-13

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Sat Sep 13, 2008 2:40 am

mungkin 16sept susah utk berlaku kerana bn tentu berhabis utk menghalangnya spt yg berlaku sekarng ini mp dihantar ke taiwan. Lagipun, tiada yg berani sangat utk memulakan langkah awal keluar bn... saya percaya, jika ada sesiapa yg mula, ramai yg lain akan ikut. Tp siapa yg akan mula? SAPP bising2 juga tp ckp akan kekal dlm bn juga.
Back to top Go down
monkey
Leftenan Muda
Leftenan Muda


Number of posts : 762
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 1:36 pm

Sambutan 31 Ogos atau 16 September?
Abu Firdaus
Tue | Sep 09, 08 | 12:30:18 pm MYT

Ada pihak berhujah bahawa Hari Kebangsaan negara ini sepatutnya 16 September kerana pada tarikh itu, Malaysia ditubuhkan. Ada pula pihak yang menyatakan bahawa apa salahnya 31 Ogos disambut sebagai Hari Kemerdekaan bagi seluruh Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah walaupun kedua-dua negeri itu merdeka pada 16 September.
Iklan




Ini kerana seperti di Amerika Syarikat tidak semua negeri-negerinya mencapai kemerdekaan pada hari yang sama. Tarikh 4 Julai bagi kemerdekaan AS adalah untuk seluruh negara itu sedangkan hakikatnya hanya 13 negeri daripada 52 AS yang mencapai kemerdekaan pada tarikh itu. Negeri-negeri lain mencapai kemerdekaan pada tarikh-tarikh dan tahun-tahun kemudian.

Begitu juga dengan Indonesia yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi pada waktu itu tidak semua wilayah di negara itu yang dapat mencapainya.

Terutamanya Papua yang merdeka kemudian untuk menyertai Indonesia. Maka tidak menjadi persoalan sekiranya Hari Kemerdekaan bagi seluruh Malaysia terus kekal pada 31 Ogos kerana ia merupakan amalan sejagat.

Ada pula mencadangkan supaya kedua-dua hari itu dirayakan dengan Hari Kemerdekaan untuk seluruh Malaysia pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Anwar Ibrahim mencadangkan perayaan kemerdekaan dimulakan pada 31 Ogos dan sampai kemuncaknya pada 16 September, dengan kedua-dua hari itu diisytiharkan sebagai hari cuti umum.

Sebenarnya untuk beberapa tahun lamanya, Malaysia telah merayakan bulan kemerdekaan. Tetapi tidak bagi tahun ini.

Perayaan bulan kemerdekaan itu bermula pada 17 Ogos hingga 16 September dengan 31 Ogos di tengah-tengahnya sebagai hari kemuncak. Tarikh 17 Ogos dipilih sebagai hari permulaan perayaan kemerdekaan kerana untuk mencukupkan sebulan sampai pada tarikh 16 September.

Tetapi kebetulan pula 17 Ogos adalah tarikh Hari Kemerdekaan Indonesia. Tarikh 17 Ogos pernah diraikan oleh nasionalis-nasionalis Melayu di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan dahulu.

Ini kerana dalam perjuangannya nasionalis-nasionalis Melayu baik dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum perang mahupun Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam kerangka percantuman dengan Indonesia.

Revolusi Indonesia menjadi inspirasi bagi nasionalis-nasionalis Melayu dan penubuhan PKMM itu bermodelkan kepada Partai Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno. Tetapi hakikatnya pada detik-detik Jepun menyerah diri, rancangan pimpinan KMM yang diketuai oleh Ibrahim Yaacob adalah untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu serentak dengan Indonesia dengan menjadikannya sebahagian daripada negara itu.

Untuk itu, pejuang-pejuang nasionalis yang bersenjata mendapat latihan dari pihak Jepun bagi menghalang kembalinya penjajah Inggeris dan Belanda ke Nusantara di bawah pasukan Pembela Tanah Air (PETA). Untuk menyelaraskan perkara ini satu pertemuan antara Ibrahim Taacob dan Sukarno berlangsung di Taiping sekembalinya pemimpin Indonesia itu dari Jepun yang sedang berkira-kira untuk berundur dari Nusantara.

Namun begitu, apabila Jepun secara tiba-tiba menyerah kalah ekoran pengguguran bom atom, pemuda-pemuda KMM dalam PETA tidak bersedia untuk mengambil alih, sebaliknya mereka menjadi buruan Bintang Tiga atas tuduhan menajdi tali barut Jepun. Jadi apabila Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, Tanah Melayu dikuasai oleh Bintang Tiga sebelum Pentadbiran Tentera British (BMA) datang mengambil alih bagi meneruskan penjajahan Inggeris.

Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera Parti Komunis Malaya (PKM).

Lambang Bintang Tiga itu adalah untuk mewakili tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Namun PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada tahun 1930 didominasi oleh kaum Cina kerana pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti Nasionalis China (Kuomintang). Tetapi di Tanah Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak ada parti politik yang boleh berjaya.

Untuk itu seorang ahli Parti Komunis Indonesa, Mokhtaruddin Lasso mengusahakan penubuhan PKMM. Dari awal, PKMM dan pejuang-pejuang nasionalis kiri Melayu menyambut 17 Ogos sebagai hari kemerdekaan dan aspirasi yang hendak dicapai mereka untuk Tanah Melayu. Ketika itu, orang Cina di Tanah Melayu akan menyambut 10 Berganda atau Double Ten, 10 Oktober iaitu Hari Kebangsaan China bagi meraikan penubuhan Republik China pimpinan Sun Yat Sen.

Kaum India di Tanah Melayu pula meraikan Hari Kemerdekaan India pada 10 Ogos. Seorang pejuang kemerdekaan India yang pro-Jepun, Chandra Bose adalah popular di kalangan nasionalis kiri Melayu hinggakan salah seorangnya, Abdullah Thani Raja Kecil mengambil namanya untuk dijadikan nama perjuangannya, Ahmad Boestamam daripada Boes dan Tamam, seorang lagi pejuang nasionalis Indonesia.

Sebelum merdeka di Tanah Melayu, hari kebesaran yang disambut adalah hari-hari keputeraan sultan dan raja masing-masing di negeri-negeri Melayu. Sementara di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, hari kebesarannya adalah hari keputeraan raja England.

Akhirnya Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dengan Indonesia menjadi antara negara pertama mengiktirafnya. Tetapi British tidak senang dengan Sukarno yang semakin pro-komunis. Indonesia mula berminat terhadap Sarawak, Brunei dan Sabah yang disifatkannya sebagai Kalimantan Utara.

Bagaimanapun, apa yang dibimbangi British ialah kalau-kalau Singapura jatuh ke tangan komunis dan terus menjejaskan kepentingannya di rantau ini. Singapura mesti diselamatkan dan caranya ialah memerdekakan pulau itu dalam Tanah Melayu. Tetapi Tunku Abdul Rahman bimbang kemasukan Singapura akan mengubah komposisi penduduk negara ini.

Maka cadangannya ialah mencantumkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah dalam satu entiti. Nama yang dipilih ialah Malaysia. Negara ini lebih besar dan seolah-olah ia menjadi Indonesia kedua, iaitu alternatif kepada Indonesia yang sudah condong ke kiri.

Bagi Sukarno, Malaysia merupakan projek penjajah untuk mengepungnya. Tarikh sasaran bagi penubuhan Malaysia ialah 31 Ogos 1963. Tetapi apabila tarikh itu sampai dan perbincangan tidak selesai, ia ditangguhkan hingga kepada 16 September 1963.

Andai kata dahulu Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos maka tidak ada pertikaian tarikh ini.

Namun Lee Kuan Yew mengisytiharkan Singapura merdeka pada 31 Ogos 1963. Jadi selama dua minggu Singapura menjadi merdeka sebelum bergabung dengan Malaysia.

Seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Singapura menyambut hari kebangsaan pada 31 Ogos pada tahun 1964. Namun pada 9 Ogos 1965, negeri itu dikeluarkan daripada Malaysia dan sejak itu ia menyambut tarikh itu sebaqgai hari kebangsaan. - mr



http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016866&Itemid=60


Mungkin ada sedikit terlewat tetapi sebagai renungan kita bersama
Back to top Go down
bighorn
Prebet
Prebet


Number of posts : 76
Registration date : 2008-09-13

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 6:20 pm

31 ogos vs 16 sept

pd saya, ia simple sj... 31ogos tu apa? 16sept tu apa? bila malaysia terbentuk, 31 ogos kah atau 16sept? Jadi, utk merayakan pembentukan Malaysia, tarikh mana yg sesuai? Pd saya, memandangkan dua2 tarikh adalah penting (31ogos tanah melayu bebas drpd british & 16sept malaysia terbentuk), apa salahnya merayakan kedua2nya... tp apa yg saya nampak, seolah2 16sept ingin dilupakan oeh persekutuan. Timbul tanda tanya, mengapa? Kenapa kerajaan kelihatan seolah2 ingin melupakannya? Adakah 'perkara besar' yg ingin disembunyikan? Ok, katalah utk menjimatkan belanja kerana tarikhnya yg berdekatan, maka rayakan serentak, mungkin pd 31ogos tapi perlu highlight 16sept pd masa itu. Perlu ingat, 31ogos utk tanah melayu shj yg langsung tdk melibatkan sabah & sarawak, manakala 16sept itu melibatkan semua. 51 tahun besar bezanya dgn 45 tahun. Apa yg saya tertanya2, kenapa persekutuan spt ketara betul ingin melupakan 16sept? Malah, istihar cuti umum pun tidak... kenapa?
Back to top Go down
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 8:21 pm

menurut pemahaman saya,

Ceritanya ialah pada 31 Ogos 1963 Sabah telah merdeka dalam kata lain Pembentukan Negara Sabah telah di capai.

Pada 16 September 1963 barulah Pembentukan Malaysia berlaku iaitu hasil persekutuan negara-negara yang baru merdeka iaitu Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura.
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 9:34 pm

ya butul tu, MALAYSIA hanya wujud pd 16september, bukan 31ogos..... jd idea sia, 31ogos dirayakan sana samananjung sj, sini sabah sarawak 16september....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
SiokSondri
Leftenan Kolonel


Male Number of posts : 1143
Location : KK
Humor : Siok ba tu...
Registration date : 2008-10-01

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 10:10 pm

saya pula... raya mana-mana pun buli... yg penting cuti umum... dan lagi, fakta sejarah jan kasi putar belit. terangkan kepada jenerasi muda secara teks dan pemahaman yang sempurna. bukan kasi tapuk2 tu 16 sept....

lagi pun pada dasarnya... betul juga tu.. hari merdeka dorang bilang 31 ogos, hari malaysia dorang bilang 16 sept... patut ok la tapi kalau kasi putar belit sampai 31 ogos jadi hari malaysia, dan paksa sabah dan sarawak utk buat celebration besar2an... inda patut... yg patut, celebration besar2an pagi sabah sarawak ialah 16 sept... ni yg mo kasi terang btul sama generasi muda ni...
Back to top Go down
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 10:12 pm

Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963. maka itu adalah hari kemerdekaan Sabah.

16 hari kemudian maka terbentuklah persekutuan negara-negara yang baru merdeka yang di namakan Malaysia pada 16 Sep 1963.

jadi 31 - 0gos = sabah merdeka [sama dengan singapore]
dan 16 september = Malaysia di bentuk hasil perkongsian kuasa negara-negara yang sudah merdeka iaitu Tanah Melayu, Sabah, Sarawak [singapura sudah keluar malaysia]
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 10:15 pm

jadi yang perlu di rayakan ialah :

Pertama - Hari kemerdekaan Sabah 31 Augustus 1963 ya pak... he he
Kedua - Hari Malaysia 16 September 1963

jadi apa yang bikin pening kunu dengan pemimpin BN?
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 10:32 pm

sia inda heran kalou 16september 1963 lain kali akan kana sakap inda barapa penting dlm buku teks sajarah sikulah.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Thu Oct 02, 2008 10:38 pm

memang tidak hairan itu gamang...sungguhpun saya hairan kenapa macam tu.. he he
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
Sponsored content




PostSubject: Re: Sabah vs Malaysia   Today at 12:31 pm

Back to top Go down
 
Sabah vs Malaysia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Politics-
Jump to: