To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Thu Dec 01, 2016 6:45 am

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sun Nov 06, 2016 2:15 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest?
by SchulzCube Wed Oct 19, 2016 7:16 am

» Lihat Bukti RM1200 Masuk Akaun CIMB
by xbest Wed Oct 12, 2016 8:42 am

» Rahsia Jana RM30,000 hanya dengan WeChat
by xbest Wed Oct 05, 2016 4:38 pm

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Mon Aug 15, 2016 10:41 am

» Teknik & Panduan Lulus Exam MUET
by xbest Thu Aug 04, 2016 4:50 pm

» Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER
by xbest Fri Jul 15, 2016 7:11 pm

» Bha mana jak tuh mauk line yang okay di Sabah ni?
by hahalove Thu Jun 30, 2016 12:16 pm

» Tips Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang
by SchulzCube Sat Jun 25, 2016 10:46 am

» Seminar Google Adwords GStep UP 2016
by xbest Sat Jun 25, 2016 6:48 am

» Shopping at Courts Mammoth?
by nurulazzin Thu Jun 23, 2016 12:10 pm

» First Gold upgrade
by carriefire Fri Jun 10, 2016 2:47 pm

» Tanda Tanda Demam Denggi Dan Ubat Demam Denggi Yang Berkesan
by SchulzCube Sat Jun 04, 2016 6:39 pm

» Jadi Jutawan Dgn Forex Sebenar
by xbest Fri Jun 03, 2016 3:45 pm

» Ubat Sakit Gout-Kencing Manis Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
by SchulzCube Fri Jun 03, 2016 1:40 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

Share | 
 

 Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 12:40 am

Bagi org2 yang sering kali mengunjungi Kudat, sudah tentu mendapat interpretasi melalui pengamatan mata kasar sepanjang jalan dari sempadan Kota Marudu dan Kudat iaitu di Kg. Molong Kolong hinggalah ke Bandar Kudat. Kiri kanan jalan hanya terdapat rumah-rumah yang sedrhana cantik dan ada juga yang kelihatan begitu usang. Ini memberi satu gambaran terhadap pencapain sosio-ekonomi penduduk Kudat yang majoritinya adalah orang momogun Rungus. Dengan hanya bergantung kepada hasil pertanian yang tidak seberapa sebagai sumber sara hidup utama, berkemungkinan pada tahun 2020 taraf kehidupan penduduknya tidak akan jauh berbeza dari sekarang ini.

Kudat adalah daerah yang paling ke utara sekali di negeri Sabah ini dan hanya dapat berbangga dengan adanya tempat peranginan yang agak terkenal iaitu Tg. Simpang Mengayau ( Dalam bahasa Rungus- Sampang Mangazou). Namun jika kita kaitkan dengan peluang mempertingkatkan ekonomi bahang dari Simpang Mengayau ini, nampak seolah tidak memberi impak langsung kerana kebanyak penduduk terperuk di desa-desa yang jauh tempat itu. Mahu tidak mahu, penduduknya terpaksa meneruskan kegiatan tradisi bertani untuk kelangsungan hidup. Namun impak peningkatan tahap pembelajaran yang lebih tinggi, maka anak-anak Kudat sudah mampu mengisi jawatan-jawatan lebih baik walaupun peratusnya masih agak rendah.

Apakah agaknya mekanisme yang mampu merobah situasi di Kudat agar tidak terus dilabel sebagai wilayah termiskin di Sabah yang juga negeri yang termiskin di Malaysia. Kek federal yang dibelah bahagi mengikut negeri, dan apabila sukuan kek itu sampai ke peringkat negeri, sekali lagi tidak merembes aromanya melewati daerah yang menjadi titik teratas pulau Borneo. Apakah ini bentuk hukuman atau hanya satu amalan peminggiran yang kedua-duanya mencorotkan daerah ini dari aliran pembangunan nasional. Di mana silap agaknya, adakah pemimpin, adakah kerajaan atau penduduknya sendiri yang tidak pernah berusaha untuk mencemburui pencapaian gemilang di tempat-tempat yang lain. Jawapan ringkas dan spontannya, bukanlah kekurangan total dari segi usaha penduduknya yang menjadikan mereka warga yang masih kurang berdaya maju. Bagaimana kalau kita katakan, pihak berwajib kurang memberi perhatian kepada wilayah ini, adakah jawapan ini masih mampu disanggah dengan hujah berhelah? Kudat tidak mempunyai sebarang peluang pekerjaan selain jabatan-jabatan kerajaan yang tentunya amat terhad bilangannya yang boleh berkecimpung. Salahkah kalau pelan menjadikan Kudat sebagai pelabuhan bebas dilaksanakan agar peluang-peluang pekerjaan dapat diujudkan dan diisi oleh insan-insan daerah ini untuk menikmati kemakmuran negara? Kudat harus bangun seiring dengan kepesatan pembangunan negara yang kian maju.

Bersambung.....
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
SiokSondri
Leftenan Kolonel


Male Number of posts : 1143
Location : KK
Humor : Siok ba tu...
Registration date : 2008-10-01

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 11:23 am

ni serita kudat memang menyedihkan... dulu si kah kiat ada banyak wawasan utk membangunkan kudat sebagai tpt pelancungan bertaraf dunia.. tapi satu demi satu si musamang kasi kensel...

nampaknya lama lagi la kudat akan membangun. sudah bertahun2 juga saya merayau di kudat tapi inda da perubahan... dan kalau begini la slownya, 2020 pun masih begitu tu. bukan lama lagi 2020, tinggal 11 tahun sja lagi...
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 3:53 pm

santik ayat kao rungkud..... butul tu, siapun ada pigi kudat juga, mimang agak kanampakan butul yg ia kurang maju..... malah kalou pigi sana kk, kita akan jumpa ramai muda-mudi momogun rungus yg karaja sana kk, di kadai2, restoran2.... kesian juga, masi muda2 sdh inda sikul..... samua ini sia parsaya pasal kaadaan kudat yg pemes ttg simpang mangayaunya tp pemes juga pasal kemundurannya..... minta mahaplah urang2 kudat..... inda tau apa idea yg buli kita buat supaya karajaan kasi maju butul ini kudat, mungkin tukar karajaan? si cong kakiat dulu banyak ransangan dia utk kudat, tp sayang dia 2 taun sj km, gara2 itu rotation si mahadir buat.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 8:11 pm

Saya mendapat satu ideai.. di sebabkan Kudat adalah rata-ratanya adalah tanah milik penduduk maka kerajaan tidak akan ambil kisah sangat.

Kalau macam di Pitas kerajaan sempat mengambil tanah untuk di jadikan hutan simpan maka adalah banyak projek kerajaan yang akan memberikan lagi wang poket yang berlimpah kepada kerajaan.

Disebabkan kedudukan daerah Kudat mempunyai situasi berbeza dengan daerah lain di mana kebanyakannya tanah di seluruh Kudat adalah milik penduduk walaupun ada yang 30 tahun Land Application tapi geran tidak di keluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur.. sehingga penama tanah pulang balik, pergi balik ke KK sepanjang umurnya namun belum juga dapat geran... inilah kes rata-rata yg di alami oleh penduduk Kudat.

Mungkin kerajaan tidak berminat dengan daerah yang tanah yg mampu di usahakan kerajaan tidak ada. Di kudat kalau kerajaan nak majukan kawasan itu rata2 kerajaan kena berikan bajet kepada pemilik tanah utk majukan kawasan dalam bentuk suntikan modal, kemahiran dan bantuan pelbagai. Jadi situasi sedemikian pasti membuat pihak berwajib tidak berminat utk majukan daerah itu.


Sebagai formula untuk majukan Kudat, maka disebabkan situasinya adalah seperti yang saya katakan di atas, jadi faktornya adalah TERPULANG KEPADA RAKYAT MOMOGUN RUNGUS.

Momogun Rungus kenalah kembalikan kegemilangan mereka sejak dahulu di daerah ini. Disebabkan bantuan dari kerajaan tidak dapat di capai sampai bila2 maka suku ini harus bangkit sendiri. Kita sebagai Momogun Rungus kena pikul tanggungjawab ini 100%. Kita perlu kerjakan tanah2 itu sekalipun dengan air peluh darah membasahi kembali tanah nenek moyang kita ini.

Kita harus memerahkan kembali usaha yang bertujuan utk membangun keluarga masing-masing. Kita harus membina kembali kuasa pekerjaan di tanah nenek moyang kita. Tanah daerah ini adalah warisan. Jika kita benar2 bersatu dengan semangat perjuangan menerobosi masalah taraf ekonomi Momogun Utara ini dengan bermodalkan tanah-tanah nenek moyang kita.. saya yakin, walaupun anda memiliki 1 ekar tanah batu kerikil, atau tanah pasir bukit... kita pasti akan mampu mengubah hidup kita.

Kita tak perlukan bantuan yang memang tidak di relakan buat suku kita. Kita telah membuktikan sejak dahulu bahawa kita mampu survive dengan cara dan pemikiran kita sendiri. Pada zaman ini.. kita masih tetap mampu. Kita masih tetap lebih dari mampu.
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
niche
Special Rank


Number of posts : 599
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 8:19 pm

betul tu bushido, saya percaya daearah kudat mampu dimajukan... dan saya amat berharap agar ada penduduk momogun kudat yg akan menjadi pemimpin dan betul2 akan memajukan kudat.
Back to top Go down
alphawaves
Moderator
Moderator


Number of posts : 1799
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 9:16 pm

Saya enda dapat mengulas apa2 berkenaan isu ini. cuma saya bagi satu pujian dgn cara penyampaian oleh saudara rungkud kita. ayat2 cantik dan berisi. syabas tombinai. Very Happy
Back to top Go down
niche
Special Rank


Number of posts : 599
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 9:30 pm

ya, pandai tuan rungkud menyusun ayat..
Back to top Go down
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 10:03 pm

Quote :
santik ayat kao rungkud..... butul tu, siapun ada pigi kudat juga, mimang agak kanampakan butul yg ia kurang maju..... malah kalou pigi sana kk, kita akan jumpa ramai muda-mudi momogun rungus yg karaja sana kk, di kadai2, restoran2.... kesian juga, masi muda2 sdh inda sikul..... samua ini sia parsaya pasal kaadaan kudat yg pemes ttg simpang mangayaunya tp pemes juga pasal kemundurannya..... minta mahaplah urang2 kudat..... inda tau apa idea yg buli kita buat supaya karajaan kasi maju butul ini kudat, mungkin tukar karajaan? si cong kakiat dulu banyak ransangan dia utk kudat, tp sayang dia 2 taun sj km, gara2 itu rotation si mahadir buat.....

Quote :
Saya enda dapat mengulas apa2 berkenaan isu ini. cuma saya bagi satu pujian dgn cara penyampaian oleh saudara rungkud kita. ayat2 cantik dan berisi. syabas tombinai. Very Happy

Terima kasih tuan jeneral dan tuan alpha atas compliment yg begitu tggi nilainya buat saya..hihiii.. amcam? ada bakat jd author komersial ka? Very Happy

Apapun..inilah hakikat sebenar di Daerah itu. Mimang agak malang bagi daerah yang pernah menjadi ibu negeri Sabah (Borneo Utara masa itu) dan pusat pentadbiran pihak British. Oleh kerana iklim di Kudat yang merupakan antara kawasan kering di Sabah dan tidak sesuai utk kegiatan pertanian maka, pentadbiran dipindahkan pula ke Sandakan sebelum ke Api Api yang selepasnya ditukar ke nama Jesselton dan sekarang dikenali Kota Kinabalu - Bandaraya kita. Apa yang cuba disampaikan ialah keadaan sebenar di kawasan itu (Kudat) utk mencari titik fomula bg merubah daerah ini. Sebagai seorang warga Kudat tulen saya terpanggil utk mendedahkan beberapa perkara perihal Kudat sbg santapan minda forumer ILSF.

Ini juga adalah titik mula ke arah usaha untuk membuletinkan Kudat agar aksesnya lebih signifikan dengan harapan ia akan memberi impak positif. Kita sedar bahawa, sesuatu apapun tidak akan orang lain ketahui tanpa memberitahu mereka. Maka, pada saya pilihan menyalurkan suara melalui penulisan seperti ini adalah pilihan yang lebih bijak dan kami memang perlu berbuat ini sesuai dengan trend dan momentum masa kini iaitu "Rakyat Sudah Mula Bersuara". Harap saya tidak "dipersilakan" ke Kamunting untuk menghuni buat sementara. Kalau ia, harap2, ada forumers ILSF yang sudi melawat saya.. Smile
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 10:20 pm

apa untuk kudat?kotika saya molihat ini paratanyaan,saya pun torpikir apa untuk kuta belud dan apa untuk sabah....hanya satu tampat sahaja yang mandapat arus pambangunan yang daras iaitu kota kinabalu.sababnya,banyak mata pamarhati yang molihat pambangunan karajaan kunun tapi siapa yang mau molihat kudat?tv3..rtm..astro?ntah yb-yb korup pun tidak mau turun mana-mana daerah,sukuplah diurang kasi bangun itu kk supaya urang lain nampak dan masuk tv ari-ari,solobihnya,saaaaaana diurang duduk korusi empuk barsama duit juta-juta.
Back to top Go down
niche
Special Rank


Number of posts : 599
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 10:32 pm

saya sendiri tertanya2 kenapa kelihatan menteri2 tdk berminat memajukan kudat.. kecuali chong kah kiat...
Back to top Go down
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 10:40 pm

meck_talika wrote:
apa untuk kudat?kotika saya molihat ini paratanyaan,saya pun torpikir apa untuk kuta belud dan apa untuk sabah....hanya satu tampat sahaja yang mandapat arus pambangunan yang daras iaitu kota kinabalu.sababnya,banyak mata pamarhati yang molihat pambangunan karajaan kunun tapi siapa yang mau molihat kudat?tv3..rtm..astro?ntah yb-yb korup pun tidak mau turun mana-mana daerah,sukuplah diurang kasi bangun itu kk supaya urang lain nampak dan masuk tv ari-ari,solobihnya,saaaaaana diurang duduk korusi empuk barsama duit juta-juta.

Meck...ketika sia membaca reply ko ni dan membaca semula artikel sia sendiri...sia sudah mula diselubungi rasa sedih krn mengenangkan sebenarnya bukan setakat Kudat yang "dahagakan" pembangunan tapi KB jg masih amat memerlukan krn pencapainnya jg tdk bgitu jauh dgn Kudat. Pd waktu yg sama, sia jg teringatkan sahabat2 kita di Pensiangan yg rasanya mungkin lbh sadis. Apa daya dan kapasiti kita dgn hanya sbg golongan blogger? Harapan tetap terus tersimpan bahwa suatu waktu nanti, senario ini akan berubah jg dan pemangkin utamanya adalah pemimpin...ini akar umbinya.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 10:51 pm

kadang juga,saya torpikir lobih sadis....bilakah ini samua pomimpin yang korup ini akan mati?bukan juga saya pangganas,tapi...kalau bulih,pomimpin-pomimpin korup ini kasi masuk saaana panjara pangganas yang si barrack obama mau tutup itu.pandapat saya,tidak akan ada satupun daerah di sabah ini akan maju kalau sotiap generasi pomimpinnya momigang legasi pantadbiran tardahulu.
Back to top Go down
SiokSondri
Leftenan Kolonel


Male Number of posts : 1143
Location : KK
Humor : Siok ba tu...
Registration date : 2008-10-01

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 11:14 pm

meck_talika wrote:
kadang juga,saya torpikir lobih sadis....bilakah ini samua pomimpin yang korup ini akan mati?bukan juga saya pangganas,tapi...kalau bulih,pomimpin-pomimpin korup ini kasi masuk saaana panjara pangganas yang si barrack obama mau tutup itu.pandapat saya,tidak akan ada satupun daerah di sabah ini akan maju kalau sotiap generasi pomimpinnya momigang legasi pantadbiran tardahulu.

betul oooo ... ini mentaliti malaysia pada am nya... (bukan sabah sja). sebab tu kita masih mcm ditakuk lama.
Back to top Go down
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 11:28 pm

Itulah sebabnya kita kena usahakan harta pusaka kita sendiri... kalau ada tanah sekangkang kera pun biar lambat sekalipun tetap usahakan utk dapat jalan bagi menaburkan usaha di atas tanah kita.

Kita harus mula kepada peralihan dari Makan Gaji kepada Pengusaha sendiri...
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Feb 07, 2009 11:52 pm

Bantuan dari kerajaan sebenarnya buat masa ini adalah ibarat menunggu "durian gugur". Sb itu kena berusaha sendiri tp dlm pada itu jg kita tdk boleh alfa untuk terus menuntut hak kita. Biar seiring, usaha sendiri dan meminta para pemimpin menunaikan tanggungjawab mereka. Sia setuju dgn pandangan tobpinai bushido.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Tue Feb 10, 2009 9:47 pm

SiokSondri wrote:
meck_talika wrote:
kadang juga,saya torpikir lobih sadis....bilakah ini samua pomimpin yang korup ini akan mati?bukan juga saya pangganas,tapi...kalau bulih,pomimpin-pomimpin korup ini kasi masuk saaana panjara pangganas yang si barrack obama mau tutup itu.pandapat saya,tidak akan ada satupun daerah di sabah ini akan maju kalau sotiap generasi pomimpinnya momigang legasi pantadbiran tardahulu.

betul oooo ... ini mentaliti malaysia pada am nya... (bukan sabah sja). sebab tu kita masih mcm ditakuk lama.

Legasi itu bermaksud dinasti...memang tepat. Apabila ada seseorg yg telah mengukir nama dalam arena politik, waris2 dan anak cucunya jg akan menyusul. Sia rasa bukanlah disebakan oleh kebolehan yg ada pada mereka, tetapi momentum itu telah berjalan dan hanya perlu "menolak" seorg pewaris utk memastikan kesinambungan itu berterusan. Kalu kita tengok, ahli politik yang tlh membina dinastinya boleh dilihat sprt berikut:-
1. Dr. Mahathir Muhammad - Mukhriz
2.Anuar Ibrahim- Bini dan anaknya
3.Lim Yong Sek-anaknya
4.Wan Mokhtar Ahmad- anaknya
5.Daim Zainuddin-anaknya
6.Abd.Taib Mahmud-anaknya
7.Karpal singh-anaknya
8.Lim Kit Siang - Lim Guan Eng
9.Pairin Family...
Dan banyak lg tu..
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Wed Feb 11, 2009 12:59 am

bung moktar- pasti ada pewarisnya
sapi apdal-pasti banyak pewaris ni urang
said keruak-salleh said dan kejap lagi ada pewarisnya..
kasitah gadam-anaknya mula masuk pulitik udah kali tu
osu sukam-anaknya dah pun mencuba nasib utk lagi pawar..
dan banyak lagilah....
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Mon Mar 09, 2009 11:43 pm

Berbalik pd isu pembangunan Kudat, kita semua ketahui bahwa kudat adalah daerah yg agak ketinggalan dalam banyak segi. Daerah ini tdk ada industri yg membolehkan penduduknya mendapat pekerjaan. Itulah sebabnya, penduduk daaerah ini berhijrah secara besar2an terutama di bandar2 besar sprt KK utk keluar dr kepompong kemiskinan yg menghimpit kehidupan.

Dan penghijrahan ini terus berlaku dari setahun ke setahun dan tdk hanya tertumpu di bandar2 besar negeri sabah ini tetapi hingga ke semenanjung malaysia juga singapore. Ini menunjukkan, betapa kuat keinginan mereka utk cuba mengubah taraf hidup ke tahap yang lebih baik. Namun, hal ini tdk mendapat perhatian dr pihak pemerintah walhasil perkara ini tlh berlarutan sekian lama. Harapan penduduk Kudat utk maju setapak menggunung ketika CKK menjadi KM Sabah..malangnya hanya seketika dan beliau tdk sempat melaksanakan segala perancangannya.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
jerryg
Koperal
Koperal


Male Number of posts : 268
Location : KK bah
Humor : Damn Right!
Registration date : 2009-10-10

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sat Oct 10, 2009 3:53 pm

Sa orang Kudat, tapi suda lama sa tinggal di KK. Sekali sekala sa pulang di Kudat dan sangat menyedihkan bila melihat keadaan para penduduk di Kudat yang masih macam di takuk lama (boleh dikatakan begitu). Begitu juga dengan Kudat sendiri, tiada peningkatan apatah lagi kemajuan. Pertanyaan yang sama selalu sa tanya sama sa sendiri - "kenapa tiada orang basar2 yang mahu membangunkan Kudat? Apakah mereka ini takut akan risiko? Tapi risiko apa?".
Back to top Go down
http://tinyurl.com/2ezjp87
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Sun Oct 11, 2009 2:14 am

ya ka jerryg..org kudat ar..rungus ka? Shgga ke hari ini, Kudat dan kemiskinan masih sinonim tanpa ada sebarang usaha yg agak intensif utk memajukan daerah ini. Kalau org2 yg brpangkat dan brpengaruh tdk mampu brbuat apa2 utk Kudat, apatah lagi org2 yg hanya smacam kta. Apa yg kta dpt lakukan ialah, mnghibahkan prkara ini di mana2 web atau apa sj ruang yg mnjadi kesempatan bagi kta utk brsuara. Harap2, suatu masa nanti, kudat akan berubah wajah jg.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
orud
Paranormal Master


Number of posts : 992
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Mon Oct 12, 2009 1:04 am

Bandar lain sudah macam ok ok tu, kudat saja masih lagi di tahap lamanya.
Back to top Go down
jerryg
Koperal
Koperal


Male Number of posts : 268
Location : KK bah
Humor : Damn Right!
Registration date : 2009-10-10

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Mon Oct 12, 2009 9:45 am

Rungkud wrote:
ya ka jerryg..org kudat ar..rungus ka?
Ya, sa org kudat dan org rungus. tapi suda lama berhijrah di kk. mula2 di kl, kemudian balik di KK. susah butul bah mau cari karaja di kudat. teda banyak peluang bah.

@orud: butul tuh. tingu sija kota belud, ada peningkatan suda.
Back to top Go down
http://tinyurl.com/2ezjp87
SiokSondri
Leftenan Kolonel


Male Number of posts : 1143
Location : KK
Humor : Siok ba tu...
Registration date : 2008-10-01

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Mon Oct 12, 2009 12:16 pm

kesian juga kudat kan... sebenarnya kudat adalah daerah yng sgt dahagakan pembangunan, orang2 kudat sebenarnya sangat patuh dan tidak menentang pembangunan... tapi... kenapa tiada pembangunan?

apa yg saya nampak, kudat ni sebenarnya mempunyai nama besar suatu masa dulu... jadi kebanyakkan org ingat kudat ni sudah "maju" jadi pembangunan seperti telah dilupakan.

Terus terang... baru2 baru ini saya bertanya kepada seorang ketua pejabat di kudat.. sia tanya dia.. "cuba kau fikir2 apa yg kau mau buat di kudat?" sia bilang,.... dia jawab... "idada suda oooo... mcm kudat ni indada yg mo di buat..." begitu la dia bilang!!!!! paling2 dia ingat mo diam2 tiada org kacau dia di kudat... tiada niat mo buat pembangunan, tiada niat mo kreatif pikiran mo buat itu ini... mo duduk senang dan selesa saja, lagi pun indada org kacau ba, org kudat bukan suka kacau orang, ni la kelemahannya...

jauh dgn ktoa belud, klu org kb mau itu ini.. sampai dorang bekhemah depan pejabat ba sebab mau sesuatu. kdg2 yg dorang mau tu pun bukan logik juga, tapi mau punya pasal maka dorang pun bertungkus lumus, last inda lojik pun dapat. Cth... kalau kamu jalan2 pi port usukan, akan kamu nampak satu bangunan panjang putih mcm sekolah rendah paaanjang di tengah2 kayu bakau, rupanya tu "sekolah tadika"... , apa tu sekolah tadika buat di tengah2 kayu bakau???

jadi org kudat mo kena belajar dari org kb mcmana mo bubut pembangunan! Laughing
Back to top Go down
jerryg
Koperal
Koperal


Male Number of posts : 268
Location : KK bah
Humor : Damn Right!
Registration date : 2009-10-10

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Tue Oct 13, 2009 9:18 am

sa sukung sama kao SiokSondri Very Happy
smuga org2 kudat terbaca topik ini dan ambil pengajaran d sebalik topik ini. sa sendiri klu terdaya mmg sa mau berhabis habisan kasi maju kudat, tapi sa teda apa2 yg mau di sumbangkan selain dari idea2 yg mungkin bernas Smile
Back to top Go down
http://tinyurl.com/2ezjp87
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Tue Oct 13, 2009 12:13 pm

mana2 pun sama , kudat pernah punya ketua menteri , chong kah kiat ...tambunan pun sama , pairin punya lama jadi ketua , jadi YB Tambunan sejak 1976 ...apa yang ada di sana ? keningau lagi besar dari Tambunan , tapi penduduk disana masih mengundi Pairin ..hairan betul ,

orang kita , apabila jadi Yb , dorang tidak lagi ambil berat dengan masyarakat ..dorang lebih mementingkan survival politik dengan berlumba2 mengumpul harta dan duit , siapa2 pun dan dari mana parti sekalipun sama saja perangai , sejak dulu zaman merdeka sehingga kini ..

cuma zaman Berjaya dulu ada sedikit perubahan , ketua menteri ada mentaliti membuat perubahan dan kebajkan , dari segi itu ok tapi dari segi lain pula dia baham , termasuk isu pendatang pakistan ..

sabah dengan sarawak punya jurang yang jauh dari segi kemudahan prasarana , dalam bandar memang kita kalah tapi kalau kampung2 yang jauh kita sama , masih mundur serba kekurangan ..

lagi satu , sikap dan perangai orang kita harus berubah , jangan hanya kerana fanatik suku sanggup memelihara Yb yang korup dan haprak sedangkan tiada faedah yang dibawa kepada masyarakat , buang ja ..jangan undi , tukar orang lain ,

tanpa kita tiada YB , tanpa undi kita jangan haraplah merasa jawatan YB ...
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?   Today at 5:50 pm

Back to top Go down
 
Pembangunan Arus Perdana: Apa Untuk Kudat?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Districts in Sabah :: Kudat-
Jump to: