To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Thu Dec 01, 2016 6:45 am

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sun Nov 06, 2016 2:15 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest?
by SchulzCube Wed Oct 19, 2016 7:16 am

» Lihat Bukti RM1200 Masuk Akaun CIMB
by xbest Wed Oct 12, 2016 8:42 am

» Rahsia Jana RM30,000 hanya dengan WeChat
by xbest Wed Oct 05, 2016 4:38 pm

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Mon Aug 15, 2016 10:41 am

» Teknik & Panduan Lulus Exam MUET
by xbest Thu Aug 04, 2016 4:50 pm

» Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER
by xbest Fri Jul 15, 2016 7:11 pm

» Bha mana jak tuh mauk line yang okay di Sabah ni?
by hahalove Thu Jun 30, 2016 12:16 pm

» Tips Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang
by SchulzCube Sat Jun 25, 2016 10:46 am

» Seminar Google Adwords GStep UP 2016
by xbest Sat Jun 25, 2016 6:48 am

» Shopping at Courts Mammoth?
by nurulazzin Thu Jun 23, 2016 12:10 pm

» First Gold upgrade
by carriefire Fri Jun 10, 2016 2:47 pm

» Tanda Tanda Demam Denggi Dan Ubat Demam Denggi Yang Berkesan
by SchulzCube Sat Jun 04, 2016 6:39 pm

» Jadi Jutawan Dgn Forex Sebenar
by xbest Fri Jun 03, 2016 3:45 pm

» Ubat Sakit Gout-Kencing Manis Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
by SchulzCube Fri Jun 03, 2016 1:40 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

Share | 
 

 Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Mon Apr 13, 2009 10:43 pm

Segala-galanya kita rakyat Sabah serba ketinggalan dengan rakyat Malaysia di Semenanjung. Apakah sebenarnya yang membezakan antara kita rakyat Sabah dan penduduk Semenanjung. Saya berpendapat, kunci dan pokok pangkalnya adalah perihal mentaliti kita. Kita masih ditakuk lama termasuk dari aspek politik. Kita ketinggalan jauh dengan Semenanjung dari infrustruktur, frasarana hatta politik sekalipun. Rakyat jelata dan pemimpin begitu jauh ketinggalan di belakang berbanding rakyat Semenanjung. Pemimpin Sabah sama tarafnya dengan rakyat biasa di Semenanjung dan sudah pasti rakyat Sabah golongan pertengahan sama taraf dengan golongan ortodork di Semenanjung. Semuanya ini adalah disebabkan oleh cara berfikir, perkara yang difokuskan untuk difikir, belajar untuk berfikir yakni mentaliti. Malaysiakini isu 13 April 2009, amat menarik perhatian saya. Kalaulah kita rakyat Sabah sudah mencapai mentaliti seperti ini, mungkin kita tidak lagi berada pada situasi sekarang. Di bawah ini adalah copy paste artikel tersebut.


'Cina, India bukan peminta sedekah'
Apr 13, 09 5:17pm
Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.

"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."

Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN", timbalan presiden Umno berkata:

"Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'OK', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.
muhyiddin yassin interview 100309 01"Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi.

"Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan."

Wawancara pertama dengan Muhyiddin - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut yang dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan.

"Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

"Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihanraya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa pilihanraya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina, malah masyarakat India pun begitu, apatah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi timbalan ketua menteri, speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti," Muhyiddin dipetik berkata dalam wawancara tersebut.

"Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.

"Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap Umno, tetapi Umno yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, Umno yang adil, Umno yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah."

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Yuan berkata pengundi Cina di dua kawasan tersebut sukar mengaitkan diri mereka dengan BN kerana ia tidak lagi menegakkan yang terbaik di Malaysia."

"Amalan biasa (BN) menaburkan peruntukan tidak lagi membawa kesan kerana ramai yang melihatnya sebagai cubaan tidak bijak untuk meraih undi. Masalah mereka mesti ditangani berterusan dan menyalurkan peruntukan sewaktu pilihanraya kecil, tidak lagi berkesan dan meyakinkan," katanya.

"Isu-isu yang lebih pokok seperti rasuah, penyalahguanaan kuasa dan kesaksamaan dalam kepemimpinan nasional dan sistem penyampaian kerajaan harus ditangani dahulu, barulah pengundi yang lari daripada BN pada 3 Mac 2008 akan bersedia kembali (bersama BN)."

Chang sebaliknya mencadangkan idea "Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak haruslah diberikan lebih penekananan kerana ia boleh memberi makna sebenar perjuangan BN.

Selain mencadangkan kempen bersama antara pemimpin Melayu dan bukan Melayu untuk semua kaum, Chang menambah, ramai pengundi kini terpengaruh dengan slogan keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat

Sementara tokoh DAP Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai "pengesahan" bahawa BN mengaku bersalah mengamalkan politik wang ketika pilihanraya, menggunakan dana awam khususnya dalam bentuk projek pembangunan sebagai umpan untuk meraih sokongan pengundi.

Mengulas wawancara dengan ahli parlimen Pagoh bertajuk 'Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah', Lim menafikan pengundi Cina dan India ingin menjadi "kuasa penentu" politik dengan menyisihkan Melayu dalam lanskap baru politik.

Beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu "jelas sekali tidak sesuai, paling mengejutkan dan menyinggung perasaan" sebagai timbalan perdana menteri yang baru dan bertanya "apakah ini yang dimaksudkan oleh 'Satu Malaysia' Najib?"

"Tugas pertama jemaah menteri Najib pada mesyuarat pertama Rabu ini ialah menakrifkan maksud slogan 'Satu Malaysia' bagi memastikan ia menjadi motto perpaduan dan bukan perpecahan," kata Lim.

Dalam kenyataan sama, Lee menambah pengundi Bukit Gantang menolak BN berdasarkan beberapa faktor, termasuk isu tanah milik sementara (TOL) dan rungutan nelayan di Kuala Sepetang yang belum berjaya diselesaikan.

Isu-isu nasional yang dipertikaikan pengundi bukan Melayu termasuklah pengagihan tidak sama rata biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diskriminasi untuk masuk ke pusat pengajian tinggi, kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak kebebasan berpolitik yang terhad.

Lee turut mengungkit sumbangan kaum Cina sejak sebelum 1957, menghantar perwakilan negara untuk berunding kemerdekaan di London sehinggalah menentang Indonesia pada era Konfrontasi 1960-an.

"Oleh itu, untuk memenangi semula hati masyarakat Cina, BN mesti melakukan lebih daripada sekadar menyumbang RM1 juta pada pilihanraya kecil," katanya.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
datu
Prebet
Prebet


Number of posts : 18
Registration date : 2009-04-13

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Mon Apr 13, 2009 10:58 pm

mentaliti kita sini sabah pd saya sukar berubah, tau kenapa?

1. penduduk kita ramai betu pti, boleh mengunid, malah sdh memilik mykad, jd utk berubah rasa2 senangkah? pd durang, asal 'sama', salah mcmanapun akan tetap diskong..
2. mcmana mau berubah, rakay sabah tulen pun tdk dpt bersatu..
3. majoriti rakyat sabah adalah kdm, ada berpa parti kdm sekarang? persatuan? sambutan kaamatan?
4. anak2 kita bgamana? berbahasa kdm? tdk??? sb itulah susah utk ubah metaliti sb sesuatu isu yg berat spt bangsa pun durang tdk mau berubah, apa lg kalau setakat parti politik...
5. sikap kita bgmana? ada pendirian? atau setakat tunggu tali dihidung kita ditarik dr KL dulu?
Back to top Go down
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Tue Apr 14, 2009 12:25 am

Ya.. seharusnya berubah, Tapi macam kata prebet datu.. pti yg boleh mengundi di sabah. Inilah yang menggagalkan usaha kita merubah politik sabah, kecuali semuuua bersatu hati, tak kira bangsa dan agama...
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Tue Apr 14, 2009 4:37 pm

buli barsatukah? suba pigi tanya si kurup, pairin & si dompok..... partama yg diurang pikir ialah diuranglah yg misti jd presiden.... tingu si jepri, asik telumpat sj dia di mana2 pasal inda jd katua, hihihihiiiii.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Tue Apr 14, 2009 6:47 pm

Fokus saya dlm tred ini ialah mentaliti kita trhadap politik. Dlm artikel malaysia kini yg saya copy past itu, jelas menunjukkan kaum cina dan kaum india di semenanjung tlh berubah shgga mic sanggup keluar dari kabinet sekiranya layanan BN trhadap kaum ini tdk berubah. Mereka jg tdk mahu lagi projek " mee segera" dan "sanwic express" BN yang dicanangkan dlm setiap pilihanraya samada kecil atau umum. Mereka mahu pengagihan sumber negara dilaksanakan secara saksama dan dibuat secara berterusan bukan semasa pilihanraya saja.

Kita di rakyat Sabah masih ditakuk lama, kita masih boleh diumpan dgn taktik dan cara lama era 60an BN iaitu beberapa kpg zink, jamban, bustop, jambatan, mesin rumput, pukat, mesin jahit, enjin sangkut, chain-saw dan seumpamanya. Disebakn pemberian yang sekecil ini, maka kita beri undi kita yg tdk ternilai harganya kpd BN. Pemimpin kitapun sama, diberi jawatan sikit yg sebenarnya jawatan yg tdk ada kuasa ambil dan menjadi org suruhan BN. Dari mentaliti kita yg semacam inilah yg memudahkan BN menawan kita utk dijadikan tiket memerintah negara.

Kebanjiran PTI yg sebahgiannya tlh menjadi mgkn tlh menjadi pengundi, tdk harus menjadi alasan untuk brputus asa dan menyerah saja. Kita harus bermula dgn diri sendiri, keluarga, sahabat handai, orang sekampung, rakan taulan, kenalan dan sterusnya orang ramai yg mungkin kita kenali. Usaha tdk harus dihentikan, lbh2 bg org yang sprt kta yg ada akses berita benar..kita boleh mula untuk menyebarkan, membuat penerangan secara tdk formal, semasa bual2 kosong dan kita ambil kesempatan utk menyelitkan prkra2 ini agar mereka faham dgn keadaan sebenar.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
Garadu
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II


Number of posts : 593
Registration date : 2009-04-05

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Tue Apr 14, 2009 8:45 pm

kita bukan sj boleh diumpan dgn zing, pukat, mesin rumput dsb... tp juga dgn mudah diumpan dgn air liur basi... ingat janji hodpital sana pensiangan tahun 1994 dulu? dan tempoh hari si kurup janjikan hospital yg sama... ingat janji 1 billion tempoh hari? tiadakan... hinggalah budget ke-2 diumumkan, yg 1 billion hilang dibawa angin... ingat ttg isu pti yg bertahun2 sdh disebut sbg serius, termasuklah si najip, hingga skrg belum ada tanda2 lg pti akan hilang... kesian org sabah yg dgn mudah diumpan dgn air liur basi...
Back to top Go down
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Wed Apr 15, 2009 6:31 pm

Ianya baik kalu BN bagi sagu hati penutup mata..kita tdk ambil dan tdk akan mengundi BN, tp yg paling baik..ambil tp jgn mengundi BN.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Thu Apr 16, 2009 10:49 am

Kemungkinan besar 70% rakyat sabah masih shortsighted bah. Bagi mereka, apa yang di depan mata itulah kebenaran. Nampak saja ada sudah jalan baru (sudah lama sebenarnya) shortcut Tuaran - kota belud, itulah bukti kerajaan yang baik. mereka tidak terfikir yang pembangunan infrastuktur, dan segala macam pemnangunan termasuk memantapkan ekonomi dan taraf hidup rakyat adalah ongoing proses.

Ada pengundi yang terlalu sayang terhadap wakil rakyat mereka, tak kira parti mana yang dia wakili diurang tetap undi. Dan ada juga rakyat yang terlalu sayang kepada parti sehingga calon "buaya" pun diurang tetap sokong demi parti tersayang.

Ramai juga yang terpengaruh dengan ungkapan, "keluar dari mulut buaya, masuk mulut harimau." Ungkapan ini sengaja dicanangkan supaya rakyat terbelenggu dalam dilemma. sepatutnya rakyat berpikiran rasional, kalau sudah tau mereka dalam mulut buaya, kenapa takut kepada harimau yang belum kelihatan? Bukankah buaya yang sudah nyata itu lebih bahaya daripada harimau yang belum muncul?
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Thu Apr 16, 2009 11:12 pm

wah barkata2 sdh tuan kita ni..... serender sia kalou sakapan begini.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Thu Apr 16, 2009 11:17 pm

jangan kau surender bah pukutarap... kalau kau yg berkata-kata.. puh! tajam betul sakapan kau.. saya tabik hurmat sama kau.. Very Happy
Back to top Go down
Garadu
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II


Number of posts : 593
Registration date : 2009-04-05

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Thu Apr 16, 2009 11:38 pm

ya, saya setuju, memang layak jd FM... tp tuan orut, rungkud, alpha apa kurangnya... saya tabik2 sj kamu ni...
Back to top Go down
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Thu Apr 16, 2009 11:42 pm

kalau begitu garadu.. kita saling tabik mentabik lah... pasal kau punya post pun cantik2 juga terutama bila kau berhujah.. Very Happy
Back to top Go down
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Thu Apr 16, 2009 11:55 pm

Kita mmg dilahirkn sbg forumers bah..kalu tdk, kita tdk akan brforum dan pihak admin kena sediakan gelanggang utk kita mempamer bakat. Kita cuma tdk mmilih profesion penulis, tp smmangnya kita boleh. Apa tdknya, beberapa topik yg direka, kita dpt kupas dgn baik dan sampai matlamatnya.
Tred ni pntg bg sya sb, kita slama ini cuma brfikir sendiri2 tanpa dpt brdiskus dgn org lain. Apa yg lbh pntg bg sya lg, hasil dr diskusi itu, kita cuba praktikkan dan bawa ke alam nyata sebenar, barulah kita dpt manfaat yg maksimum. Jd, bila balik kg masing2, bagitaulah mereka, jgn trmakan lagi dgn pancingan BN. Fikirkan masa depan negeri ini, anak cucu dan kaum2 di sabah ini.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
Garadu
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II


Number of posts : 593
Registration date : 2009-04-05

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Fri Apr 17, 2009 12:03 am

saya setuju tuan rungkud, selama ini kita hanya berfikir dlm otak sj dan tiada tempat utk berkongsi idea selain drpd borak2 dgn beberapa org kawan sj... tp dgn adanya forum ini, kita dpt berhujah & berkongsi bukan tuk beberapa org sj tp ramai org... dan post ini pula akan kekal lama lg, silap2 boleh dibaca & dianalisis oleh generasi akan dtg...
Back to top Go down
Garadu
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II


Number of posts : 593
Registration date : 2009-04-05

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Fri Apr 17, 2009 12:04 am

saya sdh klik post ko di atas tuan rungkud...
Back to top Go down
Rungkud
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2055
Location : LDU-KUDAT
Humor : Senang runding punya...
Registration date : 2008-11-30

PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Fri Apr 17, 2009 12:38 am

Jd ko minta klik jg la ni ya..mentaliti ni..ok..hahaha.
Back to top Go down
http://runguskudatblog.extrablog.net
Sponsored content




PostSubject: Re: Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...   Today at 8:12 am

Back to top Go down
 
Mentaliti Rakyat Sabah Terhadap Politik Perlu Berubah...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Politics-
Jump to: