To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Thu Dec 01, 2016 6:45 am

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sun Nov 06, 2016 2:15 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest?
by SchulzCube Wed Oct 19, 2016 7:16 am

» Lihat Bukti RM1200 Masuk Akaun CIMB
by xbest Wed Oct 12, 2016 8:42 am

» Rahsia Jana RM30,000 hanya dengan WeChat
by xbest Wed Oct 05, 2016 4:38 pm

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Mon Aug 15, 2016 10:41 am

» Teknik & Panduan Lulus Exam MUET
by xbest Thu Aug 04, 2016 4:50 pm

» Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER
by xbest Fri Jul 15, 2016 7:11 pm

» Bha mana jak tuh mauk line yang okay di Sabah ni?
by hahalove Thu Jun 30, 2016 12:16 pm

» Tips Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang
by SchulzCube Sat Jun 25, 2016 10:46 am

» Seminar Google Adwords GStep UP 2016
by xbest Sat Jun 25, 2016 6:48 am

» Shopping at Courts Mammoth?
by nurulazzin Thu Jun 23, 2016 12:10 pm

» First Gold upgrade
by carriefire Fri Jun 10, 2016 2:47 pm

» Tanda Tanda Demam Denggi Dan Ubat Demam Denggi Yang Berkesan
by SchulzCube Sat Jun 04, 2016 6:39 pm

» Jadi Jutawan Dgn Forex Sebenar
by xbest Fri Jun 03, 2016 3:45 pm

» Ubat Sakit Gout-Kencing Manis Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
by SchulzCube Fri Jun 03, 2016 1:40 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

Share | 
 

 Pentingkah sangat ISA?

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 12:44 am

Bah menurut anda, apakah ISA adalah penting sangat? Jika penting kenapa? Jika tak penting pun kenapa?

Siapa yang patut masuk ISA? Kalau saya masuk ISA siapa berani pi melawat hantar tuhau pun cukuplah wa ka ka ka


Last edited by bushido on Mon Sep 15, 2008 12:52 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 12:48 am

Tiga ditahan ISA

Oleh RAMLI ABDUL KARIM, UMAVATHI RAMAYAH dan TAN MING WAI




KUALA LUMPUR 12 Sept. – Tiga orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga tengah malam ini dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabxt mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka.

Menurut Ismail, penahanan di bawah ISA itu dibuat “untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan bagi membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.”

Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat.

Teresa, 44, ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kereta peronda ketika Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kinrara itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu negara pukul 11.20 malam ini.

Penahanan ahli politik yang masih bujang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau.

Wakil rakyat DAP itu dilaporkan turut cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.

Sebelum itu, pada pukul 8.40 malam, polis menahan Hoon Cheng mengikut akta yang sama di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Wartawan wanita itu yang dilihat menangis kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Mertajam untuk disoal siasat sebelum diiringi oleh pegawai polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Penahanan tersebut dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini.

Hoon Cheng, 33, yang masih belum berkahwin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan telah berkhidmat dengan Sin Chew Daily sejak sembilan tahun lalu.

Dalam kes Hoon Cheng, laporan beliau itu menimbulkan kontroversi di seluruh negara yang akhirnya menyebabkan Ahmad digantung keahlian UMNO selama tiga tahun dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO Rabu lalu.

Hari ini, akhbar Sin Chew Daily diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung isu yang sama. Tiga hari lalu, akhbar itu mempertahankan sepenuhnya Hoon Cheng.

Dua buah lagi akhbar, The Sun dan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga diberi surat tunjuk sebab berhubung isu berasingan.

Terdahulu, pada pukul 1.10 petang ini, Raja Petra, 58, ditahan oleh sepasukan 10 anggota polis di rumahnya di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor.

Raja Petra ditahan di bawah ISA selepas polis berpuas hati bahawa beliau menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui laman web Malaysia Today.

Sepasukan polis yang diketuai oleh Asisten Supritendan Mohd. Yusof Chem turut merampas 15 keping cakera padat dipercayai mengandungi ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 16 naskhah buku.

Mereka dilihat meninggalkan rumah pengendali blog itu kira-kira pukul 1.50 petang.

Ismail dalam kenyataannya berhubung kes Raja Petra berkata, penahanan itu dibuat selepas polis menerusi pemantauannya berpuas hati bahawa pengendali laman blog itu telah melakukan tindakan-tindakan yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Tangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan beliau,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, polis menahan Raja Petra dan dua yang lain kerana tindakan-tindakan mereka yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam kes Raja Petra, katanya, pengendali blog itu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menyebabkan pertelingkahan dan permusuhan agama di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, Raja Petra sebelum ini pernah diberi teguran dan amaran oleh polis beberapa kali namun beliau langsung tidak menghiraukan teguran tersebut.

“Selepas melakukan pemantauan terhadap segala aktiviti beliau sejak kebelakangan ini, polis terpaksa menahan pengendali blog terbabxt,” katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam membuat laporan polis ke atas Raja Petra ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca dalam blog itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah ketika ditemui di rumahnya memberitahu, penahanan Raja Petra memang sesuatu yang dijangkakan.

“Tapi saya langsung tidak menyangka dia (Raja Petra) akan ditahan di bawah ISA,” ujarnya.

Raja Petra sebelum ini pernah ditahan ISA pada 11 April 2001 kerana terbabxt dalam gerakan reformasi menyokong Anwar Ibrahim. Ketika itu beliau merupakan web master laman FreeAnwar.com.

Beliau juga dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkaitan Akta Hasutan.
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 1:04 am

bushido wrote:
Bah menurut anda, apakah ISA adalah penting sangat? Jika penting kenapa? Jika tak penting pun kenapa?

Siapa yang patut masuk ISA? Kalau saya masuk ISA siapa berani pi melawat hantar tuhau pun cukuplah wa ka ka ka
hihihiii..... nt kami pigi lawat kao bawa bosou.... nt kana sek pulis, diurang pun inda sanggup sium bau dia...... panuh satu panjara bau bosou, hihihiiiiii.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 1:06 am

sia mimang inda satujulah..... banyak akta lain yg buli digunakan utk mangatasi masalah ini..... harap2 siapa2 yg terlibat tu kana kasi rasa lain kali masamana siuknya kana tahan isa.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
wewin
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 151
Location : Tuaran
Humor : Life is a journey.
Registration date : 2008-09-11

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 1:09 am

Pentinglah bagi mereka yang berkepentingan. Tetapi penganiayaan kepada mereka yang menjadi mangsa. Malaysia oh tanahairku...
Back to top Go down
http://gerejamaya.blogspot.com
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 2:05 am

malasiaaaaa o tana airkuuuuu..... tana tammmmpat tumpa darakuuuuuu......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 7:53 pm

Saya sejak tahu apa itu ISA memang 80% dari persepsi saya memang tak setuju ISA.. ini disebabkan cara mahadel bilang tu suluk..memerintah bergantung harap pada ISA.. saya rasa tidak dapat di pulihkan lagi dalam minda saya bahawa ISA itu adalah satu yang bila-bila saja dalam keadaan terdesak boleh di gunapakai utk menganiaya orang lain.. apakah satu sistem di dunia yang tidak perlu pengadilan dan terus di heret? sedangkan hal yang menyebabkan di heret itu bukan bunuh orang pun... ISA ni memang patut2 pun tidak boleh di kawal secara politik.. Ia harus di kendalikan oleh pihak yang tidak ada kaitan politik mungkin logik sikit kalau macam tu..
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 9:37 pm

janayah paling dasat ialah membunuh, tp membunuh pun inda kana isa, rasa masam inda ngam pula yg kana tahan isa baru2 ini.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Mon Sep 15, 2008 10:05 pm

kes terbaru pelajar UMS dari kota marudu yang di rogol dan bunuh itu.. kenapa mau perlu di dakwa lagi? sewajarnya mereka inilah yang masuk ISA.. saya tak tahu lah apa itu undang2 awam kah sivil kah tetapi kalau ikut hati saya orang yg culik, rogol dan bunuh ini harus diasingkan seumur hidup..tak layak hidup sama dengan manusia normal. kalau ikut hukum tradisi orang yang buat begini kalau bangsa momogun yang buat begini maka di masukkan dalam bubuh bersama batu besar yg di pilihnya sendiri lalu buang di laut... tetapi kalau bangsa asing dai luar yang buat rogol dan bunuh orang momogun harus di potong lehernya dan disemaikan di tanah momogun utk melupuskan segala dosa yang terjadi diatas tanah....
kerana jelas pesalah itu bukan tidak tahu peraturan tetapi sengaja melanggar hukum.

Bangsa kita dahulu diajar dengan pemerintahan bersistem walaupun tanpa raja sehingga hanyalah kebarangkalian dalam ratusan tahun ada perogol dari bangsa kita sendiri sejak dahulu.. kita adalah bangsa bertamadun..

kenapa pula sejak kebelakangan ini perogol buat kacau di sabah? mereka ini tak lain dan tak bukan adalah haiwan semata-mata. hapuskan perogol di bumi kita. Mereka adalah musuh sesiapa saja manusia yang normal... Pesalah seperti itulah yang tak wajar kalau tak masuk ISA.
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
alphawaves
Moderator
Moderator


Number of posts : 1799
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Wed Sep 17, 2008 12:51 am

Terbaru sekali ramai menteri dari UMNO sendiri tidak menyokong perlaksanaan hukuman ISA itu.

Datuk Zaid Ibrahim: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080916190529/Article

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080915153232/Article/
Back to top Go down
niche
Special Rank


Number of posts : 599
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Wed Sep 17, 2008 5:15 pm

ISA pd pndpt saya mungkin masih relevan, cuma haruslah digunakan utk tujuan spt tujuan asal pembentukannya iaitu terhdp komunis & pengganas. Utk hal2 lain drpd itu, terdpt undang2 atau akta yg cukup utk digunakan bg menangani apa2 masalah negara. Apa yg dilihat sekarang, ia seolah2 digunakan ikut sesuka hati sj, bukan pula kpd ancaman kselematan, ttp pd ancaman politik pula...
Back to top Go down
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Wed Sep 17, 2008 5:20 pm

Menurut Suhakam ISA hanya relevan pada sesuatu keadaan seperti darurat dan paling lama pun ia di gunakan dalam 10 tahun dan di mansukan. Malaysia pula nak pakai ISA semahunya 24 jam selama ratusan tahun atau mungkin kalau tidak di bangkang sampai bila-bila..
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
niche
Special Rank


Number of posts : 599
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Wed Sep 17, 2008 5:22 pm

itulah masalahnya, terdpt unsur2 penyalahgunaannya... tp, menteri2 dlm kerajaan pula relaks sj spt setuju... atau tdk mau periuk nasi musnah?
Back to top Go down
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Wed Sep 17, 2008 6:58 pm

ISA penting TAPI hanya untuk jenayah seperti pengganas, perogol, dalang bikin ic prujik dan yang sewaktu dengannya. Jangan gunakan ISA untuk setru politik. SESIAPA YANG MENYALAHGUNAKAN ISA UNTUK KEPENTINGAN PULITIK, TANGKAP DIA UNDER ISA. Kehkehkeh... Laughing Very Happy
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Wed Sep 17, 2008 8:31 pm


uinaaaaa...... bikin takajut kao ni boss, kaokah ni yg boss sana sabalah?
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
wewin
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 151
Location : Tuaran
Humor : Life is a journey.
Registration date : 2008-09-11

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 11:02 am

macam pak lah hint2 sudah mau tangkap anwar pakai ISA tu. dia bilang "mengancam keselamatan negara". betulkah? cuba kita palan2 kajiselidik selama ini ada apa2 yang si anwar betul2 buat untuk mengancam keselamatan negara?

1. Isu liwat? itu kes peribadi dia, bukan keselamatan negara.

2. 'Kucar-kacirkan' politik? biasalah politik. kepimpinan pak lah pun kucar-kacir juga.

3. Anwar menyebabkan kegawatan ekonomi m'sia suatu ketika dulu? ya ka? apa yg dia buat time tu? setahu saya time tu global inflation, bukan di m'sia ja. dia hanya cadangkan sja utk pinjam dr IMF. itupun bukan kena lulus oleh kabinet.

4. Anwar buruk2kan nama m'sia di luar negara? takkan dia desperate sgt mau jd PM kalau memang tujuan dia mau buruk2kan m'sia. yg dia ckp2 tu kepimpinan negara sekarang bukan nama negara m'sia.

5. Anwar lebih popular dari PM sekarang di luar negara. salahkah jadi popular ni. mengancam keselamatan negarakah? kalau cam tu datuk siti nurhaliza, rosyam nor dan byk lagi artis lain yg popular dikira mengancam keselamatan negaralah tu.

6. Anwar menyebabkan pelabur asing tidak mau datang m'sia. pelabur tak datang saja, bukan mengancam keselamatan negara.

7. Anwar menyebabkan ketegangan kaum. yakah? habis tu si kawan yg cakap orang cina menumpang di m'sia, dan bung'sur yg halau org cina keluar m'sia tu tak lebih teruk menyebabkan ketegangan kaum. teruk2 anwar pun dia tak halau siapa2 keluar m'sia.

banyak lagi kali, tapi saya mau tau saja yg mana satu yang anwar buat yg kita boleh copkan dia mengancam keselamatan negara. yg saya nampak dia mengancam 'keselamatan' cita2 politik bagi mereka2 yg mengidamkan kerusi PM ja tu. hehee...
Back to top Go down
http://gerejamaya.blogspot.com
meck_talika
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 914
Location : kb-km
Humor : otonob po maa ilo tadau nga waro no BINABANG ku
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 12:12 pm

saya....rasa-rasa macam tidak setuju ini ISA tau,mana tau diurang bungkar kita sini,semua masuk kes ISA.nanti masuk tahanan,sama-samalah tingu muka,harap-harap tidsa yang bawa kantalan,tumpung atau bahar.kalau bulih,bawa ternakan sekali sabab lama itu..kalau bawa baka gata,sampat lagi ambil hasilnya.

sememangnya,ISA sudah tidak relevan lagi di Malaysia.mungkin sedikit waktu dulu,kita mungkin rasa ianya patut kerana wujudnya pengganas yang membuatkan negara kita kacau-bilau seperti al-maunah.

sekarang,tinggalan ISA ini digunakan oleh orang berkepentingan dalam politik untuk menutup aib yang didedahkan oleh segelintir individu untuk dikongsi pendapat rakyat malaysia.dalam kes ini,kita hilang kebebasan kerana ISA.apa maknanya kebebasan atau liberty dalam meluahkan pendapat atau idea kerana sesuatu sistem atau individu tidak layak berada di dalam satu organisasi?

kita melihat ISA sekarang,ianya milik total orang-orang kenamaan.menggubalnya bererti kita menentang tampuk pimpinan negara kita.tidak menentangnya bererti kita bersedia masuk kandang ISA dengan segala ternakan,terutama sekali ayam.sebab can mau sabung ayam.kedua,kelapa mawar.tanam sana tahanan lapas itu bila suda tumbuh bulih putung sungu dia,tadah bahar!sekurangnya,ketika kediaman terhad,sempat juga kita aramaiti berpusaskan ayam kampung! Very Happy
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 4:20 pm

lembu punya susu, sapi dpt nama..... badawi yg inda pandai memerinta, si anwar yg dia sakap mengusar kasirkan kaadaan malasia...... hihihihiiii..... lusu.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 4:34 pm

http://anwaribrahimblog.com/2008/09/15/mufti-perlis-isa-tidak-diperlukan-untuk-bela-ajaran-islam/
Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
By Anwar Ibrahim

M-Star Online | 15 September 2008

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

“Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

“Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

“Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

“Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

“Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 4:36 pm

Quote :
Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,”
santik ayat ini, sia satuju butul......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 9:22 pm

pukutarap wrote:

uinaaaaa...... bikin takajut kao ni boss, kaokah ni yg boss sana sabalah?
saya pun terkejut bosku..ada spidermen dalam sarang interNet he he
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 9:26 pm

wewin wrote:
macam pak lah hint2 sudah mau tangkap anwar pakai ISA tu. dia bilang "mengancam keselamatan negara". betulkah? cuba kita palan2 kajiselidik selama ini ada apa2 yang si anwar betul2 buat untuk mengancam keselamatan negara?

1. Isu liwat? itu kes peribadi dia, bukan keselamatan negara.

2. 'Kucar-kacirkan' politik? biasalah politik. kepimpinan pak lah pun kucar-kacir juga.

3. Anwar menyebabkan kegawatan ekonomi m'sia suatu ketika dulu? ya ka? apa yg dia buat time tu? setahu saya time tu global inflation, bukan di m'sia ja. dia hanya cadangkan sja utk pinjam dr IMF. itupun bukan kena lulus oleh kabinet.

4. Anwar buruk2kan nama m'sia di luar negara? takkan dia desperate sgt mau jd PM kalau memang tujuan dia mau buruk2kan m'sia. yg dia ckp2 tu kepimpinan negara sekarang bukan nama negara m'sia.

5. Anwar lebih popular dari PM sekarang di luar negara. salahkah jadi popular ni. mengancam keselamatan negarakah? kalau cam tu datuk siti nurhaliza, rosyam nor dan byk lagi artis lain yg popular dikira mengancam keselamatan negaralah tu.

6. Anwar menyebabkan pelabur asing tidak mau datang m'sia. pelabur tak datang saja, bukan mengancam keselamatan negara.

7. Anwar menyebabkan ketegangan kaum. yakah? habis tu si kawan yg cakap orang cina menumpang di m'sia, dan bung'sur yg halau org cina keluar m'sia tu tak lebih teruk menyebabkan ketegangan kaum. teruk2 anwar pun dia tak halau siapa2 keluar m'sia.

banyak lagi kali, tapi saya mau tau saja yg mana satu yang anwar buat yg kita boleh copkan dia mengancam keselamatan negara. yg saya nampak dia mengancam 'keselamatan' cita2 politik bagi mereka2 yg mengidamkan kerusi PM ja tu. hehee...

nah kana busur sudah semua ni...bukangnya anual yang ancam negara sebenarnya.. AMUNO yang sudah terancam dan sedang mengancam saingannya atas nama malaysia...

biking malu ni kerajaang BNg ni...
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts : 920
Location : Sama Macam Dulu
Humor : Lord Marshal Post: 3000
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 9:34 pm

pukutarap wrote:
Quote :
Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,”
santik ayat ini, sia satuju butul......

Ini memang saya setuju... memutung gata pun kita masih jaga hak pokok getah bah ha ha ha dalam hal ini pukutarap memang pakar dalam menjaga hak-hak gatanya agar terus sukses sentiasa..
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 5044
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Thu Sep 18, 2008 10:11 pm

itulah tu, memutung gata pun kita inda buli sambarang sj putung itu puku gata, misti ada aturannya..... inda buli sinsai2..... apalagi kalou manusia.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
wewin
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 151
Location : Tuaran
Humor : Life is a journey.
Registration date : 2008-09-11

PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Fri Sep 19, 2008 12:31 pm

siuk pula serita kamu ni. tasanyum2 sya basa. hehe...
Back to top Go down
http://gerejamaya.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Pentingkah sangat ISA?   Today at 4:38 pm

Back to top Go down
 
Pentingkah sangat ISA?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Politics-
Jump to: