To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» MeleTOP Gila!! Rahsia Lubuk Duit 2014
by xbest Yesterday at 10:42 pm

» Rahsia Memenangi Tender Kerajaan
by xbest Fri Nov 21, 2014 5:16 pm

» Cosplay grand finale!!Siapa ada join?
by inazuma Sun Nov 16, 2014 12:10 am

» HOT! Sertai PPL Termahal RM3 per Lead..cepat join.
by xbest Sat Nov 15, 2014 8:07 am

» Kontes ForexCup - Hadiah Uang bisa Ditarik/Withdraw
by penalte Thu Nov 13, 2014 7:26 pm

» Panduan Lengkap Rahsia Lulus MUET
by xbest Wed Nov 12, 2014 2:09 pm

» Cara Menjahit Dan Buat Pola Baju Kurung Riau Pahang
by SchulzCube Mon Nov 10, 2014 8:11 pm

» Bisnes Kereta Sewa Jana RRM25,000 Sebulan
by xbest Mon Nov 10, 2014 9:55 am

» Tips dan Panduan Gigi Putih Berseri
by xbest Sat Nov 08, 2014 1:45 am

» Cara Buat Duit Dengan Blog Anda Yang Lebih Berkesan
by SchulzCube Fri Nov 07, 2014 8:12 am

» Tips Dan Strategi Bisnes Kereta Sewa Yang Lengkap
by SchulzCube Wed Nov 05, 2014 5:00 pm

» Cara Dapatkan Keputusan MUET dengan BAND Tertinggi
by SchulzCube Tue Nov 04, 2014 7:07 am

» Rahsia Mudahnya Berniaga Di Facebook
by xbest Sun Nov 02, 2014 10:01 pm

» Rahsia Lelaki Dan Cara Memikat Lelaki Idaman Anda
by SchulzCube Thu Oct 30, 2014 11:38 pm

» Teknik Forex Sebenar Cara Professional Trader
by SchulzCube Wed Oct 29, 2014 6:22 pm

» Mob 99 Sex Videos Com Mp4
by Guest Tue Oct 28, 2014 6:27 pm

» guna 4G smartphone sebagai hotspot??
by legiankuta Mon Oct 27, 2014 7:11 am

» Jana Pendapatan Lumayan Dengan Bisnes Baju Kurung Moden
by SchulzCube Sat Oct 25, 2014 8:25 pm

» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Sat Oct 25, 2014 8:23 pm

» Download Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
by xbest Sat Oct 25, 2014 12:48 pm

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
November 2014
MonTueWedThuFriSatSun
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
CalendarCalendar
Share | 
 

 KDM asal dari mana?

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10 ... 16  Next
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts: 435
Registration date: 2008-09-06

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Sat Oct 04, 2008 12:44 am

maklumat menarik dr internet:
http://www.asiafinest.com/forum/lofiversion/index.php/t145677.html


Quote :
"....The Encyclopedia Brittanica suggested the Malay as people from Borneo. Yes, they are native Borneon or Dayak or Dusunic people who migrated southwards until they reach the southern end of Borneo and then crossed over to Islands off Sumatra where they founded the great Malay Kingdom through inter marriages with Indian conquerors or traders. It was in Sumatera that the indigenous people of Dusun or Dayak or Borneon people founded the tribal name Melayu.

The name Melayu is an Indian word (probably from Malayalam or Malabari) to denote hills or mountain range. There is a place in South India called Melayur. Indigenous people who marry Muslim Indians from Melayur
identified themselves as Melayur. Over time, as the Malay kingdom spead through insular SEA, the word Melayur became simply as Melayu.

If one were to do genetic test on the modern Malay in Peninsula Malaysia, they would invariably carry genetics from Indian (probably Dravidians) to explain the darker complexion and kinky hair of most Malays as opposed to the Mongolid look of some Malays of original Malayo Polynesian, Dusun or Dayak stocks.

The fact that modern Malay language has its roots in the Dusun dialect, through the Ibanic dialect prevalent in Southern Borneo, is another research question.

Very few realize this but the Dusunic language is widespread in Borneo, present in Brunei (Dusun Tutung or Belait), Sarawak (Bisaya tribes, Kalimantan (Dusun Witu, Mannyan, Lawangan, etc in South Barito Kalimantan. The Dusun speakers of Barito who converted to Islam, for instance, produce the Banjar people or even the Kedayan, who speak a dialect of Malay.

Borneon people who migrated to Sumatera (and inter married with locals) now called themselves Melayur and migrated to Peninsula Malaysia and founded great Islamic Kingdoms. The real natives or indigenous people of the Malay Peninsula Malaysia can be found in the Northern parts of Peninusla Malaysia apart from the aborigines. The rest are simply migrants from Sumatra which in turn developed from Borneo ethnically, linguistically and culturally.

There is no proof of Malayo Polynesian migration from Indo China to the Malay Peninsula Malaysia. The migration originated from insular SEA, corrent me if I am wrong.

If indeed the genetic studies by Dr Zafarina is true, then all my hunches of the Dusunic migration from Borneo to
Peninsula Malaysia is answered.

Incidentally, the Dusun language is so similar to the Maanyan language of Barito which in turn is very similar to the Malagasy of Madagascar.

The reverse migration theory of Dusun or Borneon people back to the Island in the Philippines should be studied. The Bajaus, Suluks, Visayans, Tagalogs are closely akin to the Dusun language and also culture.

This comment is posted to generate interest on the Dusunic origins of the modern Malay."
sama spt yg tuan bushido & pukutarap pertahankan dlm perbincangan kamu.
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 5044
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Sat Oct 04, 2008 2:17 am

naaa kan, itulah sia bilang kangku, ini kdm inda dr mana2 bah, mimang uriginol sini borneo.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts: 920
Location: Sama Macam Dulu
Humor: Lord Marshal Post: 3000
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Sat Oct 04, 2008 3:05 am

itulah sebabnya saya hormat pemahaman nenek moyang yang mengatkan bahawa mereka bukan berasal dari mana-mana. mereka adalah penduduk asal sama sepeti tupai dan hidupan yang lain di bumi borneo ini.

setialah kepada falsafah nenek moyang kita. mereka selalunya tepat. kiuta perlu dasarkan ilmu kebangsaan kita pada pemikiran tajam nenek moyang kita.

Momogun is always Momogun. seringkali kita terpengaruh dengan teori barat yg tiada jawapannya padahal nenek moyang kita sudah ada pun jawabannya.
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts: 4976
Location: Sandakan
Humor: begitu laitu...
Registration date: 2008-09-16

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Sat Oct 04, 2008 9:07 am

bushido wrote:
itulah sebabnya saya hormat pemahaman nenek moyang yang mengatkan bahawa mereka bukan berasal dari mana-mana. mereka adalah penduduk asal sama sepeti tupai dan hidupan yang lain di bumi borneo ini.

setialah kepada falsafah nenek moyang kita. mereka selalunya tepat. kiuta perlu dasarkan ilmu kebangsaan kita pada pemikiran tajam nenek moyang kita.

Momogun is always Momogun. seringkali kita terpengaruh dengan teori barat yg tiada jawapannya padahal nenek moyang kita sudah ada pun jawabannya.

Barangkali sakapan si bush itu betul. Sabanarnya kalau agama kita tidak mangatakan bahawa kita semua datang dari satu tampat maka kita tidak akan beria-ia mengatakan bahawa kita dari tanah besar. Nga.... tapi Tuhan sendiri itu misteri...so His creation pun misteri juga bah, kan? Saya pikir not everything dikasi tau dalam buku agama kita. Ada urang yang berpendapat bahawa Tuhan menerangkan sesuatu kepada manusia mengikut tahap pengetahuan dan keperluan manusia zaman itu.

Bukan kita yang di borneo saja yang menjadi persoalan asal usulnya. Bagaimana dengan mereka yang di kepulauan solomon? Misti diurangpun uriginol di sana, kan?

Soalan saya kapada si bush...sejak bilakah KDM mula pandai bikin barangan daripada logam? Darimanakah sebenarnya KDMR ("R" for Rungus) dapat semua barangan logam seperti parang, lembing, gong, assoseri pakaian, salapa, dan sebagainya? Diurang buat barter trade dengan orang cina kah? Atau memang KDMR cipta semua itu?
Back to top Go down
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts: 920
Location: Sama Macam Dulu
Humor: Lord Marshal Post: 3000
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Mon Oct 06, 2008 2:36 am

Yorut_orut wrote:

Soalan saya kapada si bush...sejak bilakah KDM mula pandai bikin barangan daripada logam? Darimanakah sebenarnya KDMR ("R" for Rungus) dapat semua barangan logam seperti parang, lembing, gong, assoseri pakaian, salapa, dan sebagainya? Diurang buat barter trade dengan orang cina kah? Atau memang KDMR cipta semua itu?

Sekurang-kurangnya ada penduduk asal di borneo sejak dari purba dan penduduk asal itu dari zaman ke zaman di lapisi juga oleh bangsa perantau juga..seperti dalam teori kununnya kita dari mongol atau cina.

saya yakin memang ada manusia yg dari tanah besar datang ke sini borneo tetapi pada masa sama memang ada penduduk asal di negeri ini. Kinabatangan misalnya.. adalah mendapat nama oleh sebutan Momogun iaitu "Kina" dan "Bvatangan" iaitu Kina = Cina dan Bvatangan = rumah lurus yg panjang bersambungan jadi terhasillah Kinabatangan.

Dalam istilah kuno bahasa momogun bengkel logam di kenali sebagai Podsupuan. Vasoi adalah sejenis pahat tradisional Rungus yang juga di miliki oleh Dayak dengan design yang sama. Ada beberapa cara utk mendapatkan barangan logam iaitu dengan berdagang barter namun terdapat juga caranya di mana ada segelintir para Galzaman Momogun di pesisir pantai yang merampas kapal-kapal asing atas sebab mereka melanggar adat Momogun. Banyak juga legenda2 dulu ttg orang rungus menjarah kapal2 asing yang singgah di kawasan Tanjung Berungus.

alat-alat logam contohnya anda - http://www.momogun.page.tl/Kebudayaan-Momogun.htm

Alatan-Alatan Kesenian & Pengkhususan Pekerjaan

Dalam masyarakat momogun rungus sesuai dengan sebuah masyarakat yang terlibat dengan hubungan luar momogun rungus mempunyai sistem tersendiri dalam uruskan produktiviti bangsa mereka.

ada beberapa pekerjaan yang terlibat dalam sistem kebudayaan momogun iaitu:

Ketukangan Logam
Biasanya kelompok ini adalah mereka yang mempunyai ketukangan dalam mengacu logam yang mereka dapat dengan berdagang dengan sulu dan brunei. Alat-alatan logam ciptaan momogun rungus adalah seperti:



Dangol

Ginulzuk

Bilzok

Lzambving

Bvinorudan

Vasoi

Lianggi

Karatip

Pais

Sapadang

Ukiran Gong

Gilzingan dan Kinsaran (alat bergerigi utk hancurkan biji jagung jadi)

Dan terdapat banyak lagi jenis-jenis senjata yang di hasilkan 100% menurut kreativiti dan budaya momogun rungus sendiri



Pertukangan Kayu
Momogun Rungus memang mempunyai kepintaran tersendiri dalam ketukangan kayu-kayan. Dari pembinaan rumah yang pelbagai jenis, ukiran rotan, alatan muzik, kraftangan, Gubvang, (perahu kecil) Talzud (perahu), Kumpit (bot), Lzazag (kapal layar) semua ini orang rungus mempunyai ukiran tersendiri. Selain daripada itu ada pelagai lagi jenis2 ketukangan kayu dalam masyarakat ini.

Alat-alat kayu ini juga dapat di temukan hasil kreativiti momogun rungus seperti lesung, lzingkut, goholzu, saging, saup, tinangabvan, bvozuu, bvinakid dan pelbagai lagi..malah sarung parang saja pun sudah satu ketukangan tersendiri bagi mereka..

Tenunan Kain
Orang Momogun Rungus terkenal pada zaman dahulu sebagai pedagang kapas (sulzanda). Sebelum kedatangan pokok Kapuk yang di bawah british orang2 rungus tidak lengkap sebagai sebuah keluarga kalau tidak ada simpanan SAKAG SULZANDA (biji benih kapas momogun). Sulzanda adalah tanaman wajib dalam momogun rungus. setiap perempuan tidak layak di lamar seseorang kalau tidak tahu menenun sekurang-kurangnya TISU KAPAS SULZANDA. Kepakaran ini di panggil sebagai MANGAVOL utk menenun manakala apabila di tenun akan di corakkan. Mencorakkan sesebuah tenunan di panggil sebagai MONURIP.

Seorang perempuan yang mampu hasilkan corakkan yang bagus dan corakkan cantik yg sesuai dengan kepercayaan Labus akan di panggil Sumuni Randavi (gadis pintar). lelaki Momogun Rungus pada zaman dahulu biasanya akan memilih bakal isteri yang tahu MONURIP (di rundingkan melalui ibu bapa). Itu sebab pada zaman dahulu seorang perempuan rungus mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat apabila di sedari tahap keseniannya melalui MONURIP.

Momogun Rungus juga telah mencipta tisu nipis dari kain kapas sejak dahulu kala.. dan banyak lagi kesenian momogun rungus yg sudah di lupakan oleh Momogun rungus sendiri. dalam keadaan yang terharu kerana kejahilan momogun kepada budaya sendiri saya menyeru agar pandanglah sekali-sekala masa silam anda dan jadikan ikhtibar.

Sistem Bahasa & Penulisan
Seperti mana bangsa-bangsa Nusantara yang lain, Momogun Rungus tidak mempunyai sistem penulisan. Ini kerana sistem pencatatan dalam budaya Momogun hanya di wariskan secara lisan. Sungguhpun demikian pencatatan secara upacara tertentu wujud dalam Momogun rungus.

Setiap rumah Momogun Rungus mempunyai “Bvangau” yg bertujuan utk merakamkan segala kejadian dalam sesebuah rumah secara spiritual.

Apabila memaparkan kembali kejadian tertentu maka sebuah upacara akan di buat untuk memaparkan kembali kejadian tersebut dengan memanggil semangat “bvangau” bagi menerangkan kejadian yg berlaku.

Biasanya Bvangau ini akan melaporkan kejadian secara “rundukan” (di hinggapi). “Rundukan” adalah satu situasi di mana Guvas seseorang di jadikan oleh semangat lzumaag sebagai "rusod" = takthanya.

Pada kebiasaan normal Guvas adalah taktha HATOD tetapi dalam konteks ini Guvas di pinjam sebagai taktha suci oleh semangat lzumaag.

“RUNDUKAN” adalah sama dengan situasinya dengan perkataan bahasa Ibrani iaitu “MEREHEPET”



Seperti pada zaman sekarang..wujudnya istilah Taman Perumahan.. dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rungus itu sudah lama di amalkan. Rumah panjang Momogun dalam saiz biasa ialah 40 pintu - 70 pintu. Sistem itu lebih kurang sistemnya dengan sistem sekarang. cuma bezanya dalam perumahan2 yg ada sekarang ini apabila di lihat dari perspektif Momogun rumah teres zaman moden itu tidak memenuhi sistem dalam kemasyarakatan momogun.

dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rumah panjang mempunyai ruang khusus utk sembahyang dalam setiap rumah, ada lamin (bilik suami isteri) yg dindingnya adalah sumbiling yang diikat rapat-rapat dan boleh di gulung pada masa siang… dan sebagainya.
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts: 4976
Location: Sandakan
Humor: begitu laitu...
Registration date: 2008-09-16

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Mon Oct 06, 2008 8:19 am

bushido wrote:
Yorut_orut wrote:

Soalan saya kapada si bush...sejak bilakah KDM mula pandai bikin barangan daripada logam? Darimanakah sebenarnya KDMR ("R" for Rungus) dapat semua barangan logam seperti parang, lembing, gong, assoseri pakaian, salapa, dan sebagainya? Diurang buat barter trade dengan orang cina kah? Atau memang KDMR cipta semua itu?

Sekurang-kurangnya ada penduduk asal di borneo sejak dari purba dan penduduk asal itu dari zaman ke zaman di lapisi juga oleh bangsa perantau juga..seperti dalam teori kununnya kita dari mongol atau cina.

Ini saya setuju.

Saya pikir kebanyakan barangan logam dan asesori KDMR adalah dari pedagang cina yang mereka perolehi secara barter trading. Ini kerana tedapat juga asesori yang sama di Thailand dan negara2 lain di asia tenggara ini.
Back to top Go down
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 5044
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Mon Oct 06, 2008 4:45 pm

Quote :
Sekurang-kurangnya ada penduduk asal di borneo
sejak dari purba dan penduduk asal itu dari zaman ke zaman di lapisi
juga oleh bangsa perantau juga..seperti dalam teori kununnya kita dari
mongol atau cina.

saya yakin memang ada manusia yg dari tanah
besar datang ke sini borneo tetapi pada masa sama memang ada penduduk
asal di negeri ini. Kinabatangan misalnya.. adalah mendapat nama oleh
sebutan Momogun iaitu "Kina" dan "Bvatangan" iaitu Kina = Cina dan
Bvatangan = rumah lurus yg panjang bersambungan jadi terhasillah
Kinabatangan.
ini sia satuju, mimang dari kajian, kira2 6000 taun dulu ada urang asing, mungkin dari cina yg dtg sini borneo, tp..... sia parsaya ada juga urang asal sini borneo. Masalahnya, yg kana kaji ialah adakah urang yg dtg sini borneo, inda kana kaji pula adakah urang asal sini borneo..... urang asal yg sia maksudkan mungkin ada duluan sdh sini borneo, mungkin bepulu ribu taun dtg sini borneo sebulum itu urang asing (mungkin cina) dtg..... tp ini mimang susa mo kajilah...
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 5044
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Mon Oct 06, 2008 5:05 pm

barangan lugam diurang dpt dr urang2 yg dtg sini borneo utk badagang, mungkin mula2 diurang beli lugam2 (barter) yg sdh kana bentuk masam padang, pais, lembing..... lama2 diurang pandai sdh bikin barangan lugam sendiri..... masam bakakuk, manada kana ajar di sikulah buat bakakuk, tp tingu sikarang, urang kita yg sampin butul buat bakakuk, sampai betimbak2 sasama sendiri sana hutan pasal abis sdh binatang, pasal talampau banyak bakakuk. Itupun nasip baik karas butul undang2 sini malasia, kalou masam sana pelipin, aduinaaaa indatau sia apa sdh sanjata ini kdm bikin..... scud mangkali......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts: 4976
Location: Sandakan
Humor: begitu laitu...
Registration date: 2008-09-16

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Mon Oct 06, 2008 6:33 pm

[quote="pukutarap"]barangan lugam diurang dpt dr urang2 yg dtg sini borneo utk badagang, mungkin mula2 diurang beli lugam2 (barter) yg sdh kana bentuk masam padang, pais, lembing..... lama2 diurang pandai sdh bikin barangan lugam sendiri..... masam bakakuk, manada kana ajar di sikulah buat bakakuk, tp tingu sikarang, urang kita yg sampin butul buat bakakuk, sampai betimbak2 sasama sendiri sana hutan pasal abis sdh binatang, pasal talampau banyak bakakuk. Itupun nasip baik karas butul undang2 sini malasia, kalou masam sana pelipin, aduinaaaa indatau sia apa sdh sanjata ini kdm bikin..... scud mangkali......[/quote]

ops! ..talabih suda itu pukutarap..hihihiii....

bakakuk tu ciplak sinapang porinta boritis dulu bah itu.... Laughing
Back to top Go down
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts: 920
Location: Sama Macam Dulu
Humor: Lord Marshal Post: 3000
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Mon Oct 06, 2008 10:08 pm

Seni Kreatif Perkakasan Logam Momogun Rungus.

DWANGOL
Dangol adalah sejenis parang. rupa bentuk dangol ini merupakan satu bentuk yg hanya wujud di kalangan Rungus. Sehingga pada hari ini Dangol tetap di jual dan pasaran dangol bergantung kepada harga besi masa kini. Jika anda ingin melihat sendiri rupa bentuk Dangol silalah berkunjung ke Tamu Sikuati, Tamu Matunggong atau Kudat. Hanya Momogun sahaja yang memakai Dangol dengan rupanya yg tersendiri. Dangol adalah parang kegunaan utama untuk lelaki. Ada juga perempuan pakai tetapi saiznya kecil sedikit dan rupa bentuknya ada sedikit beza.

GINULZUK
Ginulzuk adalah satu seni logam yang khusus di pakai utk merumput ladang padi. Juga masi banyak di jual di tamu2 orang rungus. seni rupanya adalah tersendiri dan hanya suku Momogun sahaja yg pakai ginulzuk tersebut.

Bilzok
Bilzok adalah sejenis Lembing yang rupa bentuknya adalah dihasilkan oleh orang Momogun sendiri. Jika ingin memperolehinya bolehlah di tempah kepada pakar logam di sekitar Kudat / matunggong.


Lzambving
Lzambving adalah sama dengan Lembing. Rupanya dan saiznya adalah mengikut lembing dari luar. Lembing adalah bukan seni rekaan orang momogun pada asalnya tetapi orang momogun sering menempah logam serupa lembing utk di jual kepada orang luar atau juga kepada orang rungus sendiri.

Bvinorudan
Bvinorudan adalah Bilzok yang saiznya sebesar pengayuh sampan yang sederhana besarnya. Bvinorudan adalah rekaan orang Momogun sendiri dan ianya di guna pakai oleh Pahlawan-pahlawan Rungus. Bvinorudan adalah senjata paling besar dan bukan semua boleh menggunakannya.

Vasoi
Vasoi adalah logam serupa pahat + kapak dan tangkainya adalah kayu keras dengan ukiran teliti. Vasoi adalah logam paling tertua dan menurut cerita orang rungus vasoi merupakan hasilan logam paling terawal dalam bangsa Momogun.

Lianggi
Lianggi adalah Ginulzuk tetapi di ubah suai utk kegunaan merumput rumpai dengan hanya menarik dari atas ke bawah di permukaan tanah yang sedang di rumput. Dalam kata lain Lianggi adalah Ginulzuk yang di bengkokkan agar berfungsi seperti mencukut rumput menggunakan tangan dengan hanya tarik ke bawah seperti cara kita mencukur misai.

Karatip
Karatip adalah pisau pinang utk membela buah pinang muda atau tua.

Pais
Pais merupakan pisau peribadi iaitu kegunaan utk mengikis alis bagi perempuan manakala pais bagi lelaki adalah utk tujuan mencukur rambut. Umumnya pais adalah juga di gunakan utk pisau ukiran utk memperhalusi alat-alat kraftangan.


Sapadwang
sapadwang bermakna pedang bermata dua iaitu sebelah menyebelah sisi adalah mata pedangnya. Rupanya panjang macam samurai. semasa saya kecil di mana-mana saya jalan ada Sapadang yang tergantung di belakang saya. Sapadang itu merupakan satu kebanggaan saya sehinggalah saya tahun 6. Sapadang tersebut adalah milik bapa saya [bapa saya memiliki Podsupuan sendiri dan juga mahir membuat alatan senjata logam tradisi rungus]. menurut bapa saya sapadang itu tidak bagus kerana "sosobnya" tidak hidup dan tidak sesuai dengannya. lalu saya ambil dan menyimpannya.


Ukiran Gong
Ukiran gong adalah kemahiran semulajadi di kalangan orang rungus. pada zaman dahulu gong rungus adalah tidak termasuk bernilai tinggi kerana tembaga sangat kurang di rantau borneo. biasanya tembaga hanya dapat di perolehi dari China. Seringkali berlaku juga pelayaran oleh orang rungus ke brunei utk mencari logam tembaga tetapi menurut cerita nenek moyang brunei juga tidak ada tembaga. Namun apa saja jenis logam orang rungus cuba membentuknya jadi gong. pada hari ini sungguhpun tembaga tetap terhad namun timah campuran masih tetap di buat oleh orang rungus sebagai gong.

Gilzingan dan Kinsaran (alat bergerigi utk hancurkan biji jagung jadi)
Gilzingan atau Kinsaran merupakan satu peralatan yang sangat berguna. Saya pada masa kecil adalah pengguna alat ini. Alat mekanikal ini merupakan satu alat menggiling jagung tua yg keras jadi kecil. Saya selalu habiskan masa menggiling jagung pada masa saya masih kecil dengan menggunakan alatan tradisi momogun. Gerigi Kinsaran ini adalah diperolehi dari potongan2 logam kecil iaitu sisa-sisa yg di potong semasa mengukir parang, lembing dan sebagainya. kepingan logam kecil yang tersisa akan di gunakan sebagai gerigi menghancurkan jagung atau bijian2 yg keras.


mengenang zaman kecil saya..saya rindukan kehidupan masa lalu pula..
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 5044
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Thu Oct 09, 2008 6:48 pm

sia pun rindu idup sia masa budak2 dulu.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts: 920
Location: Sama Macam Dulu
Humor: Lord Marshal Post: 3000
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Thu Oct 09, 2008 9:06 pm

oleh sebab kita rindu zaman kita dulu..eloklah kalau kita perkasakan segala kecirian tradisi kita dari perspektif sejarah dan ketamadunan bangsa Momogun.
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
pukutarap
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts: 5044
Location: sini sabah
Humor: ambikmu.....!
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Thu Oct 09, 2008 9:29 pm

ya, butul tuan..... sabap itu penting utk kita sini binsang2, manatau ada malumat yg bagus..... atau yg inda parna kita dingar dulu.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
bushido
Kapten
Kapten


Male Number of posts: 920
Location: Sama Macam Dulu
Humor: Lord Marshal Post: 3000
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Thu Oct 09, 2008 10:24 pm

banyak info juga tu gamang..cuma kita ndak ada masa pi mencilok perkara ni..
Back to top Go down
http://www.momogun.page.tl
orud
Paranormal Master


Number of posts: 992
Registration date: 2008-09-07

PostSubject: Re: KDM asal dari mana?   Fri Oct 10, 2008 7:43 pm

masam ini lah pada saya..

Sebagai urang KDM..pertama sekali kita kana ingat..katalah kita di halau dari sabah ini (banyak cara)..agak2 adakah tempat sana saina yg boleh menerima kita? dan kalau kita di terima pula..adakah budaya dia sama? adkah bahasa dia sama? terus terang saya sakap (saya marah ini) perbuatan mengiakan dan mengenakan fakta2 bahawa KDM adalah dari saina adalah satu perbuatan belot kepada bangsa sendiri.

Sepatutnya samada kita dari negara saina kah atau dari mana..itu kasih belakang dulu, since pada masa yg sama tiada lagi fakta sahih KDM asal dari negara saina..maka kita sama tumpukan mensari fakta2 dan bukti2 iaitu asal kita mimang sini borneo..

Perbuatan degil mengatakan KDM asal dari cina ini paling2 bagi peluang kepada PTI2 utk mendapat hak sama rata macam kaum kdm sini sabah.

Saya tau ada forumer2 kita yg pandai dalam hal ini..tapi saya sadangkan gunakan kepandaian itu utk membuktikan kdm mimang asal sini sabah dan bukan dari cina. sekurang2nya nanti tiada alasan urang lain mo halau atau suba2 mo kungsi sabah dari kita.

tp klu ada bukti2 penemuan bahawa kdm asal dari sana..persamaan bahasa, budaya dan ada pula perkampungan kdm sana cina..besuk saya mo pindah tempat tinggal sana. ini sabah saya kasih sama itu pti lah pasal dia urang pun suka butul sama ini sabah.
Back to top Go down
 

KDM asal dari mana?

View previous topic View next topic Back to top 
Page 5 of 16Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10 ... 16  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah ::  :: -