To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Thu Dec 01, 2016 6:45 am

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sun Nov 06, 2016 2:15 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest?
by SchulzCube Wed Oct 19, 2016 7:16 am

» Lihat Bukti RM1200 Masuk Akaun CIMB
by xbest Wed Oct 12, 2016 8:42 am

» Rahsia Jana RM30,000 hanya dengan WeChat
by xbest Wed Oct 05, 2016 4:38 pm

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Mon Aug 15, 2016 10:41 am

» Teknik & Panduan Lulus Exam MUET
by xbest Thu Aug 04, 2016 4:50 pm

» Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER
by xbest Fri Jul 15, 2016 7:11 pm

» Bha mana jak tuh mauk line yang okay di Sabah ni?
by hahalove Thu Jun 30, 2016 12:16 pm

» Tips Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang
by SchulzCube Sat Jun 25, 2016 10:46 am

» Seminar Google Adwords GStep UP 2016
by xbest Sat Jun 25, 2016 6:48 am

» Shopping at Courts Mammoth?
by nurulazzin Thu Jun 23, 2016 12:10 pm

» First Gold upgrade
by carriefire Fri Jun 10, 2016 2:47 pm

» Tanda Tanda Demam Denggi Dan Ubat Demam Denggi Yang Berkesan
by SchulzCube Sat Jun 04, 2016 6:39 pm

» Jadi Jutawan Dgn Forex Sebenar
by xbest Fri Jun 03, 2016 3:45 pm

» Ubat Sakit Gout-Kencing Manis Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
by SchulzCube Fri Jun 03, 2016 1:40 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

Share | 
 

 org asli malaya lebih berani drpd KDM?

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Thu Mar 18, 2010 10:01 am

Quote :
Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya
http://malaysiakini.com/news/126787

Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi petang tadi berkumpul di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bagaimanapun dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbincangan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Pakai pakaian tradisional

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Dalam perhimpunan ini, Orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang,antaranya berbunyi 'Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati', 'Jangan Hapuskan Akta Kami' dan 'Iktirafkan Wilayah Adat Kami'.

Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Perhimpunan hari ini adalah yang kedua seumpamanya, selepas satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

Kira-kira 2.30 petang, kumpulan tersebut berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri melalui pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.

Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Suud. Kedengaran tepukan gemuruh selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.

Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yok Chopil.

'Kami tidak berpecah dua'

Memorandum pertama yang diserahkan oleh Majid berkaitan pelantikan senator Orang Asli yang telahpun diserahkan kepada perdana menteri pada 9 Disember tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita, Majid berkata kumpulan itu tidak pernah berpecah dua seperti yang didakwa.

Sebaliknya, tambahnya, kumpulan tersebut tiba lewat dan tidak berjaya mengikuti program bersama Shafie di kementerian tersebut.

"Sebenarnya ada kawan saya yang terlewat kerana datang dari jauh. Kalau ikut jadual kita hendak serah memorandum (pada) jam 2.30, (tetapi) dia tak sampai lagi. Ini yang jadi masalahnya. Ini kumpulan yang sama, tak ada berbeza kumpulan," katanya.

Memorandum kedua yang diserahkan Tijah pula berkaitan bantahan ke atas dasar pemberimilikan tanah Orang Asli.

Sembilan perkara yang digariskan dalam memorandum itu antaranya menyebut, dasar berkenaan diluluskan tanpa melibatkan rundingan dengan masyarakat Orang Asli dan bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Menteri: 'Bukan protes, tapi jalan-jalan di Putrajaya'

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah (bawah) yang juga pengasas Jaringan Kampung Orang Asal Semalaysia berkata, kumpulan Orang Asli yang diketuainya itu tidak sempat hadir di program yang diadakan di kementerian Shafie.


"Masa penyerahan memo tadi saya tidak dengar Datuk Seri Shafie sebut apa-apa jaminan. Saya hanya mampu menekan beliau dan wakil perdana menteri supaya menyampaikan kepada perdana menteri.

"(Saya juga menekan supaya) meneliti memorandum ini dan lupuskan terus dasar pemberimilikan tanah dan teliti tuntutan kami," katanya.

Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."

"Yang majoriti ini kumpulan yang jumpa dengan saya tadi. Sebenarnya mereka nak datang, di samping nak menyaksikan penyerahan memorandum ini.

"Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen."

Tambahnya, beliau sedia mendengar apa-apa masalah yang dikemukakan oleh masyarakat, khususnya daripada Orang Asli.

"Jika ada sesiapa kata kami mengabaikan atau menidakkan hak mereka, itu tidak benar kerana kita telah membelanjakan lebih daripada RM400 juta setahun untuk memastikan pendidikan dan prasarana mereka (terjamin)."

Bila agaknya KDM dan Bumiputera sabah yg lain berani buat bantahan spt ini?
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Thu Mar 18, 2010 10:58 am

emmmm ...macam lucu jg ni cerita , bagi saya itu bukan sebagai satu2nya lambang berani atau tidak , dalam segala permohonan atau bantahan , ada prosedurnya , ada caranya ...

KDM tidak boleh dikatakan 'tidak berani' semata2 kerana tidak pernah berarak menuju Putrajaya hantar memorandum apapun , antara orang Asli dengan KDM punya banyak perbezaan dalam segala segi ..

banyak saluran lain yg boleh digunakan , banyak cara lain untuk menyuarakan , seperti hebahan media atau melalui saluran TV ..

kita sudah menyuarakan dan bertindak lebih dari itu , ketika zaman PBS ..ketika zaman Usno , kita semua maklum bagaimana perjalanan cerita yg berlaku ,

Zaman ini , berarak adalah cara terakhir untuk bersuara ..adakah ia berkesan ? terpulang pada cara pengendali dan pemohon untuk berurusan , apapun kita simpati pada orang Asli , tanah adat dorang semakin kurang diambil oleh kerajaan atau syarikat persendirian untuk dijadikan sebagai ladang dan sebagainya , dorang pun macam kita juga perlukan perhatian yg lebih , banyak hak2 dorang yg hilang atau dinafikan ..
Back to top Go down
orud
Paranormal Master


Number of posts : 992
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Thu Mar 18, 2010 8:04 pm

Orang asli ni sudah berurusan dan berunding dengan JHEOA sebelum ini tapi tidak mendapat kata sepakat. Jadi kemungkinan last resort ialah berarak ke Putrajaya.

Lagipun seperti yg kita tahu org asli adalah kumpulan yg jarang2 bersuara, membantah atau melawan. perarakan mereka ini saya rasa kerana air sudah naik kepala.. Very Happy
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Fri Mar 19, 2010 7:12 pm

sini sabah, barapa basar sdh tanah urang2 kg/indiwidu yg ilang begitu sj kana ambil komponi2 basar? adakah? misti adakan...... satakat ni sdh kita dingar itu tanah diurang dpt balik? masam sia bulum tabasa di newspaper...... tau kanapa? pasal satakat ini bulum ada tindakan2 drastik yg urang2 kg ambil, satakat malalui lapuran2 pulis, yb2..... tingu yg sana ld, mati pula kana timbak uli pti2 upahan komponi......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Fri Mar 19, 2010 8:41 pm

sesekali kita orang dusun [tempatan ] mesti belajar main kasar juga , kalau di Indonesia ...itu Om bilang penyelesaian sempadan cuma parang dan panah , siapa berani dan masih hidup lepas itu , dia lah pemilik tanah .......

orang tempatan , jangan terlalu mengalah ....jangan terlalu hormat pada orang besar , hormat itu ada batasan , sabar itu ada tempatnya ,

banyak cara , mana sudah ilmu santet ..itu tuju2 , semai , ilmu kasi hilang lolou , masa inilah mau test .......

kalau tidak , kita akan dipijak dan diperlekeh sampai bila2
Back to top Go down
orud
Paranormal Master


Number of posts : 992
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Fri Mar 19, 2010 10:02 pm

kau mau kasih kana sama siapa romeo? menteri mana ko mau santet? perlu diingat..menteri ni pun bukan juga kusung2 bah tu. duirang pun ada standby punya bodyguard..bodyguard fizikal dan bodyguard batin..diurang pun ada..kalau calang2 ilmu..semuanya tidak menjadi dan paling2 kana pada diri sendiri.
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Sat Mar 20, 2010 11:58 am

KDM , untung nasib terletak ditangan sendiri , tidak akan ada bangsa lain yang bangun menolong dan memperjuangkan hak2 kita , dimana silapnya kita selama ini ? adakah kita tidak bertindak langsung atau adakah kita silap dalm bertindak ?

KDM punya pemimpin yg boleh bersuara , punya generasi yang berpendidikan ..punya nama kuasa penentu [ sebahagian hal ..] ,
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Sat Mar 20, 2010 7:48 pm

butul gaman..... kdm sapatutnya repleksi diri balik apa sdh samua yg balaku, apa sdh samua tindakan yg diambil......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Sat Mar 20, 2010 10:46 pm

saya rasa generasi baru ok , ada kesedaran ....cuma dorang tiada pemimpin yg betul2 ngam satu kepala , yg faham jiwa dorang , apa dorang mahu dan macamana yg dorang mahu ,

genarasi lama pun ramai yg sedar perkara yg berlaku , cuma dorang malas cakap , pendam dalam hati ja ..
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Sun Mar 21, 2010 9:55 am

butul, generasi baru inda ngam sama pemimpin2 lama..... generasi baru ni mo yg agresip, aktip, samangat waja..... inda mo yg lembik, yg kuntrul ayu sj pasal ketuaan...... si maximus, pairin, timbun, mositun..... kalou ada yb2 yg muda2 pun sikarang ini mengikut sj rantak yg tua2.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Sun Mar 21, 2010 11:49 am

entahlah , kalau gini keadaan berterusan ...alamat KDM semakin terpinggir ,

bangsa lain , terutama bangsa pendatang , semakin aggresif semakin rajin dan gigih berusaha ...pencapaian dorang semakin ketara , dalam bidang bisnes atau bidang lain dorang semakin meningkat , contoh paling hampir lihat saja peniaga pasar malam di kg air ...dari hujung sampai hujung , kiri dan kanan , dorang yg kontrol semua , berapa kerat ja dusun yg meniaga ?

orang kita selalu cakap ,' itu kerja leceh ..pendapatan berapa ja semalam ' ..

bangsa bugis , dorang lagi dahsyat ...macam api dalam tanah , merayap dalam senyap , tau2 sudah habis satu kampung terbakar , dorang sangat bantu membantu , fanatik pada bangsa bukan main , yg kita KDM pula masih kemalu2an , main jeling2 ja ..
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Sun Mar 21, 2010 12:54 pm

sabap itulah sia buka tred kdm versatile..... bikin sedih + garam + maluat..... tarutama yb2 kdm..... indada lain, pulitik, pulitik & pulitik..... basa sj newspaper, indada lain, betimbak2, bagadu2..... puiii........
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Sun Mar 21, 2010 6:05 pm

KDM/Bumiputera sabah bukan darah meniaga bah...hanya seglintir yang berminat. Lagi pula kalau pilipin dan bugis diurang terpaksa bah.. kalau diurang inda berniaga camana diurang cari makan? Saya percaya ada juga orang kita yg ada hati berniaga di pasar malam tapi mereka tawar hati bila terpaksa bersaing dengan pendatang.

balik kepada topik 'org asli malaya lebih berani drpd KDM' .. kemungkinan juga ada pemimpin parti pembangkang yg kasi semangat sama diurang. Tapi di sabah? Pemimpin pembangkang di sabah indada yg kasi motivasi KDM dan bumiputera lain. Setiap tunjuk perasaan ini mimang ada ketua dia bah..ada pemimpin yg beri idea dan semangat untuk bersuara. Mudah-mudahan di sabah pun akan ada seseorang yg memimpin KDM/bumiputera utk menyatakan bantahan terhadap kebanjiran pti di samping tindakan kerajaan tidak mengazetkan beberapa ribu hetkar tanah utk KDM.
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Sun Mar 21, 2010 8:53 pm

hihihiiii sia pikir indada yb2 kdm yg akan barani buat begitu, diurang ni lebi kapada mangipas punggung yb2 lain yg lebi atas.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Mon Mar 22, 2010 8:20 am

beberapa taun dari sekarang .bugis sama pilipin pula yg berani bersuara. Jgn2 diurang berarak menuntut dikasi IC pasal sudah berpuluh2 taun tinggal sini..KDM/dan bumiputera lain pula tatap saja diam-diam..
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Mon Mar 22, 2010 11:21 am

lupakan generasi kuno , generasi si pairin dan keatas ...lupakan harapan pada dorang , dorang sudah ibarat beras lama , dimasak tidak sedap , dibuang sayang ..simpan sajalah masih boleh untuk dibuat tapai ,

kita , yg nampak dan sedar masalah mendatang , kita mesti aggresif memberi kesedaran pada generasi muda , zaman ini segalanya mampu dilakukan dalam senyap , tdk payah berarak dan teriak2 tengah jalan , kita wujudkan web2 anti PTI , cari rakan sebanyak mungkin , ceritakan pada org kampung ..org bandar , pada anak2 , pada sepupu , pada ipar duai ..

kalau kita mampu 'membangunkan' satu generasi , generasi seterusnya pasti akan terkesan ..

bila sudah gagah , sudah kuat , sudah ramai ahli baru boleh berarak dan bersuara terang2an ...jiwa kena kuatkan dahulu , kesedaran itu yg penting , .....
Back to top Go down
agem
Lans Koperal
Lans Koperal


Number of posts : 170
Location : sabah bah!
Humor : Rasengan!!
Registration date : 2010-02-12

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Mon Mar 22, 2010 11:27 am

Butul o sakap kao.
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Mon Mar 22, 2010 12:09 pm

jadi kasi kempen2lah , ada masa sembang dengan kawan2 atau siapa2 rakan [ org tempatan tdk kira bangsa ..] kasi selit2 ini hal , kasi masuk sikit2 ini perkara , pasti akan jadi cerita yg panjang , jgn lupa pesankan tolong sampaikan pada kawan2 juga .....
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Mon Mar 22, 2010 9:26 pm

butul, dlm mana2 majilis, jumpa mana2, kasi tau pasal ini niat mo yg muda2 agresip jd pemimpin..... yg urang lama bagus suru diurang mambasa newspaper sj di rumah, atau pigi atur itu pti2 diurang yg karaja sana ladang sawit.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Wed Mar 24, 2010 11:42 am

dan kakitangan kerajaan , polis ...kastam , guru , hospital , sekuriti , bank , jurujual , tukang andam , semuanya ...

dalam apa2 hal pun utamakan orang tempatan , beri kerjasama , hulurkan bantuan yg termampu , beri sokongan , permudahkan urusan , orang tempatan harus jadi pilihan pertama dalam urusan apapun , kalau tidak orang kita membantu siapa lagi yang diharapkan ?
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Wed Mar 31, 2010 7:32 pm

tp kadang2 bikin heran bah, kalou bansa lain masam barabis butul pula jabatan2 mo jaga hati, tp urang sendiri kana gantung2 inda layan...... tingu mpkk sana kk, yg urang2 tampatan tua2 sdh kana saman2 manjual sayur2, yg pti2 jual ruku2 seludup inda dikasau lansung, mangkali pasal kana bg rasuah bah, atau pasal takut kana tabak.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Yorut_orut
Lord Marshal
Lord Marshal


Male Number of posts : 4976
Location : Sandakan
Humor : begitu laitu...
Registration date : 2008-09-16

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Wed Mar 31, 2010 8:07 pm

mama saya salalu kana halau oleh org town board sandakan pasal dia menjaja di kaki lima sj. tapi dia sudah pandai ikut stail polipin iaitu tunggu penguatkuasa lari dulu kemudian dia latak balik jualan dia... Very Happy
Back to top Go down
SiokSondri
Leftenan Kolonel


Male Number of posts : 1143
Location : KK
Humor : Siok ba tu...
Registration date : 2008-10-01

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Thu Apr 01, 2010 9:45 am

sekali sia tungu, berapi2 pula ni tred... Laughing

tapi betul ba, org kita mimang inda berapa agresif kalau pasal kepimpinan ni. suda betaun2 suda pun kita inda nampak dorang punya suara, paling2 yes men saja... walaupun begitu, sia setuju banget dgn si romeow (pinjam si monkey punya sara panggilan).... kita lupakan yg lama sebab dorang tu beras lama tuk buat tapai saja, kamu tau.. si pairin tu kali2 invite sia jadi friend dia dalam facebook....


kita buat agenda sendiri yg lebih berbentuk modern, lebih menggugat jiwa apabila terbasa terutama dalam web-web... dalam web tu, jangan kita kasi salah siapa2.. kita perjuangkan saja apa yg kita mo perjuangkan tuk generasi akan datang! dalam 5 thn tu pasti akan ada perubahan.....
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Thu Apr 01, 2010 11:28 am

Yorut_orut wrote:
mama saya salalu kana halau oleh org town board sandakan pasal dia menjaja di kaki lima sj. tapi dia sudah pandai ikut stail polipin iaitu tunggu penguatkuasa lari dulu kemudian dia latak balik jualan dia... Very Happy
antah di mana tu sia nampak, yg pti2 manjual tampat stratejik butul, yg tampatan tua2 sdh sana sudut2.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Mon Apr 05, 2010 12:38 am

kenapa PTI 'berselera' dalam bisnes berbanding orang kita ? pasar malam atau pasar siang ...muka2 dorang ja , orang kita cuma menempel di tepi2 laluan pejalan kaki , beralaskan guni ?

mungkin , kerana dorang ini jenis keras hati , berani melawan , berani 'menghulur' ..tiada istilah undur ,
orang kita , cepat mengalah ..tidak tahan hati kena halau , kena kejar , kena halau balik2 ..

setiap Majlis perbandaran , ada kuota lesen utk Bumiputera ..kenapa kita tdk mengambil peluang ini ? lesen untuk peniaga itu ada ,

PTI , dorang gunakan nama orang tempatan untuk apply lesen , kadang2 dorang guna lesen orang lain [sewa lesen ] , dan paling ramai dorang ini adalah berniaga tanpa lesen , balik2 dihalau dan balik2 juga datang buat jualan ..tempat yg sama , barang yg sama ,

kenapa PTI boleh dapat lesen berniaga ? ini 'mungkin' disebabkan ada kakitangan dalam yg tidak jujur , terima suapan utk kelulusan , cuma andaian ja ..namun tetap menimbulkan persoalan bagaimana dorang boleh dapat itu lesen ? dalam masa yg sama orang tempatan gagal dalam permohonan yg sama ..
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: org asli malaya lebih berani drpd KDM?   Today at 12:16 am

Back to top Go down
 
org asli malaya lebih berani drpd KDM?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Politics-
Jump to: