To Know is To Love Sabah
Selamat dtg ke ILSF... jgn segan & malu... sila login/daftar dan kongsikanlah idea2 & maklumat 'bernas' anda...

To Know is To Love Sabah

Anything about Sabah, the Land Below The Wind.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Harap anda semua sihat-walafiat, ceria, tenang & gembira ketika ini... selamat berforum... tq...
Hai...

*Never take life too serously... Nobody gets out alive anyway...
I Love Sabah Forum
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 49 on Wed Jun 20, 2012 3:37 pm
Latest topics
» Teknik Forex Sebenar Dan Cara Belajar Forex Malaysia
by SchulzCube Thu Dec 01, 2016 6:45 am

» Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29
by xbest Tue Nov 29, 2016 3:36 pm

» Rahsia Cikgu Jana RM60K Dgn Smartfon Android
by xbest Sun Nov 06, 2016 2:15 pm

» any new plan for celcom postpaid?
by popolan Fri Nov 04, 2016 11:32 am

» let's talk about telco plan
by tungkelly Fri Oct 28, 2016 11:02 pm

» Celcom will launched Iphone7 but!!!!!!!!!!!!!!!
by popolan Fri Oct 21, 2016 11:19 am

» mana yg kamu urg suka, parampuan yg seksi ka atau parampuan yg purest?
by SchulzCube Wed Oct 19, 2016 7:16 am

» Lihat Bukti RM1200 Masuk Akaun CIMB
by xbest Wed Oct 12, 2016 8:42 am

» Rahsia Jana RM30,000 hanya dengan WeChat
by xbest Wed Oct 05, 2016 4:38 pm

» Rahsia Jana RM50K Seminggu Dgn FOREX
by xbest Mon Aug 15, 2016 10:41 am

» Teknik & Panduan Lulus Exam MUET
by xbest Thu Aug 04, 2016 4:50 pm

» Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER
by xbest Fri Jul 15, 2016 7:11 pm

» Bha mana jak tuh mauk line yang okay di Sabah ni?
by hahalove Thu Jun 30, 2016 12:16 pm

» Tips Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang
by SchulzCube Sat Jun 25, 2016 10:46 am

» Seminar Google Adwords GStep UP 2016
by xbest Sat Jun 25, 2016 6:48 am

» Shopping at Courts Mammoth?
by nurulazzin Thu Jun 23, 2016 12:10 pm

» First Gold upgrade
by carriefire Fri Jun 10, 2016 2:47 pm

» Tanda Tanda Demam Denggi Dan Ubat Demam Denggi Yang Berkesan
by SchulzCube Sat Jun 04, 2016 6:39 pm

» Jadi Jutawan Dgn Forex Sebenar
by xbest Fri Jun 03, 2016 3:45 pm

» Ubat Sakit Gout-Kencing Manis Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
by SchulzCube Fri Jun 03, 2016 1:40 am

ILSF Shoutbox
I Love Sabah Forum
I Love Sabah time
ILSF Links
Top posters
pukutarap
 
Yorut_orut
 
pukutarap.
 
romeo
 
Rungkud
 
alphawaves
 
paragasu
 
SiokSondri
 
laa
 
orud
 
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

Share | 
 

 Wanita Indonesia

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
taksub
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 101
Age : 41
Registration date : 2008-10-08

PostSubject: Wanita Indonesia   Sat Apr 17, 2010 8:31 am

ni yg paling hangat ketika ini....

Quote :
Utusan Malaysia 17/4/2010

Wanita seberang lebih berani penuhi fantasi lelaki?

KUALA LUMPUR 16 April - Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan 'cair' terhadap wanita Indonesia.

Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.

"Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.

"Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami.

Dalam konteks sosiologi, katanya, lima tahun pertama perkahwinan adalah untuk mengenal pasangan, sementara lima tahun kedua adalah proses mengadaptasi untuk mencari keharmonian.

Beliau berkata, selepas 10 tahun barulah pasangan suami isteri berada dalam keadaan selesa dan memahami antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Ahli jawatankuasa Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Munirah Abdul Hamid pula menyarankan agar isteri mengikut suami apabila ke luar negara agar mereka dapat meluangkan masa bersama.

Percutian keluarga dengan pelbagai aktiviti, katanya, dapat menghindarkan kaum lelaki daripada berpeluang berkenalan dengan wanita seberang hingga terjebak dengan alam perkahwinan baru.

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj turut menolak dakwaan kononnya wanita Malaysia tidak arif dalam mengendalikan hal-hal rumah tangga dan memberi layanan mesra.

"Seperti golongan tua di negara Barat misalnya yang masih romantis melancong bersama. Elok kita amalkan," katanya.

"Dalam hal ini semua pihak yang terlibat perlu bersikap lebih bertanggungjawab supaya tidak ada pihak teraniaya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Indonesia dengan 80 peratus daripadanya adalah sebagai isteri kedua.

Rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia menunjukkan secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas.
Back to top Go down
taksub
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 101
Age : 41
Registration date : 2008-10-08

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sat Apr 17, 2010 8:31 am

Saya sangat kecewa - Shahrizat

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan sebahagian amirah dan naib amirah yang dilantik pada Majlis Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, semalam.

HULU SELANGOR 16 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kecewa dengan sikap lelaki Malaysia yang ghairah mengambil wanita Indonesia sebagai isteri kedua.

Beliau bimbang trend itu akan membuka ruang penganiayaan kepada golongan wanita kerana agak sukar bagi lelaki di negara ini untuk berlaku adil dalam soal poligami.

"Saya sangat kecewa dengan senario ini kerana kita tidak tahu sejauh mana mereka yang berkahwin ini mengikut lunas undang-undang sama ada bagi pasangan Islam mahu pun bukan Islam.

"Kita tidak mahu kaum wanita menjadi mangsa kerana selalunya dalam kes sebegini, penganiayaan bukan sahaja membabitkan isteri pertama tetapi juga berlaku kepada isteri muda dan akhirnya institusi kekeluargaan itu runtuh.

"Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran kerana kesannya adalah kepada golongan wanita dan anak-anak," katanya selepas merasmikan penubuhan Majlis Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam di bawah Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada), di Bukit Beruntung, sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa secara purata seorang lelaki Malaysia mengahwini wanita Indonesia pada setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dengan 80 peratus daripadanya memilih wanita Indonesia sebagai isteri kedua.

Dalam laporan kepada Bernama, Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Indonesia, Ismail Ali berkata, sepanjang tempoh itu, purata 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita dari Sumatera setiap bulan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Senada, beliau berkata, seramai 28 amirah (ketua) dan naib amirah (naib ketua) sekretariat itu dari 14 negeri diberi watikah pelantikan bagi menggerakkan pertubuhan tersebut di seluruh negara.

Katanya, mereka yang dilantik itu terdiri daripada individu penting dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pakar-pakar dalam bidang tertentu khususnya dalam bidang akademik.

"Badan ini bertanggungjawab mengumpul dan menganalisis isu-isu yang dihadapi oleh wanita di seluruh negara sebelum isu tersebut diketengahkan kepada kementerian untuk pertimbangan kerajaan.

"Senada juga akan menjadi badan penasihat, perunding dan penyelaras serta sebagai badan advokasi yang bertujuan memperkasakan wanita Islam bagi memastikan mereka tidak didiskriminasi," ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, khidmat bantuan guaman turut diberikan.
Back to top Go down
taksub
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 101
Age : 41
Registration date : 2008-10-08

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sat Apr 17, 2010 8:32 am

Layanan mesra wanita Sumatera jadi tarikan

KUALA LUMPUR 16 April - Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.

"Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.

"Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khairudin bagaimanapun tidak menafikan perkahwinan antara wanita Sumatera dengan lelaki Malaysia tidak semestinya berkekalan dan menjaminkan kebahagiaan.

Kata beliau, ada juga yang kecundang kerana berhadapan dengan pelbagai masalah apabila lelaki Malaysia itu dengan sewenang-wenangnya mengabaikan tanggungjawab terhadap wanita Indonesia.

Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.

"Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.

"Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,'' ujar beliau.

Khairudin menambah, kemakmuran Malaysia dan sumber pendapatan yang lumayan di kalangan lelaki negara ini turut menjadi faktor wanita Sumatera terpikat dengan lelaki Malaysia.

Malah, kata beliau, wanita Sumatera turut beranggapan jika menjadi isteri kepada lelaki Malaysia masa depan mereka dan keluarga akan lebih cerah dan terjamin.

Beliau mendedahkan faktor lelaki Malaysia tertawan dengan wanita Indonesia terutama dari Sumatera.

Ia ekoran laporan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang merekodkan dalam tempoh lima bulan, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Sumatera setiap bulan.
Back to top Go down
taksub
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 101
Age : 41
Registration date : 2008-10-08

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sat Apr 17, 2010 8:34 am

'Ada udang di sebalik batu'

KUALA LUMPUR 16 April - Wanita yang belum berkahwin tidak sepatutnya berasa tergugat dengan trend lelaki tempatan yang suka mengahwini wanita Indonesia, terutama dari Sumatera.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana kebanyakan wanita yang dikahwini itu adalah untuk dijadikan isteri kedua dan perkahwinan tersebut juga disifatkan seperti 'ada udang di sebalik batu.'

"Malah kebanyakan wanita Sumatera juga mempunyai maksud tersendiri.

"Ini termasuk ingin bebas dari kemiskinan atau diterima sebagai penduduk tetap negara ini apabila bersetuju berkahwin dengan lelaki Malaysia,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Puteri UMNO mencadangkan supaya setiap lelaki yang mempunyai isteri kedua warga Sumatera atau mana-mana daerah perlu dipantau rumahtangga mereka serta perkembangan sosial anak- anak.

Sementara itu Presiden Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor (PLC), Siti Hendon Chik mencadangkan supaya kerajaan melakukan pemantauan terhadap trend tersebut demi menjaga keharmonian institusi kekeluargaan di negara ini.

"Kaum wanita sudah pastinya tidak senang dengan fenomena ini kerana bimbang kaum lelaki akan gagal melaksanakan tanggungjawab dengan adil,'' katanya.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Mutiara Kuala Lumpur, Mariam Abdul pula berkata, tidak ada alasan lelaki tempatan mencari lagi isteri di seberang hanya kerana tidak puas hati dengan layanan isteri pertama di dalam negara sendiri.

Katanya, kebanyakan niat mereka lebih kepada untuk berseronok sedangkan dalam perkahwinan itu, ia memerlukan seorang lelaki bertanggungjawab terhadap keluarga.

Beliau mengulas kenyataan Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di Medan, Sumatera, Ismail Ali bahawa purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus menjadikan mereka isteri kedua.

"Jika rumahtangga terabai dan keperluan anak-anak tidak dipenuhi, maka tindakan menjalani kerja-kerja sosial mesti dikenakan ke atas mereka,'' katanya.

Rosnah berkata, dengan cara itu mereka akan lebih berhati-hati dan menjadi lebih bertanggungjawab di dalam institusi kekeluargaan.
Back to top Go down
taksub
Lans Koperal
Lans Koperal


Male Number of posts : 101
Age : 41
Registration date : 2008-10-08

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sat Apr 17, 2010 8:37 am

napa ya...?
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sat Apr 17, 2010 8:24 pm

abislah parampuan2 malasia..... tp yg sia nampak majuriti urang malayu bah yg kawin urang indun tu, bansa lain sikit sj.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Catun
Sarjan
Sarjan


Male Number of posts : 358
Location : Kota Kinabalu
Registration date : 2010-04-02

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sat Apr 17, 2010 9:08 pm

napa juga diurang mau kawin urang indun tau pilipin tau yg lian....kan ada uga sumandak malayu...x puas hati kali diurang nie...mau cuba kawin orang lain kali....kanapa x kawin itu sumandak japun santik2 lagi...naa...lagi la puas hati...
Back to top Go down
laa
Mejar
Mejar


Female Number of posts : 1066
Location : Kota Bulud
Humor : Buli2.... juga ituuu...
Registration date : 2009-07-27

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sun Apr 18, 2010 4:20 pm

wahhh... bnyak info c pak cik taksub ni. bahhh... apa lagi gaman pukutarap? hahaaa...
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sun Apr 18, 2010 4:44 pm

perempuan , biar dari mana sekalipun ...sama saja bah , biar kaler putih ka , hitam , kuning langsat , pindik tagap atau tinggi melangut , gemuk buntal atau kurus kerempeng , RASA dia sama saja ...mana ada rasa tembikai ka , rasa langsat , rasa pahit , manis , tawar atau rasa kedondong ,

lelaki , memang bijak mencipta alasan , kalau sudah suka ...seribu alasan dia bagi , kalau sdh tdk suka sejuta alasan dia beri , kalau sdh mahu ..kentut pun dia rasa wangi , kalau memang tdk mahu lagi ..biar mandi dengan jus bunga Ros sekalipun , tetap dia akan rasa macam bau kentut tupai , ha ha

perempuan kita , tiada cacat celanya ...sama juga macam perempuan sumatera atau pilak atau india , atau perempuan urang putih , malah dalam beberapa segi perempuan kita lebih unggul dan mantap , pun wanita2 kita juga punya kekurangan sebagaimana kekurangan wanita2 dari sumatera , dari pilipin , dari mexico atau dari mana sekalipun ..

lelaki malaysia , kawin dengan perempuan luar kerana memang dia ingin kawin dengan perempuan itu , nafsu mau kawin dua ..itu ja ,
disamping itu , faktor wanita sumatera rela dijadikan isteri kedua , ketiga , keempat ..berbanding wanita kita yg 'tidak berapa rela ' , belanja kawin yg murah , urusan kawin yg mudah , senang di tinggalkan kalau berlaku apa2 , ..

fenomena ini seiring dengan fenomena ' wanita2 tempatan lebih suka kawin dengan lelaki luar berbanding kawin dengan lelaki tempatan '..kenapakah ? mengapakah ?
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sun Apr 18, 2010 5:38 pm

butul sakapan si gaman..... mimang dasar napsu lah bah tu kakwin banyak2..... kabatulan parampuan sana mmg suka takawin lalaki malasia pasal mangkali ngara kita yg aman damai & murah rejeki..... nagara diurang mangkali susa sikit idup, satakat sukup2 begitu2 sj..... biasanya siapa yg mo kwin 2 tu mmg jenis beduit punya urang, kalou inda banyakpun, sekurang2nya ada sikit..... jd, karana sdh mo kawin sama lalaki malasia, nah mmg start menggudalah bah, itu yg bikin takawin tu..... kalou sini malasia, wanita2 kita tingu lalaki, 'ah, sama tarap juga bah, hensem lg bapa sia..... tunjuk kerita prutun arena kunun..... cittt..... bapa sia ada 4 kansil pun inda heran.....' jd si lalaki inda basar mudal mo mengurat si parampuan..... nah pigilah sana indun pasal sanang mo mengurat kunun, buli bagaya banyak duit..... parampuan kita meningu pula lalaki lain yg lebi 'hibat' bagaya drpd lalaki malasia, sabap tu banyak yg kawin urang puti, pakistan, arab, sina..... tp itu utk parampuan kita yg buli2 lah utaklah..... yg indada utak, hihihihiiii tangkak pti lah masam yg banyak sini sabah.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
Catun
Sarjan
Sarjan


Male Number of posts : 358
Location : Kota Kinabalu
Registration date : 2010-04-02

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sun Apr 18, 2010 8:00 pm

kalo perempuan nafsu diaorang ada sembilan(sia x tau la apa2 tu) tapi....lelaki ada 1 ja iaitu nafsu(SEX) Question
Back to top Go down
SiokSondri
Leftenan Kolonel


Male Number of posts : 1143
Location : KK
Humor : Siok ba tu...
Registration date : 2008-10-01

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Sun Apr 18, 2010 10:32 pm

tapi kan... klu biasa makan nasi... skali skala mo juga makan piza ba... he he he
Back to top Go down
orud
Paranormal Master


Number of posts : 992
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 12:15 am

Enda pun makan mikdunol kan siok..hehehe
Back to top Go down
Catun
Sarjan
Sarjan


Male Number of posts : 358
Location : Kota Kinabalu
Registration date : 2010-04-02

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 10:28 am

sia mau makan kek hehehe....sedap o..
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 10:59 am

kawin dgn perempuan luar seperti dari sumatera , pilipin dsb ...ada baik dan buruk dia , sama dengan kes wanita kita kawin lelaki luar , ada baik dan buruknya ..

kawin dgn wanita luar , kalau gaduh atau krisis apa2 ...tiada ipar duai masuk campur , atau mentua ikut masuk hal sbb dorang sana Indon , ..kalau bercerai pun boleh hantar balik ja , atau kasi tinggal gitu ja [ jangan buat begini aa..] , berbanding kalau kawin dgn wanita tempatan , apa hal pun segala ipar , pakcik , sepupu dia tahu dan silap2 datang rumah ..

kos kawin pun senang , murah , ..berbanding kawin wanita tempatan , kos kawin boleh bikin deposit beli satu kereta kebal ..

perempuan2 indon , pilipin ..memang suka dan bangga dapat kawin dengan lelaki malaysia , seperti juga lelaki dorang bangga dapat kawin dengan perempuan2 kita , malah itu sebahagian dari impian dorang kerana ianya seolah2 jadi satu jaminan masa depan dorang , dan peliknya ....lelaki2 kita pula juga berbangga dapat kawin dengan perempuan2 dorang ???
Back to top Go down
Catun
Sarjan
Sarjan


Male Number of posts : 358
Location : Kota Kinabalu
Registration date : 2010-04-02

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 6:43 pm

betul baini murah kalo kawin dengan sumandak luar negara tau lalaki berbanding yang tempatan. scratch
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 6:51 pm

mimang butul...... sana indun lg tu, kalou kawin sama parampuan diurang, antah2 duit kita 1ribu ringgit sj.....
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 7:27 pm

ada kawan , dia kerja sana Indon ..kerja minyak , dipinjam sementara untuk mengajar serba serbi , ..

cuma untuk berapa tahun ja disana tapi si kawan sempat lagi kawin satu ..biasalah , ha ha

dia bilang , masa kawin dia budget sekian2 jumlah , kira besar jugalah budget dia , dia bagi sama itu family perempuan ikut cara kita disini , masa kawin dia bawa semua kakitangan malaysia yg keja disana , dorang kena sambut macam VVIP ..sambutan luar biasa , majlis 3 hari 3 malam dia bilang , ..

rupanya tdk pernah ada majlis sebegitu di kampung si perempuan , duit yg si lelaki bagi itu rupanya terlalu banyak bagi dorang , terlalu besar ..

rupanya menjadi satu kebangaan bagi orang Indon terkawin sama orang kita ..dorang anggap rakyat malaysia kaya kaya , mewah , banyak duit , ha ha
Back to top Go down
pukutarap.
Lord Marshal
Lord Marshal


Number of posts : 4779
Location : sini sabah
Humor : ambikmu.....!
Registration date : 2009-08-29

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 7:31 pm

sabap itulah diurang betimbun sini sabah..... kana2 lg lalaki kita minat kawin sama diurang, mangkali butullah itu urang sakap, 'inda siuk kalou makan di rumah sj, sakali sakala mo rasa lauk sana luar juga'......
Back to top Go down
http://ilovesabah.forumotion.net/forum.htm
orud
Paranormal Master


Number of posts : 992
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 8:27 pm

pukutarap. wrote:
mimang butul...... sana indun lg tu, kalou kawin sama parampuan diurang, antah2 duit kita 1ribu ringgit sj.....

tapi kalow ko bangsa arab gaman..diurang bagi percuma saja anak diurang tu. malahan diurang lagi yg mo kasih keluar berian.
Back to top Go down
Catun
Sarjan
Sarjan


Male Number of posts : 358
Location : Kota Kinabalu
Registration date : 2010-04-02

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 8:34 pm

ui tuan orud, nie lagi bagus daripada indun, arab kaci satu kali anak diurang...bulih tahan o urang arab nie,,bagus lagi kawin urang arab...hahahaha....tapi sia mau juga urang jepun...
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Mon Apr 19, 2010 11:01 pm

orud wrote:
pukutarap. wrote:
mimang butul...... sana indun lg tu, kalou kawin sama parampuan diurang, antah2 duit kita 1ribu ringgit sj.....

tapi kalow ko bangsa arab gaman..diurang bagi percuma saja anak diurang tu. malahan diurang lagi yg mo kasih keluar berian.

entah apa istimewanya bangsa arab ni , mungkin sbb dorang lawa ..yg lelakinya memang hensem , hidung tepatuk2 , atau kalau kawin bangsa dorang dapat berkat mangkali Very Happy

di Arab Saudi , undang2 dorang melarang wanita tempatan kawin dengan lelaki luar ..dan jadi isteri kedua atau ketiga adalah normal bagi dorang , lelaki berkawin satu adalah satu perkara janggal , kerana biasanya lelaki saudi punya isteri lebih dari satu , poligami adalah perkara biasa , normal bagi dorang ..

di syria , sebelum kawin dengan wanita tempatan dorang , pastikan anda ada 3 kunci ...iaitu kunci kereta , kunci rumah , dan kunci kedai , bermakna kita kena betul2 cukup bersedia sebelumm kawin , ada harta , bini datang cuci kaki ja ..

bagi lelaki dorang itu tdk menjadi masalah maklumlah negara kaya raya , ..gaji dorang pun ok sana ..
Back to top Go down
orud
Paranormal Master


Number of posts : 992
Registration date : 2008-09-07

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Tue Apr 20, 2010 3:44 am

Catun wrote:
ui tuan orud, nie lagi bagus daripada indun, arab kaci satu kali anak diurang...bulih tahan o urang arab nie,,bagus lagi kawin urang arab...hahahaha....tapi sia mau juga urang jepun...

Maksud saya urg indun bagi anak diorang free saja kalau sama urg arab bah.
Back to top Go down
Catun
Sarjan
Sarjan


Male Number of posts : 358
Location : Kota Kinabalu
Registration date : 2010-04-02

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Tue Apr 20, 2010 1:37 pm

ooo...sia pikir urang arab yg bagi free anak diurang sama urang tampatan..rupa nya indun yg kaci anak diurang sama arab...
Back to top Go down
romeo
FIELD MARSHAL
FIELD MARSHAL


Male Number of posts : 2804
Location : Key-Key
Humor : Redah saja........
Registration date : 2009-07-25

PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Tue Apr 20, 2010 2:24 pm

Very Happy kalaulah urang arab yg kasi free anak dorang utk orang tempatan , sia yg mula2 register nama ooo .....
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Wanita Indonesia   Today at 5:53 pm

Back to top Go down
 
Wanita Indonesia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 4Go to page : 1, 2, 3, 4  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Know is To Love Sabah :: I LOVE SABAH Lobby :: Ladies Talk-
Jump to: